Love story
2 historias
HER BEAUTIFUL COMFORT (BAKAL TERBIT) | PBAKL 2025 por snowdreamm
HER BEAUTIFUL COMFORT (BAKAL TERBIT) | PBAKL 2025
snowdreamm
  • LECTURAS 992,202
  • Votos 8,465
  • Partes 13
Status: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Mahfuzah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Blurb: Di sebalik senyuman Zuha, tersembunyi luka lama yang masih berdarah. Hidupnya tenang namun seakan sepi, di mana sepi itu lahir dari trauma silam yang tidak pernah pergi. Akan tetapi, kehadiran lelaki asing itu seakan membawa sinar yang dia impikan selama ini. "Bukti pun tak ada. Siapa je nak percaya cakap saya ni?" - Zuha Mahfuzah "Aku. Aku percayakan kau." ‐ Zuhayr Muqri Sepasang mata bundar gadis itu telah berjaya merenggut ketenangan Zuhayr. Pandangan itu penuh luka dan rahsia, membuatkan hatinya terikat oleh rasa ingin melindungi. Lantas, sebuah janji dimeterai walaupun dia sendiri tidak tahu sejauh mana dia mampu untuk menunaikannya. "Janji dengan saya, Zuha. Cari saya setiap kali awak ingin menangis, boleh?" - Zuhayr Muqri Namun takdir tidak pernah berhenti menguji. Saat bahagia mula mekar, rahsia yang sekian lama terkunci akhirnya terbongkar lalu menggoncang segalanya. "Hayr, isteri kamu sebenarnya..." Zuhayr mula dihantui rasa bersalah, sedangkan Zuha kembali terperangkap dalam kegelapan malah semakin tenggelam dalam kerapuhan itu. "Abang, Zuha dah penat sangat. Izinkan Zuha berehat." - Zuha Mahfuzah Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zuha selama ini? Di antara kehilangan dan harapan, mampukah Zuhayr menggenggam kembali tangan yang hampir terlepas? Atau kisah cinta mereka akan karam dalam luka yang tidak pernah sembuh? Start date : 8/9/2023 End date : 1/11/2023
Hacker 426 ✔️  por nurdinie03
Hacker 426 ✔️
nurdinie03
  • LECTURAS 3,469,006
  • Votos 336,747
  • Partes 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘