fav >.<
25 stories
 QAID UZAIR: STILL LOVING YOU by CikInzzz
CikInzzz
  • WpView
    Reads 268,715
  • WpVote
    Votes 11,124
  • WpPart
    Parts 54
Bagaikan pelangi hilang separuh bentuk. Begitulah kisah cintanya. Sepanjang 27 tahun hidup di muka bumi ini, pelangi percintaannya masih belum berbentuk hemisfera yang lengkap. Ada saja dugaan dan halangan. Tapi apa yang boleh dilakukan? Hanya kepada Allah dia berserah. Ini bukan kali pertama dia putus cinta. Sudah masuk 7 kali! Nuryn tekad! No More Love. Nuryn Farhanah dan Qaid Uzait bertemu. Nuryn terkedu, Qaid terkesima. Bagi Nuryn, lelaki itu adalah cinta pandang pertamanya. Bagi Qaid, Nuryn adalah penyeri hidup zaman remaja. Pertemuan mereka kali ini bakal mengubah masa depan mereka. "Aku dah tak sanggup nak tahan keperitan dalam percintaan" - Nuryn "Aku janji dengan kau, aku akan berikan pelangi yang paling indah dalam kehidupan kau. Bukan lagi pelangi yang terputus di tengah jalan." - Qaid. Nuryn menolak. Qaid terus menarik. Lelaki itu akan pastikan wanita ini jatuh di dalam dakapannya. Dia akan jadi pelindung hati Nuryn Farhanah yang terulung. Kebahagiaan kini aku datang!
Meant To Be (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 162,757
  • WpVote
    Votes 5,564
  • WpPart
    Parts 10
"I sebenarnya dah ada girlfriend. All this time, I memang anggap you sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. I minta maaf..." - Hawwas Muazzam Lepas kejadian yang paling memalukan dalam hidup, Nura Najiha telah tanam impian untuk tidak lagi berharap pada lelaki. Itulah azam yang dia pegang...untuk dua tahun. Tak lama pun. Dua tahun daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan dia dengan Syahmi, berbeza. Kamus percintaan dia yang dulunya hanya penuh dengan takrif negatif, kini diwarnai dengan warna-warna cerah. "Syahmi baik! Dia setia, tak berkawan dengan perempuan lain. Tak macam jantan tu. Aku yakin, Syahmi lah jodoh aku." - Nura Najiha Hubungan yang memasuki tahun kelima itu penuh dengan pahit manis. Apatah lagi apabila dia dan Syahmi telah pun bercadang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Kata orang, bila mana pasangan mula pasang niat untuk berkahwin, ujian akan datang lebih banyak dan dalam pelbagai bentuk. Mampu ke Nura dan Syahmi bertahan? Apatah lagi apabila kehidupan Nura secara tidak sengaja berkait semula dengan Hawwas melalui seorang kanak kanak lelaki.
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C) (BAKAL TERBIT) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 2,018,004
  • WpVote
    Votes 127
  • WpPart
    Parts 6
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% hasil karya saya tiada peniruan dari nama main lead hingga ke jalan ceritanya kecuali scene memberkas lanun bab 2 dan a few bab saya refer beberapa filem, berdasarkan kisah benar. Maaf jika ada kesalahan tatabahasa saya akan cuba perbaiki😊
ISANARRA (C) (BAKAL TERBIT) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,607,145
  • WpVote
    Votes 1,010
  • WpPart
    Parts 3
(Kapten Airforce X Cik Pensyarah) KAPTEN TENGKU ISA ETHAN & ULYA INARRA ‼️ cerita ini rekaan semata-mata ‼️ idea saya sendiri ‼️ tiada kena mengena yang hidup dan meninggal dunia ‼️Tolong jangan terlalu serius apabila membaca cerita ini, ‼️Hanya sekadar hiburan dan ambil sebagai pengajaran Kerana satu misi mereka perlu berkerjasama, semakin Tengku Isa Ethan menjauh, Ulya Inarra datang mendekat, ada saja ideanya ingin menarik perhatian si jejaka sombong dan tegas itu. "Assalamualaikum.. Kapten" Ulya Inarra "Selepas semuanya selesai, pergi jauh daripada hidup aku dan anggap kita tak pernah kenal." Tengku Isa Ethan "Ala.. nak stay tak boleh ke?" Ulya Inarra "No." Tengku Isa Ethan Namun ada satu peristiwa hitam menimpa Ulya Inarra, Tengku Isa Ethan muncul ingin menjadi penyelamat. "Pergi la Isa, saya cacat, saya tak sempurna. Pergi la sejauhnya, saya merayu." Ulya Inarra "Aku tak nak ambil tahu semua tu. Aku akan tetap di sini." Tengku Isa Ethan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
TITIK BAHAGIA SELAMANYA [ NOVEL ] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 377,291
  • WpVote
    Votes 5,416
  • WpPart
    Parts 11
Tatkala sesuatu yang disayangi hilang dari pandangan, tinggallah hati terbuai dalam rindu, meratap sunyi yang tiada bertepi. Dia anak yang baik dan mendengar kata. Ujian yang menimpa dirinya cuba diharungi dengan rasa sabar. Hati yang terguris akibat pengkhianatan membuatkan dia hilang rasa percaya. Dirinya hanya mahu bahagia bersama ayahnya sahaja. Satu-satunya lelaki yang sentiasa menjaga perasaannya dikala dirinya disakiti oleh lelaki lain. Kehadiran seorang insan mengubah seluruh hidupnya. "Kalau Tuan cakap macam tu, macam mana saya nak percaya yang Tuan ni jujur?" - Warda Sumayyah Antara tanggungjawab dan sayang, dia setia menunggu lelaki itu. Kerana hanya dia yang halal untuk disayangi. "Tunggu saya balik dan saya akan bahagiakan awak sebagai isteri saya." START : 23 MARCH 2025 END : 17 JUNE 2025 [ Story ke-19 ]
PELAKON BUAT ENCIK TLDM  by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 19,956
  • WpVote
    Votes 551
  • WpPart
    Parts 42
Syarif Ghadi Nidal, seorang yang tinggi ilmu agama Dan merupakan seorang anggota TLDM terjumpa dengan Uhda Lujaina seorang pelakon terkenal. " Sampai mati pun saya tak akan terima awak "- Syarif. " Kata Ustaz, Kenapa cakap macam menidakkan takdir? " - Uhda. Jauh di dalam hati, Sharif Sudah menyukai Uhda namun egonya yang tidak mahu berterus terang membuatkan Uhda berusaha menawan hatinya. Oh ya, ASYTAR WILDAN kesayangan semua akan ada dekat dalam ni ♥️
Her Protector  | ᥴ (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,625,612
  • WpVote
    Votes 54,536
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 1,107,910
  • WpVote
    Votes 69,507
  • WpPart
    Parts 58
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
Bunga Abadi [TERBIT]  by itsnicaaaaaa_
itsnicaaaaaa_
  • WpView
    Reads 286,110
  • WpVote
    Votes 6,671
  • WpPart
    Parts 22
Althaf Dailami - Seorang anggota PASKAU yang bernaung di bawah TUDM. Tegas dan komited dalam melaksanakan tugas. Siapa sangka, tugasnya menyebabkan dia kehilangan kekasih hati kerana kesibukan bekerja. "Salah aku sebab memetik bunga abadi yang bernama Arina Kaisara ni di taman orang lain." -Althaf Dailami Kekecewaan yang dirasainya menyebabkan Althaf nekad menerima pilihan hati ibunya. Namun, pinangannya ditolak oleh wanita itu. Dia tidak kecewa, tetapi hanya menerima hakikat bahawa cinta mungkin bukan miliknya. Anggun Laura - Seorang akauntan yang bekerja di bawah firma swasta. Telus dalam menjalankan tugas. Seorang gadis yang ayu dan ceria, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terpesona. Di sebalik wajah ceria itu, menyimpan seribu satu sejarah hitam. Pengkhianatan kekal dalam ingatan membuatkan dia trauma untuk mengenali lelaki. "How could you..." -Anggun Laura Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Althaf Dailami seakan memberi sinar harapan baru untuknya dan juga Althaf. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu ikatan yang sah. "Anggun sudi tak jadi isteri Althaf?" -Althaf Dailami Saat bahagia mula dikecapi, masa lalu mula muncul kembali, meragut bahagia yang baru sahaja dibina. Akankah Anggun Laura menjadi bunga abadi milik Althaf? Benarkah cinta itu sebenarnya memang milik mereka? Start : Feb 24, 2025. End : June 15, 2025.
[TELAH DITERBIT] Belahan Jiwa Kapten Aeden ©  by asyaash_
asyaash_
  • WpView
    Reads 87,829
  • WpVote
    Votes 231
  • WpPart
    Parts 1
Pertemuan yang tak disangka antara Esra Feriha dengan Pak Cik Askar bermulut puaka di mana setiap kali bersua ada saja perang mulut bakal berlangsung. "Awak lagi? Kenapa ikut saya? Stalker? Pergi main jauh-jauh sana. Shuh shuh!" - Esra Feriha "Excuse me? Kau siapa aku nak kena ikut kau? Kau ingat kau artis ke? Fikir kau cantik? Itu pipi ke kilang bedak? Kalau aku tampar tu agak-agaknya mesti satu Malaysia dilanda jerebu." "Lain kali makan kismis banyak-banyak biar cerdik sikit otak tu. Dua kali aku jumpa kau. Kali pertama aku dengar Mak Leha panggil kau Esra. Kali kedua tadi boyfriend kau tu panggil nama kau Esra Feriha." - Aeden Hakkan Selepas satu pertemuan, mereka dipertemukan lagi dengan pertemuan seterusnya. Mengusik Esra sudah menjadi rutin Aeden. Namun, lama kelamaan usik-mengusik berubah menjadi suka. Suka yang membuatkan seorang Aeden Hakkan mahu mendapatkan Esra Feriha walaupun ditolak mentah-mentah oleh gadis itu hanya kerana Esra mahu mencapai cita-citanya terlebih dahulu. "Aeden, saya minta maaf." - Esra Feriha "Setiap manusia ada hak untuk membuat keputusan sendiri. Aku hormat keputusan kau." - Aeden Hakkan Aeden tetap tidak berputus asa. Dia mahu meruntuhkan tembok yang dibina oleh Esra. "Esra nak kahwin dengan Aeden." - Esra Feriha Tembok yang dibina sebelum ini berjaya dipecahkan. Mereka sepakat untuk melangkah ke alam perkahwinan selepas Esra berjaya tamatkan pengajiannya. Dugaan pertunangan mereka, Aeden telah dihantar untuk menjalankan misi. Satu hari, Esra mendapat berita tentang pemergian Aeden buat selamanya. Sukar untuk menerimanya. Di saat dia rapuh, hadir Tajwi yang ingin menggantikan tempat Aeden. "Dalam hati awak, masih ada ruang untuk saya isi?" - Tajwi Al-Hatta Mungkin dia perlu bukakan pintu hatinya untuk orang baru. Tiba masanya dia menerima takdir di mana dia dan Aeden tiada jodoh. Dia perlu belajar melepaskan apa yang dari dulu memang bukan miliknya dengan ikhlas. Mampukah dia?