esy_will's Reading List
2 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,279,007
  • WpVote
    Votes 90,397
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,260,464
  • WpVote
    Votes 119,894
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH