♡complete♡
78 stories
My mischievous princess   |Completed| by _urmyraa
_urmyraa
  • WpView
    Reads 45,367
  • WpVote
    Votes 2,527
  • WpPart
    Parts 39
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. "Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya. Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya. Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan. Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya. Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini. Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya. Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 456,451
  • WpVote
    Votes 31,070
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 240,867
  • WpVote
    Votes 12,859
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
Fiction Series 3: I'm Not Him  by __Ruthbear__
__Ruthbear__
  • WpView
    Reads 3,037
  • WpVote
    Votes 456
  • WpPart
    Parts 45
[COMPLETE] "I Can't Remember Her......" * * * Aku bukan dia.Kenapa orang ramai selalu sangat samakan diri aku dengan lelaki tu hanya disebabkan kuasa kitorang berdua sama je? * * * Aku jugak selalu mimpikan seseorang.Nak kata aku kenal perempuan tu......tak jugak. Siapa sebenarnya perempuan dalam mimpi aku ni?And why I think she's important to me?But somehow,I think......Aku kenal siapa perempuan ni. Apa-apa pun hidup aku mula berubah lepas dapat surat daripada satu sekolah ni.Surat tu aku dapat selepas tamat shift kerja sambilan aku.Memang lah aku nak pergi ke sekolah tu....tapi masalahnya sekarang sekolah tu berada kat Seksyen 50.Seksyen 50 tu pulak kawasan larangan.Tempat tu pun dah lama musnah.....
Fiction Series 1:Live For Me  by __Ruthbear__
__Ruthbear__
  • WpView
    Reads 1,988
  • WpVote
    Votes 422
  • WpPart
    Parts 43
[COMPLETE] "She Always By My Side...." * * * Segala yang berlaku kat dunia ....... pasti ada hikmahnya kan? * * * Kematian.Perkara ni memang dah sebati dengan diri setiap orang.Mesti setiap detik dalam hidup korang fikirkan pasal kematian,kan?Perkara ni pun memang dah sebati dalam hidup aku. Dua atau tiga kali seminggu aku akan mimpikan pasal kematian orang lain.Hmm.....Maybe frasa 'kematian' ni tak berapa betul sikit.Kata lainnya,situasi di mana seseorang itu berada yang hampir meragut nyawanya sendiri.Maybe itu lah penyataan yang lebih tepat. * * * Saya selalu nampak 'benda' tu semua di sekeliling Ryan.Bukannya selalu sangat pun.Hanya dua ke tiga kali seminggu.Don't know why either. Korang rasa saya patut tanya dia tak?Takut dia anggap saya gila pulak nanti.
Fiction Series 2:Grim Project  by __Ruthbear__
__Ruthbear__
  • WpView
    Reads 3,034
  • WpVote
    Votes 445
  • WpPart
    Parts 54
[COMPLETE] "The Project Is Sacrificing Everybody......" * * * Manusia sekarang lebih pentingkan kemajuan daripada perasaan orang lain.Diorang tak pernah terfikir akibat tindakan diorang terhadap manuasia-manusia lain yang ada kat sekeliling. Ramai orang yang kene akibat daripada tindakan eksperimen diorang or saintis-saintis gila tu disebabkan nak kejar kemajuan dunia je.Aku lah jugak salah seorang yang kene.Kitorang semua tak diberikan nama.Sejak lahir lagi memang tinggal kat makmal ni je. Nombor lah nama yang diberikan kepada kitorang. * * * "Kau dari seksyen mana?" "Seksyen?Seksyen apa pulak?Aku memang kerja sendiri lah!" Tu lah first time aku bercakap dengan perempuan biadap macam dia.Aku tanya elok-elok je,dia bekerja kat seksyen mana.Why?Sebab dia pun ada kuasa sama macam budak-budak yang dijadikan bahan eksperimen kat sini. "Kejap!Kau abang Hikaru ke?" Aku tersedak.Hikaru?Dah lama aku tak dengar nama lelaki tu... * * * Hikaru tak berhenti-henti menikam dada aku.Apa yang dia nak buktikan sebenarnya? "Wah!Betullah!Haruto ada kat sini!" dia cakap dengan suara yang gembira bila nampak badan aku pulih dengan sendiri depan mata dia.Muka lelaki ni pun kene percikan dari darah aku.Kejap! Ha.Ru.To? * * * "Diorang semua dah masukkan memori yang salah dalam otak kau!Sebab tu lah kau tak ingat kitorang semua!"
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 394,190
  • WpVote
    Votes 19,711
  • WpPart
    Parts 79
𝐐𝐚𝐬𝐡 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 | 𝐅𝐚𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐟𝐢𝐬𝐚𝐡 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 196,569
  • WpVote
    Votes 12,445
  • WpPart
    Parts 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
YUSUF ZULAIKHA ||© by laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    Reads 42,939
  • WpVote
    Votes 2,300
  • WpPart
    Parts 58
Dara Zulaikha Yusuf One of the most sorrowful love stories I have ever written. Tidak cukup dengan disisihkan oleh semua orang bermula daripada dia kecil sehingga lah kini dia berumur 27 tahun, Dara Zulaikha diuji lagi tatkala dia baru sahaja mendapat tahu bahawa dia hanya mempunyai baki masa selama lebih kurang satu tahun untuk hidup. Dara tak mengeluh, Dara tak gelisah. Sebaliknya, Dara menyenaraikan perkara yang ingin dia lakukan sepanjang menjalani hidup di baki masa yang ada. "Dan... perkara yang terakhir... aku... aku nak kahwin".- Dara Zulaikha Ya! Dara nak kahwin! Sebelum dia meninggalkan dunia ini, dia ingin merasakan bagaimana rasanya 'dipilih'. Untuk menunaikan hajatnya yang satu itu, dia bertemu dengan seorang peninju lelaki yang langsung tak ada rasa nak kahwin! "Kau gila ke? Tak nak aku!".- Yusuf Beria Yusuf menolak pada mulanya tetapi... ada sesuatu yang membuatkan Yusuf rela untuk menikahi Dara walaupun hanya untuk tempoh masa setahun. Dalam tempoh pernikahan tersebut, Yusuf juga beria memujuk Dara untuk melakukan sesuatu. "Buat pembedahan tu, Dara. Kau ada kemungkinan untuk hidup lebih lama lagi".- Yusuf "Dah tak ada guna untuk saya hidup untuk lebih lama lagi, Yusuf. Biar lah Allah ambil saja nyawa saya".- Dara Zulaikha Apakah pengakhiran kisah cinta Dara dan Yusuf yang hanya dimulai dengan perkahwinan tanpa cinta ini? ⚠️ SAD ROMANCE❗ ⚠️ Fast-paced. Theme songs: - P Ramlee dan Saloma by ALPHA -All I Ask (Bruno Mars ver.) by Bruno Mars