EmmyDean25's Reading List
11 stories
(OG) KHALEED&THE GIRL HE SHOULDN'T WANT by EmmyDean25
EmmyDean25
  • WpView
    Reads 3,116
  • WpVote
    Votes 271
  • WpPart
    Parts 65
Umar Khaleed hidup dengan satu prinsip: Jangan libatkan hati dalam perkara yang boleh merosakkan segalanya. Sebagai pensyarah yang dihormati dan lelaki yang terbiasa mengawal setiap langkah hidupnya, Khaleed tidak pernah gagal menjaga jarak. Sehinggalah dia bertemu Hannan Yasmin. Seorang pelajar yang memilih untuk tidak menonjol, yang duduk di barisan belakang, dan menyembunyikan lebih daripada sekadar potensinya. Hannan bukan siapa-siapa atau sekurang-kurangnya, itulah yang semua orang fikir. Namun di sebalik kesederhanaannya, tersembunyi satu rahsia yang mampu mengubah segalanya. Apa yang bermula dengan sekadar perhatian perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang Khaleed sendiri tidak mampu kawal. Kerana ada garis yang tidak sepatutnya dilangkaui. Dan ada perasaan yang tidak sepatutnya wujud. Namun apabila hati mula memilih, adakah Khaleed mampu berpaling, atau dia akan mempertaruhkan segalanya untuk seorang gadis yang dia tak sepatutnya inginkan?
[💜COMPLETED]CODE BLUE:JAGA HATINYA  by EmmyDean25
EmmyDean25
  • WpView
    Reads 2,749
  • WpVote
    Votes 190
  • WpPart
    Parts 60
Saya cuma fellow, bukan Hero, tapi, kalau awak perlukan saya, saya ada~ Aidan Saya belajar erti kehidupan di sini, tapi awak ajar saya erti cinta dalam diam~ Lily Di hospital, Code Blue menandakan kecemasan yang memerlukan tindakan segera. Bagi Dr.Lily Zafreen, seorang doktor residen tahun ketiga, dalam bidang O&G, setiap hari adalah perjuangan menyelamatkan dua nyawa. Ibu dan bayi....dan hatinya? Tenang, cekap, profesional. Dr. Aidan Harith, fellow O&G yang sentiasa hadir di saat residen di bawah pemerhatiannya berada dalam kecemasan. Namun di sebalik profesionalisme, tersimpan perasaan yang hanya disampaikan melalui usikan dan perhatian kecil yang sering tidak disedari seseorang itu. Ketika tekanan memuncak dengan emosi yang bercelaru, Lily mula menyedari bukan hanya pesakit sahaja perlu diselamatkan. Code Blue:Jaga Hatinya adalah kisah cinta ringan yang tumbuh di tengah-tengah situasi kecemasan tanpa disedari.
[OG]CERITERA CINTA SEPATU KUNDANG by EmmyDean25
EmmyDean25
  • WpView
    Reads 1,086
  • WpVote
    Votes 114
  • WpPart
    Parts 35
"Let me be your chef" "To destruct my kitchen?" "No. To build our kitchen" "An engineer? Yes. Chef? Totally a big No" "Teruk sangat ke?" "Your plain porridge pun dah fail" "Sebab I tak pakai Noxxa kot" "Hello,my mom used rice cooker je pun,sedap je" "I'm going to buy that rice cooker" "Hell no! We have got three rice cooker at home" "Kenapa dulu I masakkan porridge untuk you,you terus datang kerja esoknya? Tu tanda you cepat sihat after makan that porridge" "Tu tanda I takut you hantar another pot the next day" "I nak merajuk. I nak tidur luar malam ni" "Dipersilakan. I isteri mithali, tak baik tak ikut arahan kan. You nak tidur luar,I kena patuh" Dan suaminya itu siap tunjukkan muka merajuk. Mata dah tunduk pandang telefon. Dia ingat kita tak nampak kot dia saja je search resepi bubur lambuk depan kita ni. "Have I told you before that I like your cuteness?" Suaminya mengangkat muka. "Seriously wifey? You suka I buat cute ke? Bila? Boleh I buat lagi" "Time you sanggup pakai sepatu kundang" P/s: Ini bukan kisah seram sepatu berjalan sendiri di waktu malam tapi hanya cerita yang berlandaskan pengalaman 50% penulis pada zaman belajar dahulu. Smile=)
[💚COMPLETED] EPILOG CINTA ROMEO by EmmyDean25
EmmyDean25
  • WpView
    Reads 3,449
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 45
Nama awak Romi?~ Maryam. Dia tengok budak lelaki itu diam je. Diam tanda setuju kan. Romi bukan nama sebenar~ Romi malas nak jawab. Bukan Maryam je seorang yang bertanya. Eh ada pula macam tu, ingat ini slot kisah benar ke?~Maryam. Ada la. Saya buktinya ~Romi. Kenapa jadi Romi? ~ Maryam. Tak boleh salahkan soalan jujur dia. Budak baru nak sepuluh tahun katakan. Sebab masa kecil saya selalu sakit. Nenek saya tukar nama panggilan kepada Romi. Tak pernah dengar ke petua tu? ~ Romi. Maryam menggeleng. Tak best langsung nama Romi. Buh lah nama Romeo terus. Baru macam rimau. Ini macam kucing je. Romiiii pussss..pusssss.~ Maryam. Romi menahan sabar. Dia dah umur 15 tahun. Dia patut sabar je dengan budak belum baligh macam Maryam ni. Kalau saya jadi rimau,awak tikusnya~Romi. Maryam tersengih. Mungkin dia bayangkan tikus dalam Tom and Jerry. Begitulah kisah telenovela antara Romi a.k.a Romeo dan Maryam Jameela bermula. Penuh epik ada prolognya tapi epilog yang samar kerana segalanya tentang Jodoh dan Pertemuan sesungguhnya di tangan Tuhan yang Satu!
Titanium Milik Khayra ✔ by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 560,243
  • WpVote
    Votes 24,236
  • WpPart
    Parts 50
Nina Fini | Karya Ketiga Titanium X Nur Khayra Iffat ~Aku tidak tahu makna cinta sehingga bertemu sepasang mata. He's my real definition of love.~ 30/5/2020 - 30/3/2021
Yakini Kau Tulus  ✔ by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 69,620
  • WpVote
    Votes 5,075
  • WpPart
    Parts 41
Nina Fini | Karya Keenam Zhayan & Inaya ~ Saat ragu bermukim di hati, akankah dia meyakini, ataupun berlalu pergi? ~ 16/11/2023 - 22/11/2025
[💚COMPLETED] JODOH MR.MINE by EmmyDean25
EmmyDean25
  • WpView
    Reads 11,040
  • WpVote
    Votes 431
  • WpPart
    Parts 50
"I'm not a good person" "We will be better together" "I'm a sinner" "We are not holier" "I'm still learning" "We learn baby step together" "I'm not that strong" "So I'll be your transformer. The electromagnetic induction will supply everything for US"
[💚COMPLETED] CERITA ORKED DAN FATIH by EmmyDean25
EmmyDean25
  • WpView
    Reads 5,281
  • WpVote
    Votes 407
  • WpPart
    Parts 51
Orked bukan gadis biasa-biasa. Tok Wan tinggalkan lebih 2000 ekar tanah yang menghasilkan kelapa sawit. Belum masuk lagi rumah, hotel dan kedai sewa beratus pintu. Ditambah pula rangkaian mini mart yang ada di utara tanah air. Ayah menguruskan semua dan ayat ayah adalah: " Orked kena mula dari bawah. Ayah takkan bagi Orked jadi Bos kalau Orked tak pandai mengurus" Datang Fatih yang boleh membantu hatinya..eh harinya. Lawyer muda tu merendahkan level menjadi budak sekolah baru nak belajar memikat bila cik bunga yang dijadikan sasaran. Baru je nak bunga di hati nak berkembang setaman, tiba-tiba mak bunga berubah condong daunnya. " I think I was born to hate you"~ Orked " But I think I was made to love you" ~ Fatih Orked berubah tapi akarnya masih kekal di tempat sama. Kalau Fatih gali betul-betul mungkin Fatih berjaya nampak kenapa Orked berubah sikap. Tapi itulah......nak dibukakan kisah hikayat Orked dan Fatih bermula. Nak kata macam Kassim Selamat, tak ada la tragis sangat. Pura-pura tragis dan dramatik memang banyak la.