done
97 stories
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 103,555
  • WpVote
    Votes 3,757
  • WpPart
    Parts 46
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
Erica Juwita : Strings Of Fate (C) by PLUMERIANA
PLUMERIANA
  • WpView
    Reads 32,046
  • WpVote
    Votes 1,901
  • WpPart
    Parts 73
Bagi Tengku Erica Juwita, hidupnya bukan sekadar tentang kuliah perubatan atau pentas kecil busking bersama rakan-rakan. Dia hidup dengan luka lama yang tidak pernah sembuh-dibuang oleh bapanya sendiri, dituduh sebagai punca kematian yang salahnya. Dilahirkan dari rahim seorang ibu yang meninggal dunia kerana kanser sejurus selepas melahirkannya, Erica memilih untuk menjauh dari keluarga bangsawan bapanya dan berdikari dengan kehidupannya sendiri. Di pentas busking kecil di sudut jalan, gitar Aliff Adiqha menjadi pengiring setia kepada dentuman dram Erica. Namun, di sebalik senyuman dan gurauan, Aliff memikul beban yang berat-abang sulung kepada lima adik yang masih bersekolah, menjaga ibu yang lumpuh, dan menggantikan tempat bapa yang hilang tanpa jejak. Persahabatan mereka bermula di antara alunan muzik dan kopi malam di kafe kecil, tetapi takdir memaksa mereka melangkah ke fasa yang tidak pernah mereka bayangkan-perkahwinan. Bukan kerana cinta... tetapi kerana satu sebab yang hanya mereka tahu. Namun, mampukah sebuah ikatan tanpa cinta bertahan di tengah badai kehidupan, rahsia masa silam, dan hati yang mula bergetar tanpa sedar? Mula : 1/8/2025 Tamat : 27/2/2026
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 519,367
  • WpVote
    Votes 20,309
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Broken Hearted by safferna
safferna
  • WpView
    Reads 50,931
  • WpVote
    Votes 956
  • WpPart
    Parts 46
Tiada rasa cinta untuk si dia . Hanya menjaga kerana amanah .. " Jangan harapkan apa-apa daripada aku , Kayla . Aku berkahwin dengan kau sebab amanah ibu " - Addam Mekael " Awak rasa apa perasaan ibu bila dia tahu orang yang dia percaya sangat ni , sedang sakitkan hati anak dia sendiri ? " - Mikayla Rashden Namun tidak sedarkah dia bahawa hatinya perlahan-lahan sudah diisi rasa cinta dari isterinya itu ? " Aku .. aku sayangkan kau Mikayla .. " " Itu hanya kata-kata dari mulut awak dan bukannya hati awak . Awak tak akan pernah sayangkan saya . " Masihkan ada sinar dalam hubungan mereka berdua . Benarkah dia menjaga Mikayla hanya kerana amanah ? atau .. cinta ? Dalam pada masa itu juga banyak rahsia yang terbongkar dan membuatkan hati Mikayla semakin retak Disaat Addam datang semula untuk meraih cintanya , bagai persoalan bermain diminda . Adakan benar lelaki itu ikhlas untuk cintakan dia dan melupakan cinta pertamanya itu ? Bolehkah peluang kedua itu wujud ( typo sana sini . Ada part yang berterabur sikit . Masih belum edit , kalau anda tidak kisah . Boleh sahaja baca )
Pengantin Buat Nelayan - Terbit PBAKL 2026  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 312,916
  • WpVote
    Votes 768
  • WpPart
    Parts 2
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangan tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
Tengku Devyn Aryan : Melting the Cold by mint_llc
mint_llc
  • WpView
    Reads 579,845
  • WpVote
    Votes 16,506
  • WpPart
    Parts 62
Tengku Devyn Aryan ♡ Hannah Lavender
My Queen Aaira Hani (✓) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 894,983
  • WpVote
    Votes 30,236
  • WpPart
    Parts 85
My Queen Aaira Hani (Encik Buaya vs Cik Lawyer) Aaira Hani, wanita muda moden dan bebas. Malah dia tidak suka terikat dan terkongkong. Namun, segalanya berubah disaat dia harus bertanggungjawab ke atas perkara yang tidak dilakukannya. Sekali gus menutup aib serta maruah keluarga yang berada dalam ancaman musuh. Lalu demi keluarganya, dia 'serah diri' dan hidup di bawah tawanan seorang lelaki pendendam dan juga misteri. Bermula dari itu tekanan serta persoalan yang tersembunyi mulai meninggalkannya dengan tanda tanya. "Adakah saya pelacur kelas atasan?" "Lacur tu dosa besar ibarat zina. Aku nikahi kau dengan cara yang halal dan suci." Tidak betah berlama dalam sangkar emas ciptaan lelaki itu, dia cuba mencari tahu apa sebenarnya yang telah berlaku tanpa pengetahuannya sehingga melibatkan dia tanpa diberi penjelasan. Mampukah Aaira Hani mempertahankan maruah keluarga dan harga dirinya? Berjayakah dia selamatkan diri dari sangkar emas ciptaan lelaki itu? Start : 01 - 07 - 2022 End : 18 - 07 - 2022 Rank : #1 - ego (20082022) #1 - dendam (26092022) #1 - cinta (06102022) 💯 Idea xtheaura sendiri. ❌ Dilarang ciplak, tiru.. tak baik tau. 🌹 Kalau tak keberatan, lepas baca tekan vote ✨ dan kalau rajin, tinggalkan komen kamu💖
Gibran: Shattered Trust [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 235,625
  • WpVote
    Votes 7,497
  • WpPart
    Parts 74
Gibran Ghazi x Nur Arabella Kharisa 3rd The Dementors Series Perkahwinan antara Gibran Ghazi dan Nur Arabella Kharisa bukanlah atas dasar cinta, tetapi hasil aturan keluarga. Dahulu, mereka adalah musuh abadi di Universiti Arkadia, sering bertelingkah dalam setiap pertemuan. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bella, seorang wanita yang tabah dan penyayang, berusaha menyesuaikan diri dalam perkahwinan tanpa cinta ini. Dia berharap, seiring waktu, Gibran akan membuka hatinya. Namun, Gibran masih terperangkap dalam bayangan cinta pertamanya. Tanpa pengetahuan Bella, hubungan masa lalu antara Gibran dan cinta pertama lelaki itu menjadi duri dalam perkahwinan mereka. Apabila kebenaran terbongkar, Bella merasa dikhianati oleh suami yang paling dipercayainya. Hatinya hancur, dan kepercayaannya musnah. Gibran, yang selama ini tidak menghargai perasaan Bella, akhirnya sedar bahawa cintanya hanya untuk Bella. Namun, segalanya sudah terlambat. Bella telah lelah berjuang sendirian dalam perkahwinan ini. Kini, Gibran berdepan dengan penyesalan yang mendalam. Dia ingin menebus kesilapannya dan memenangi semula hati Bella. Namun, adakah Bella masih bersedia memberi peluang kedua, atau perkahwinan mereka hanya tinggal kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan?
🔞LELAKI YANG DIA CINTA by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 188,665
  • WpVote
    Votes 8,453
  • WpPart
    Parts 52
spin off The Loyal Hunter Megat Hadi menerima gadis pilihan keluarga. Dia kembali ke kampung dengan satu janji, untuk menyunting si gadis menjadi isteri. Di perjalanan, Megat Hadi bertemu seorang gadis yang menyakitkan hati dia. Perempuan itu tak nak mengaku bersalah pada awalnya. Bila melihat wajahnya, perempuan itu sama seperti perempuan lain. Perempuan tak tahu malu! Pantang tengok lelaki hensem. Deena Wahida perempuan yang menyimpan satu perasaan cukup lama terhadap seorang lelaki. Tiga tahun dia menunggu lelaki itu. Dia tetap tak putus asa walau bayang pun dia tak nampak. Pertama kali berjumpa Megat Hadi, dah berjaya buat dia tertarik tambah-tambah lagi si jejaka adalah seorang pegawai polis. Kali kedua hatinya terusik. Deena cuba mengusir perasaan yang mulai tumbuh untuk Megat. Dia bakal ditunangkan dengan lelaki pilihan ayahnya. Disebabkan dia anak yang mendengar kata, dia akur. Hariz Iskandar lelaki yang paling terkesan dengan berita pertunangan Deena. Namun dia terpaksa lepaskan sebab hati Deena bukan milik dia. Tapi, dia akan menunggu sehingga Deena nampak kewujudan dia. Tiba hari pertunangan, Megat dan Deena masing-masing terkejut. Megat tak suka, Deena bukan main gembira. Lagi Megat tak suka, lagi Deena suka. Dia nekad akan buat sampai Megat sukakan dia. Sehingga suatu saat dia dah terlalu penat. Cinta Megat memang tak mampu dia gapai. Dia rela berundur diri demi kebahagiaan Megat. Masa ada tak dihargai. Bila tiada di depan mata mulalah mencari. Megat kesal dengan apa yang terjadi. Cuba mengejar cinta sejati yang dah pergi jauh darinya. Bila rahsia terungkap lagilah dia terkesima. Adakah cinta itu tetap milik mereka berdua atau milik lelaki yang pernah Deena cintai atau milik Hariz lelaki yang setia menunggu Deena?