(Preview) PARANOIA - sebuah novel Hani Suraya
BukuFixi
- Reads 5,342
- Votes 93
- Parts 1
Sambungan novel bestseller PARANORMAL.
Kes #1: Untuk mengetahui siapakah perempuan misteri yang kerap hadir di dalam mimpi berulangnya, Mahmud terpaksa menerima pertolongan dari Suzana.
Kes #2: Kes kehilangan makhluk paranormal kian meruncing kerana setiap insiden pasti diakhiri dengan kematian tragik. Yang pasti, itu bukan kerja manusia biasa. Norin dan Jimmy harus pantas!
Dengan bantuan Detektif Rina ― manusia biasa yang naif tentang perihal paranormal — dan Leon ― makhluk Troll yang gila-gila — siasatan demi siasatan dijalankan dan menyatukan halatuju kedua-dua kes itu. Semuanya mengheret IDBW Investigations ke dalam permainan paranoia yang dicaturkan Raja Kegelapan yang datang untuk menjajah dan meluaskan empayarnya!
*
Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my. Mulai lewat Ogos 2015 akan masuk kedai-kedai biasa.