Fizzchanclick's Reading List
5 stories
Seikhlas Cinta Kayla ( Sold Out. Hanya Ada Ebook Di Esentral) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 902,800
  • WpVote
    Votes 7,085
  • WpPart
    Parts 32
TAJUK: SEIKHLAS CINTA KAYLA PENULIS: MIA AZWARI BLURB: Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, itulah sikap sebenar Kayla. Dalam diam, dia mencintai anak sahabat ibu bapanya sejak kecil. Hanya Syed Aryan Harraz lelaki yang memahaminya dan dia inginkan lelaki itu menjadi suaminya. Namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kayla tekad ingin merampas Aryan daripada Husna. Bagi Kayla, hanya dia yang layak bergelar isteri Aryan. 'Kayla akan buat supaya abang sendiri yang nak teruskan perkahwinan ni. Abang hanya akan jadi milik Kayla. Bukan Husna!' -Kayla Setelah dia bergelar isteri, Kayla sentiasa ingin membahagiakan suaminya. Dia tidak mahu ada Husna antara mereka. Saat satu rahsia besar terbongkar, Kayla tiba-tiba dibenci oleh Yasmin, ibu mentuanya. "Jawab soalan umi dengan jujur. Sebelum Kayla berkahwin dengan Yan, pernah tak Yan beritahu Kayla tentang hubungan dia dengan Husna?" -Datin Yasmin "Tahu... umi." -Kayla "Kalau dah tahu, kenapa teruskan perkahwinan ni?" -Datin Yasmin- Hancur luluh perasaan Kayla saat dia bakal dimadukan. Tidak mahu menjadi beban buat Aryan, Kayla akhirnya membawa diri bersama tanda cinta mereka. Dia ikhlas melepaskan Aryan demi kebahagiaan lelaki itu. Setelah 5 tahun berpisah,mereka bertemu tanpa sengaja. Aryan muncul kembali. Kayla hampir gila mendengar permintaan Aryan yang mahu menuntut haknya sebagai seorang ayah. "Abang dah tak perlukan Kayla. Kayla yakin abang dah bahagia dengan Husna sekarang." -Kayla "Kalau Kayla tak ikut abang, jangan harap Kayla akan dapat jumpa Aidan lagi." - Aryan Ikhlaskah Kayla kembali ke sisi Aryan demi anaknya?
Ini Kisah Cinta by faithramona
faithramona
  • WpView
    Reads 1,679
  • WpVote
    Votes 102
  • WpPart
    Parts 46
Ini kisah kita, mungkin tak seindah seperti novel cinta, tapi ini jalan kita, kita yang masih remaja, yang ingin memeluk cinta, bertahankah kita saat datangnya cita, mana lebih utama, cinta kita atau cita? Ini Kisah Cinta Dinnie dan Eddie. Mungkin juga pernah jadi jalan cerita cinta anda.
Masihkah Ada Cinta Buat Aku? ( PBAKL 2023 ) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 646,965
  • WpVote
    Votes 5,225
  • WpPart
    Parts 20
Dia bergelar isteri.. Bergelar ibu... Mempunyai suami yg sangat mencintai sepenuh hati..Haris Dan anak yg amat menyayangi.. Serta hidup dalam kemewahan Namun Arisa sentiasa Berasa beban dan tidak bersyukur dgn anugerah yg ada.. Sekelip mata dunia indahnya berubah Hasad dengki seseorg.. Memusnahkan kepercayaan suami.. Dan anak2.. Diceraikan dan ditinggalkan sebatang kara Menyebabkan penyesalan yg xtertanggung 5 tahun berlalu Dipertemukan kembali Namun Haris bkn lelaki yg mencintainya seperti dulu Status bekas suaminya sbg majikan menjarakkan lg hubungan mereka. Serta anak2 yg lama tidak ditemui Arisa tabah menjalani kehidupannya Melupakan kenangan pahit Walaupun kebenaran masih belum terungkap Seseorg hadir dalam diam menyintainya Namun hati masih ada dia.. Haris kembali.. Masihkan cinta ada untuk bekas isterinya Atau buat Salina kwn baiknya.. Arissa...masih setiakah cintanya buat bekas suaminya atau Naufal lelaki yg tulus menunggu.. Masihkah ada cinta buat nya?
Cerita Cinta Nadia by liyanazulkffle
liyanazulkffle
  • WpView
    Reads 49,183
  • WpVote
    Votes 80
  • WpPart
    Parts 31
Penulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala pancaroba dunia. Hanya mampu berpaut pada ihsan keluarga Mak Long, merelakannya menelan segala kepahitan hidup. Walau hidupnya sengsara, muncul seorang jejaka yang dapat menawan hatinya. Namun sekali lagi dengki dan durjana manusia itu sering mengejarnya. Nadia sekali lagi berjuang mempertahankan haknya. Sekali lagi, ZP Bercerita, Anda Membaca