First
200 stories
𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 by flolesya
flolesya
  • WpView
    Reads 1,223,391
  • WpVote
    Votes 42,232
  • WpPart
    Parts 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Masa silamnya tidak la seindah seperti orang lain. Dosa lampaunya terlalu banyak. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namun, dia sudah insaf dengan perbuatan lalunya. Dengan menjaga Arissa Haswani, seumpama membayar dosa-dosa lalunya. Pada hari mahkamah di mana hari yang menentukan hukumannya, dia bebas dengan bantuan 'seseorang'. Namun tragedi kemalangan berlaku menyebabkan dia hilang ingatan selama 6 bulan selepas hari kejadian. Sudah 4 tahun berlalu dan penyakit amnesia masih belum sembuh. Dapatkah penyakitnya disembuhkan? "𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝘂𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮. 𝗠𝗲𝘀𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗱𝗶." 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐙𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐘𝐀𝐃 Semua orang akan berasa gerun dengannya. Mana tidaknya, pandang sahaja wajahnya pun boleh membuatkan semua orang lari tidak cukup tanah. Pendiam dan kalau bercakap pun hanya menyakitkan hati sahaja orang yang mendengarnya. Jika bukan disebabkan kematian dua orang tersayang, dia tidak jadi begini. Lama wanita itu menghilang, sehingga la pertemuan setelah 4 tahun itu membuatkan dia betul-betul ingin meng'halal'kan wanita itu. Bukan kerana bayaran lelaki itu menolong dia pada hari mahkamah itu. Adakah kerana mereka pernah bertemu semasa kemalangan itu? "𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘂 𝗮𝗹𝗮𝗺𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶?" Start: 1 February 2024 End: 27 May 2024 ATTENTION: [Tiada pengalaman dalam bidang medic] [Tiada pengalaman bekerja sebagai polis] [Gaya penulisan yang SANGAT lemah] [Scene action kurang] [Story tak logik dek akal]
ARABELLA: The Rose Chapter (TERBIT) by angelunaaa
angelunaaa
  • WpView
    Reads 145,135
  • WpVote
    Votes 1,221
  • WpPart
    Parts 13
The Dominion Series 1: Kaiser Shah x Arabella Rose Dia sudah memuja, sudah mengejar, dan sudah menyerahkan seluruh jiwanya. Namun, sampai bila harus berlari di belakang seseorang yang tak pernah menghargai? Dia juga punya hati. Dia juga punya harga diri. Dan akhirnya, Arabella Rosa memilih untuk berhenti. "Saya dah penat... Mungkin sampai sini saja penantian saya." - Arabella Rosa "Keputusan itu milik awak. Saya tak akan memaksa." - Kaiser Shah "Terima kasih... untuk dua tahun yang hanya meninggalkan luka." - Arabella Rosa Tanpa menoleh walau sekali, dia melangkah pergi, membiarkan segala kenangan - cinta, luka, dan air mata - terkubur di masa lalu. Kisah mereka berakhir di situ. Tanpa ulangan. Tanpa penyesalan. Namun, takdir punya caranya sendiri. Bertahun kemudian, mereka dipertemukan kembali - membuka semula kisah yang cuba dilupakan, dan tanpa sedar... membongkar rahsia yang selama ini tersembunyi di balik luka lama. Warning! This story is full of flaws and chaos-so don't expect too much when reading it. This story contains mature themes, explicit language, violence, and strong emotional content. Reader discretion is advised. Suitable for 18+ audiences. Start: 09.03.2025 End: 30.04.2025 ALUNA 2025
Perempuan Tanpa Jiwa by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 514,390
  • WpVote
    Votes 17,962
  • WpPart
    Parts 56
[COMPLETED] Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana mencintai seorang lelaki. Hanya itu sahaja silapnya. ⚠️ Triggered Warning ⚠️ (Self-harm) 9/03/2024
NASH: Hero Si Sweet Devilish by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 266,236
  • WpVote
    Votes 22,526
  • WpPart
    Parts 70
DIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. Disebabkan itu, Rizq Althaf menawarkan diri untuk memperisterikan Raisya Asluna supaya gadis itu dapat mengetahui bahawa kasih sayang bukan semua harus diberikan bukti. Luna tak mampu nafikan bahawa seorang Rizq memang sangat sempurna bagi seorang lelaki dan suami. Tetapi, kekurangan lelaki itu cuma satu. Rizq... Tak pernah sekalipun memandang dia sebagai seorang 'isteri' mahupun 'wanita'. Malahan, Rizq menurut setiap arahan walid dan juga ayah angkatnya persis anak yang soleh. Hati Luna terluka. Hadirnya juga seseorang gadis yang merupakan anak arwah kawan baik walid dan ayah angkatnya, dunia Luna terus menjadi kelam apabila Rizq diarahkan untuk berkahwin dengan gadis itu. Dia terus diadili bagaikan pesalah membuatkan Luna terus saja hanyut dalam lautan derita. "Jika hati kau tak lagi kuat hendak menampung luka. Jangan lupa menjerit sekuat hati supaya semuanya hilang. Saat kau rasa kalah mengharungi semuanya. Aku akan datang untuk berikan kau bahagia, Luna" - Nash Harizal Meskipun perit, masalah tetap perlu dihadapi. Kebenaran tetap perlu dicari. Cinta tetap perlu dihargai. "Laureen takut..." - Laureen Alyah Tegakah Luna untuk terus membenci jika Laureen juga mangsa di dalam kisah ini? Adakah penipuan di dalam sebuah kebenaran? Apakah penghujung buat kisah ini? Akankah ada keadilan buat seorang Raisya Asluna? +++ Start: 28/6/21 End: 24/8/21
RAZIN : DISISI KAMU (EDITING)  by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 736,860
  • WpVote
    Votes 12,099
  • WpPart
    Parts 32
SECOND ✨ RAZIN X QASH ✨ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia perkahwinan ke lima tahun,suaminya Lutfan dijemput Ilahi kerana kemalangan jalan raya. Namun ada perkara lebih mengejutkan setelah dua minggu kematian lelaki itu Kisah antara Qash dan Razin telah terlakar sejak awal,Namun kisahnya cuma separuh jalan. Dipisahkan oleh masa dan keadaan namun disatukan jua oleh masa dan keadaan. RAZIN RYKARL "Aku nak jaga kau dan Hud" QASH ARTIYA "saya tak perlukan lelaki dan suami untuk jaga saya dan Hud.Baik Tuan jaga girlfriend-girlfriend Tuan yang ramai tu" HUD ARDEN "Ud nak yayah bawu." MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start: Mar 12 2024 End :May 20 2024
ZARILL : SATU HATI DUA CINTA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,106,002
  • WpVote
    Votes 35,065
  • WpPart
    Parts 80
FOURTH 💫 ZARILL X HARLEEN 💫 Bercinta dengan pujaan hati sekian lama namun dipaksa berkahwin dengan alasan agar dirinya lebih terkawal dan tidak liar. "Mama tak berkenan dengan Zuris,mama tak nak dia jadi menantu mama." -Datuk Zahira "Maa..Rill cintakan Ris.Mama tahu kan?Rill dengan Ris dah bercinta lama." - Zarill Perbalahan berlarutan selama beberapa tahun sehingga Datuk Zuris mendesak dan memaksa anaknya mengikut telunjuknya. Lalu di gertak gunakan harta dan kedudukan lelaki itu dalam syarikat. Zarill yang tersepit akhirnya menurut. Berkahwin dengan wanita yang langsung dia tak cinta cuma saling kenal bila Harleen Alana itu merupakan anak kepada pembantu rumah mamanya. Berkahwin dengan Harleen tetapi masih bercinta dengan Zuris. _________________________ "Aku kahwin dengan kau sebab mama aku,harta dan kedudukan.Tak payah berangan nak jadi isteri sangat,kau berdiri sebelah aku pun tak layak." -Zarill Amri "Saya tak pernah lupa diri...."-Harleen Alana "Kau cuma layak jadi orang gaji dia je." -Zuris Arwa MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca START :25 July 2024 END : 14 September 2024
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 1,988,263
  • WpVote
    Votes 55,549
  • WpPart
    Parts 47
Season 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan bermain dengan nama Allah semata-mata untuk dapatkan kepercayaan saya! Kali ini saya tak akan tertipu dengan encik lagi!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Kenapa flower? Kenapa flower berubah sampai macam ini sekali? Hubby rindukan flower." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Encik dah lupa atau pura-pura lupa? Saya jadi macam ini semuanya kerana encik! Saya bukan lagi Aisya yang dulu! Dan saya bukan flower encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 7 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔, Aisya Qhaisarah Rose kian pulih dari trauma dan kemurungan yang menghancurkan seluruh hidup gadis yatim piatu itu. Bersama semangat dan harapan yang baru, Aisya bangkit untuk membina kehidupannya semula. Dengan menjual nasi lemak dan kuih muih, dia berjaya melupakan peristiwa hitam yang lalu. Namun, kehadiran Riyyadh Syahfiq Zayyhdith, yakni bekas suaminya, telah mewujudkan tembok kebencian yang kukuh di hati Aisya. Saban hari, Riyyadh mengejar untuk meraih cinta dari Aisya. Tetapi, tidak semudah yang disangka. Kerana, Aisya tidak lagi seperti dahulu. Pintu hati gadis itu telah tertutup rapat buat Riyyadh. Tiada lagi nama Riyyadh di ruang hatinya. Jadi, mampukah Riyyadh menagih kembali bunga dambaannya itu? Atau adakah sekali lagi, kisah mereka akan tergantung tanpa penghujung yang nyata? "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"
MIKHAEL by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 318,806
  • WpVote
    Votes 13,713
  • WpPart
    Parts 49
Under PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ #1 SOLACE LOVE Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua bukan perkara asing baginya. It's his life. Namun segalanya berubah bila hati Mikhael terpaut dengan seorang gadis. Hati leftenan yang beku itu mulai pecah satu persatu disebabkan seorang gadis. Arielle Iris. Gadis yang sedang menyambung pelajaran ke menara gading. Pertemuan pertama mereka berdua bagaikan sebuah penyatuan di Sepanyol. Bukan sekali tetapi tiga kali. "Did you know? They said if two persons meet each other three times, they are fated to be together." Ketika Mikhael lelah meneruskan tugasan, Arielle ialah penyelamatnya. Gadis itulah yang membantu Mikhael sejak pertemuan mereka, kekuatan Mikhael. "Aku sayang kau. If putting my life for you proves my loyalty, I will do it. I will do anything I can do for you." highest ranking : #1 in askar #1 in action-romance #1 in komando
PERLU KAMU by ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Reads 3,386,101
  • WpVote
    Votes 62,493
  • WpPart
    Parts 44
PERLU KAMU (COMPLETED) (UNEDITED) Tanpa diduga Marisa terikat dengan lelaki itu tanpa kerelaan hati disebabkan kepentingan mereka. Marisa menjadi mangsa keadaan. Hati Marisa sakit diperlakukan kasar oleh Rykal sepanjang tempoh perkahwinannya. Cinta Rykal bukan untuk dirinya tapi untuk kakak tirinya. ________________________________________ Rykal pula sanggup berkorban apa saja demi Laila, kekasih pujaannya. Dia rela berkahwin dengan adik tiri gadis itu buat sementara waktu atas permintaan Laila. Dia sanggup asalkan dia dapat bersama dengan Laila pada akhirnya First Book Start : 16 June 2018 End : 24 May 2020 Author : ssweetroses
DIA KEKASIH KU [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 342,443
  • WpVote
    Votes 13,379
  • WpPart
    Parts 67
Qayl Iskandar 💗 Kasih Nuwairah Qayl Iskandar seorang jejaka tampan yang sangat digilai ramai wanita. Tak kira tua atau muda. Mukanya tak ubah seperti orang barat dek kerana mempunyai darah campuran dari Greek dan Scotland yang asalnya dari belah Datuk Imran, papa Qayl Iskandar. Sejak dari muda sudah mempunyai business perhotelan sendiri tanpa dibantu oleh Datuk Imran. Katanya ingin berdikari. Dengan segala susah dan penat Qayl Iskandar, kini dia bergelar usahawan serta billionaire termuda di Asia. Kasih Nuwairah seorang gadis yang cukup kental dan kuat menghadapi segala ujian yang diberi. Tak pernah sekali dia mengeluh dengan kehidupannya. Walaupun dia bukan asal dari anak orang kaya, tapi Kasih Nuwairah sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang diberi oleh Allah. Kasih Nuwairah juga merupakan seorang gadis sangat pandai berdikari. Terlebih lagi mencari duit sendiri. Dia hanya mengambil upah membuat kek untuk menampung perbelanjaan dia sepanjang belajar di universiti. Kasih Nuwairah tak nak susahkan ibu dan abah dia. Cukup lah mereka susah untuk menyekolahkan dia dahulu. Dalam satu kejadian tanpa sengaja, Kasih Nuwairah dan Qayl Iskandar ditakdirkan bertemu. Sejak dari pertemuan itu, hati Qayl Iskandar mula merasa sesuatu yang tak pernah dia rasa sebelum ini. Tapi terbalik bagi Kasih Nuwairah. Dia malah tidak merasa apa-apa. Bahkan dia merasa risih dan terganggu apabila Qayl Iskandar selalu mengacaunya. Start : 10/07/2024 End : 09/09/2024