Capylate
- LẦN ĐỌC 81,809
- Lượt bình chọn 621
- Chương 30
Michael Lucian Colin adalah seorang CEO muda berusia 30 tahun yang mempunyai sikap dingin dan tegas,hidup di bawah bayangan nama besar keluarga Colin.Tekanan dari datuknya iaitu Jonathan Colin semakin menghimpitnya, apabila lelaki tua itu mahu melihat cucunya berkahwin dan memberikannya seorang cucu menantu secepat mungkin.Jika tidak,dia sendiri akan mencarikan calon tanpa menunggu persetujuan dari Michael.
Namun,takdir mempertemukan Michael dengan Liya Miciela James iaitu seorang barista berusia 24 tahun yang penuh dengan kehidupan dan perjuangan.Pertemuan itu yang pada awalnya hanya sebuah kebetulan dan kesalahfahaman,akhirnya membuka jalan kepada satu ikatan perkahwinan dimulai dengan sebuah kesepakatan bersama yang memberikan keuntungan di kedua-dua pihak.
Di antara kesepakatan itu,terdapat rahsia dan juga sisi lain yang tidak diketahui.Perkahwinan yang pada mulanya sebuah kesepakatan kini perlahankan-lahan ditumbuhi tunas cinta.
Cinta yang baru tumbuh diuji dengan badai yang besar.Sisi lain Michael yang tidak ketahui oleh Liya, Kehidupan Liya yang penuh dengan air mata.