My Fiction List 🌷✨
78 stories
Hai Encik Lanun [C] by PuteriiKayangan
PuteriiKayangan
  • WpView
    Reads 1,328,287
  • WpVote
    Votes 95,974
  • WpPart
    Parts 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran Harraz Rizqi membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Dia bertekad untuk mendapatkan tanah resort itu dengan apa cara sekalipun. Pulau Langkawi menjadi huru-hara gara-gara Harraz dan Sufiya. Setiap hari ada saja perkara yang ingin dibuat sebagai bahan bergaduh. Tanpa diduga perasaan benci mula bertukar menjadi cinta yang hadir dalam diri masing-masing. Hubungan kasih yang ingin dibina namun tidak berjaya kerana banyak halangan yang menyekat mereka berdua. "Apa masalah encik ya? Ke encik ni tak faham bahasa Melayu? Semalam saya dah bagitahu yang saya tak akan jual tanah resort ni. Itu pun tak boleh faham ke?" "Buat apa kau simpan lagi tanah resort ni Sufiya? Bukannya ada orang yang berkunjung pun ke sini. Lebih baik kau jualkan tanah ni pada aku dan kau akan dapat keuntungan yang lebih lumayan" "Tak kisahlah kalau saya rugi sekalipun, yang penting saya tak akan jual tanah ni. Jadi tolong jangan datang ke sini lagi kalau encik nak desak saya pasal benda ni. Buang masa saya je" "Degil betul kau ni Sufiya. Siapalah yang malang jadi suami kau nanti" "Suka hati saya lah! Nak degil ke apa ke! Daripada encik tu, miang macam daun keladi! Lepastu dingin! Macam ais batu!" All Right Reserve © PuteriiKayangan ⚠️Segala watak, jalan cerita dan seumpamanya adalah dari benak fikiran saya sendiri. Dilarang sama sekali menciplak mana-mana bahagian di dalam cerita saya ini⚠️ Start : 4 September 2021 End : 30 January 2022 Status : Complete ✨
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 664,159
  • WpVote
    Votes 56,548
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Bunga, A Lady In Waiting [BAKAL DITERBITKAN] by NusyaBelle_
NusyaBelle_
  • WpView
    Reads 434,806
  • WpVote
    Votes 5,350
  • WpPart
    Parts 17
Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tapi siapalah dia yang hanya sekadar seorang dayang istana. Tugas seorang dayang istana cumalah...menjaga kebajikan kerabat di raja. Bukannya meraih cinta dan sayang kerabat diraja. Tapi... bagaimana jika di dunia yang lain. Dunia yang bertentangan dengan dunia nyata, dia dan si dia hanya lah orang biasa? Bukan kerabat. Bukan dayang istana. Bagaimana jika... di dunia yang tidak nyata itu, dia dan si dia saling mencintai? Tiada halangan darjat yang memisahkan mereka. Hanya mereka... dan cinta mereka sahaja yang wujud. Dia ingin tinggal di sana dengan lebih lama. Bersama cintanya. Namun dia sedar, tempatnya adalah di dunia nyata. Dunia di mana... dia tidak akan bersatu dengan cintanya.
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,263,461
  • WpVote
    Votes 96,989
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
LOVING MR MAFIA {✓} by vionarch
vionarch
  • WpView
    Reads 1,056,562
  • WpVote
    Votes 44,580
  • WpPart
    Parts 52
[ BOOK ONE ] Tubuh kecil isterinya di seret tanpa belas kasihan sepanjang melangkah di lorong bawah tanah itu. Rayuan serta tangisan yang kedengaran dari wanita itu namun lansung tidak membuatkan dia merasa bersalah. Kerana dia perlu memberi pengajaran pada isterinya. "Awak... Please... Saya janji tak buat lagi. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!" "DIAM LAH BODOH! KAU YANG BUAT AKU NAIK ANGIN, JADI, TERIMA LAH BALASANNYA." Jerkahan suaminya cukup untuk membuatkan hatinya terasa di hiris. Jika dia tahu amarah suaminya akan menjadi seperti ini, dia tidak akan lakukan perkara yang lelaki itu benci. Dia tidak suka dengan sisi suaminya yang satu ini. Nak atau tak nak dia kena terima balasannya. Tubuh lemah isterinya di humban kasar ke dalam sebuah bilik. Bau tidak menyenangkan mula memasuki rongga hidung wanita itu. Suhu di bilik bawah tanah itu sangat sejuk bagaikan di ais kutub. Baju yang di pakainya tersangat lah nipis sehinggakan rasa sejuk di bilik itu mula mencengkam badannya. "Awak... Jangan tinggalkan saya. Saya takut." Rayuan demi rayuan keluar di bibir pucat wanita itu namun lelaki itu masih dengan egonya. Bam! Pintu di tutup kasar lalu berjalan meninggalkan isterinya. Sejujurnya dia tidak sampai hati mahu melakukan itu pada isterinya namun mengingati perbuatan wanita itu membuatkan amarahnya memuncak. Wanita itu meringkuk di penjuru bilik sambil menangis tersedu-sedan. Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi namun sedu-sedannya masih kedengaran. Betapa sejuknya suhu bilik itu sehinggakan jelas kelihatan nafasnya keluar dari hidung seolah-olah kabus. Perlahan-lahan matanya tertutup sebelum dia mula tidak sedarkan diri. Dia, si gadis malang. Damia Salsabila. Dan dia, si jejaka mafia. Sergio Manorav Mikael. • • • "Don't ever try to take my babygirl." - Sergio Manorav Mikael Start : 18/6/2021 End : 20/8/2021 Status : Completed Genre : Dark Romance Book cover : Athi (friend
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,981,497
  • WpVote
    Votes 418,611
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C) by cik_nightmares
cik_nightmares
  • WpView
    Reads 1,052,203
  • WpVote
    Votes 46,628
  • WpPart
    Parts 50
MEDINA IZWANI ialah anak angkat yang hidup dalam penuh dengan penderitaan.. hidupnya sangat berbeza dengan kakak angkatnya, Athirah, Medina sering menjadi mangsa kekejaman Encik Rashid. Dan tidak lama selepas itu, keselamatan Medina semakin terancam apabila seorang lelaki misteri mula mencerobohi hidupnya, dan keadaan bertambah buruk apabila Medina dipaksa berkahwin dengan Aiman. Lelaki yang paling dia tak suka! ETHAN GRAYSON, rakan lama Medina, mereka berkongsi nasib hampir sama. Anak angkat yang dibesarkan dalam suasana yang sangat gelap, mentalnya terjejas kerana orang tua angkat nya. Dan selepas peristiwa hitam itu berlaku Ethan terus buat keputusan pergi meninggalkan kampung itu dan mulakan hidup yang baharu. Dan kemunculan MR. GRAY, lelaki misteri yang dikenal Medina melalui satu aplikasi, pada mulanya lelaki itu memberi kebahagiaan pada Medina. Namun tidak lama selepas itu, lelaki misteri itu tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Tetapi tidak lama selepas itu, keadaan jadi semakin teruk selepas Encik Rashid memaksa Medina keluar bersama Aiman. Bukan itu sahaja, Medina juga hampir sahaja menjadi mangsa rogol kepada lelaki itu. "Medina, mana kau?!" - Aiman Ketika Medina sedang menyorok dari Aiman, tiba-tiba ada seorang lelaki misteri telah menyelamatkan dirinya dari lelaki durjana itu. "Shhh... Jangan takut, awak selamat dengan Saya." - Unknown Lelaki itu menjaga Medina dengan sangat baik. Makan minumnya diurus rapi, seolah-olah tiada cacat cela dalam perlakuannya. Namun segalanya berubah saat rahsia itu terbongkar. Medina dilanda rasa ketakutan. Lelaki yang selama ini membuatkan Medina rasa selamat terus bertukar menjadi lelaki yang sangat kejam dan menakutkan. "Aku akan jaga kau, Medina...kau akan hidup dengan aku sampai bila-bila." - Unknown. Medina buntu, mampukah dia hidup bahagia bersama lelaki misteri itu? Ataupun berjayakah dia melarikan diri dari rumah tersebut? Start - 5/10/23 End - 28/05/24 - (08/12/2025)
You're mine (on going) by HNFZULAIKHA
HNFZULAIKHA
  • WpView
    Reads 7,967
  • WpVote
    Votes 202
  • WpPart
    Parts 54
Semuanya bermula dengan satu chat ringkas. Medina Haura-gadis biasa yang gemar meluah rasa di ruang maya-tak pernah menyangka satu teguran dari akaun bernama "Muhammad Hakimi" bakal mengubah segalanya. Mereka berbual. Setiap hari. Malam jadi saksi pada gelak tawa dan kisah yang dikongsi. Hakimi nampak sempurna - memahami, manis berbicara, dan sentiasa ada. Tapi Medina tak tahu... setiap mesej yang dibalas, dibalas oleh jiwa yang makin tak waras. Bila Medina mula menjauh, Hakimi tak mampu terima. Dia cari. Dia jejak. Dia pantau. Bagi Hakimi, Medina bukan sekadar kenalan-dia segala-galanya. Cinta bertukar menjadi taksub, dan obsesi itu perlahan-lahan menjadikan Medina tawanan dalam dunia yang dibina oleh lelaki itu sendiri. Dan bila mereka akhirnya menikah, semuanya makin kelam. Tiada ruang untuk lari. Tiada tempat untuk bersembunyi. Medina hamil-tapi kebahagiaan itu cuma sementara. Kerana bila segalanya diragut dari rahim dan jiwanya, dia mula sedar... Mampukah Medina melarikan diri dari seseorang yang tahu segalanya tentang dirinya-termasuk cara untuk buat dia jatuh semula?
Mrs. Daren Mikael [In Editing] by thecikqis_
thecikqis_
  • WpView
    Reads 195,185
  • WpVote
    Votes 7,732
  • WpPart
    Parts 36
[1] Daren Mikael | Dhia Rose Di sebuah perkahwinan yang menemukan Daren dan Dhia Rose Gadis berniqab itu mampu membuatkan dia ingin menjadikan gadis itu miliknya. "K-kenapa encik buat semua ni! Apa salah saya dekat encik." - Dhia Rose "Because you stole my heart." - Daren Mikael Kejam dan tak berperasaan ye itulah seorang Daren Mikael namun sikapnya berubah seratus peratus terhadap gadis itu. gadis itu ibarat penawar yang dicari selama ini. Sampai bila-bila dia takkan lepaskan Dhia Rose. "Dhia Rose belongs to Daren Mikael forever."- Daren Mikael. ⚠️: Rekaan dan imaginasi dari author sendiri, penulisan author banyak merapu. Kalau ada kesalahan bahasa/typo mohon abaikan. Status: Complete
C | Separate Love by ctmariamlee
ctmariamlee
  • WpView
    Reads 269,504
  • WpVote
    Votes 13,828
  • WpPart
    Parts 28
Love series 1 Faiq Qaiser × Tania Arrisa "Aku tahu kau dekat sini, dah lama aku perhatikan kau" - Faiq Qaiser "Tolong lepaskan saya, saya tak pernah ganggu hidup awak" - Tania Arrisa "Tapi dia anak aku" "Dia bukan anak awak, dia hanya anak saya" "Are you sure? Kalau macamtu, aku nak buat DNA TEST" "No way, saya tak benarkan" **** "Macam ma-na deng-an anak kami doc ?" - Faiq Qaiser. "Saya minta maaf Puan Tania dan Tuan Qaiser, saya tak dapat nak selamatkan anak Puan dan Tuan Qaiser. Penyebabnya kerana anak korang terlalu banyak cecair dalam badannya. Dan disebabkan lambat hantarnya ke hospital. Saya agakkan anak puan dipaksa minum racun, saya minta maaf sekali lagi kerana tak dapat nak selamatkan anak Puan dan Tuan Qaiser, Allah lebih menyayangi Fayre" Tania terduduk disitu. "Tak, tak mungkin doc, anak saya masih hidup. Anak saya tak mati lagi !" - Tania Arrisa. "Doc tolonglah saya sekali lagi, selamatkan anak saya. Dia ibaratkan nyawa saya doc" - Tania Arrisa. "Peluang untuk awak dah tertutup" - Tania Arrisa. "Maafkan aku" - Faiq Qaiser "Aku ceraikan kau dengan talak 1" ****** Bagaimana Tania hendak meneruskan hidup selepas kematian anak kesayangannya? Bahagiakah Tania bersama lelaki bernama Faiq Qaiser ? Bolehkah Tania kembali bersama Faiq semula ? Semuanya akan terjawab dibuku Separate Love ini. COMPLETE✅ START - 28/6/2021 END - 14/10/2021 STATUS - COMPLETE