Inkfinity Novella Contest 2023
10 stories
Cinta Pandang Ketiga by _thetruth10
_thetruth10
  • WpView
    Reads 260
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 16
"Kita kenal kita." Mereka, mula saling mengenali pada usia 15 tahun. Sekolah, bagai medan perang fizikal dan mental bagi Anggun yang lasak, Anggun yang memendam rasa. Jebat pula, hanya seorang budak lelaki yang lemah dan polos dalam bicaranya. Tanpa noktah, mereka berpisah pada garis masa yang aneh. Dunia sudah meninggalkan masa lalu dan hidup pada detik yang sedang dilewati. Jebat telah meningkat usia. Manakala Anggun, yang masih berumur 15 tahun tiba-tiba sahaja terjaga di dalam tubuh yang tidak dia kenali. "Aku bukan Hana. Aku Anggun Sari!" "Kau, Anggun? Pemilik keychain kasut ini?" Jebat menggenggam kemas keychain itu. Tempoh pertemuan dia dan Anggun beberapa tahun lalu, mekar kembali.
𝐊𝐚𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮 by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 456
  • WpVote
    Votes 77
  • WpPart
    Parts 8
Ini kisah tentang Safira, seorang gadis kampung yang ingin menangi sayembara mereka cipta baju kebal yang dianjurkan oleh istana. Pulangnya dari pekan, dia tergesa-gesa menemui kawan baiknya yang juga merangkap jirannya, Damiras yang sedang bertugas mengawal gerbang kampung. "Sayembara mencipta baju kebal?" "Benar! Lihatlah, ini anjuran istana dan sesiapa sahaja dapat menyertainya!" kata Safira dengan teruja. "Bukankah ini suatu kebetulan, Damiras? Aku telah lama berimpian mencipta baju kebal!" Damiras hanya diam memerhatikam kesungguhan Safira berceloteh dengan teruja. Dia menanti Safira habis bercakap, barulah dia membalas, "Beruntunglah engkau. Bukankah engkau sudah lama mencari cara untuk menyiapkan baju kebal itu? Bagai mengantuk disorongkan bantal. Sekarang, engkau ada peluang untuk merealisasikan cita-citamu." Bersinar-sinar mata Safira. "Adakah kau rasa aku boleh mengikuti pertandingan ini?" "Engkau yang beria-ria, mengapa bertanya kepadaku?" Damiras mengangkat bahu. "Apa salahnya mencuba?" "Baik! Aku akan mencuba! Kau akan menolongku, kan?" Safira menggenggam tangannya kejap lalu menoleh pada Damiras. "Tentu sahaja. Tapi, kau harus berikan aku satu baju kebal ciptaanmu." "Aku akan menjadikan kau kebal, sehingga tidak tertembus peluru istinggar atau terakul sekalipun!" "Baiklah, aku akan menunggu."
WHITE AURA by shahidayat
shahidayat
  • WpView
    Reads 2,033
  • WpVote
    Votes 192
  • WpPart
    Parts 7
Bulan malam mempamer seri, Diteman beribu bintang di sisi, Hikayat sang puteri dibuang negeri, Pertama kali hidup sendiri. Burung kenari memakan pulut, Pulut ditelan habis isinya, Sang pengkhianat dalam selimut, Menyebar fitnah ke serata istana. Rumput hijau menceria suasana, Mengalir sungai berair dangkal, Menempuh dugaan tak terkira banyaknya, Namun hati bertahan cekal. Dinding dirona pelbagai warna, Merah delima merah ceri, Akhirnya si puteri mengecapi bahagia, Namun dugaan tak berhenti lagi.
Cinta Sang Laksamana : Inderapura by AnnSelasih
AnnSelasih
  • WpView
    Reads 2,561
  • WpVote
    Votes 132
  • WpPart
    Parts 16
sambungan CSL
Makan by Good_luckkk
Good_luckkk
  • WpView
    Reads 37
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 4
Makan. Suatu budaya manusia yang semakin asing di metropolitan The Klang. Sejak bencana bah besar yang melumpuhkan kebanyakan negara-negara dunia ketiga, beberapa syarikat mega telah berlabuh di sini dengan tujuan membantu kerajaan menyelamatkan rakyatnya daripada kemelaratan hidup. Namun, pertolongan itu datang bersama harga yang mahal. Fuad, seorang pakar agritech terpaksa melalui hari-harinya menyaksikan perubahan budaya 'makan' yang drastik. Para petani kian hilang mata pencarian. Keperluan nutrisi berkiblatkan syarikat asing. Pun begitu, hari-harinya mulai berubah berkat munculnya suatu rahsia. Rahsia yang bakal mengubah monopoli industri bioteknologi makanan tanah airnya.
by my side by ARJUNAKot
ARJUNAKot
  • WpView
    Reads 110
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 22
" Khai, apa kau nak jadi?" "Aku nak jadi hero untuk mereka, tak kisahlah betapa banyak mayat pengganas, orang jahat yang perlu aku pijak.." Kematian rakan yang disayanginya hasil daripada serangan pengganas Superhuman yang berlaku 5 tahun lalu menjadi minyak yang membakar roh dan dirinya, dengan kuasanya, Khairul tekad untuk menjaga keselamatan orang ramai dan memastikan kejadian yang ditimpanya dan rakan-rakannya sebelum ini tidak terjadi lagi.. Namun adakah alasannya itu hanyalah fasadnya untuk melalui jalan penuh dendamnya untuk menghancurkan orang-orang yang bertanggungjawab atas serangan pengganas itu? Adakah dia hero ataupun hanyalah anjing yang buas? Kedatangan Aisyah, seseorang yang mengingatkannya kepada rakan lama membuatkan Khairul mempersoalkan semula motif dan tanggungjawabnya. Adakah jawapan yang dimahukan Khairul ialah apa yang diperlukannya? #INC2023
Layla Majnun by mellyssadeketchup
mellyssadeketchup
  • WpView
    Reads 194
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 4
Menulis semula kisah cinta paling epik, berdasarkan kisah sebenar.
OUR WORLD by AurKaZz
AurKaZz
  • WpView
    Reads 73
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 2
Kedengaran bunyi dentuman kuat. Sebuah kereta terbabas di jalan sunyi dan akhirnya berhenti selepas berpusing beberapa kali. Asap mulai memenuhi keseluruhan kereta. Memori silam kembali memutar di kotak minda. "Apa yang perlu kita lakukan? Dunia kita berlainan. Dan aku rasa kita berdua tidak seharusnya bertemu. Apa kata kita berpisah sahaja? Dari saat ini kita bukan lagi satu." Pegangan tangan dilepaskan. Adakah ini apa yang aku dan kau inginkan? Adakah perpisahan ini dapat mengembalikan semula sesuatu yang telah hilang? Kau dan aku adalah satu. Jika kau pergi, tiada guna aku hidup lagi. "Jika ini yang dapat melupakan segala keperitan, aku terima ketentuan-Mu." Jasad ditinggalkan di tepi lebuhraya sunyi. Kabus mulai memekat di seluruh kawasan hutan. Menutupi segala yang terlihat.
Ambrosia by NoHR16
NoHR16
  • WpView
    Reads 481
  • WpVote
    Votes 90
  • WpPart
    Parts 14
Di usia 16 tahun, Setiap kanak-kanak yang menetap di Ambrosia akan dibawa ke suatu tempat untuk ditentukan kuasa mereka secara rawak, kuasa tersebut turut dipengaruhi pilihan mereka dan di saat itu, gilirannya tiba. Entah berapa lama dia tenung segala jenis macam makanan yang terhidang atas meja yang betul-betul ada di depan batang hidungnya. Itulah bagaimana mereka memperoleh kuasa. Melalui makanan. Sejujurnya dia mahu menolak kerana desas-desus tentang adanya mangsa yang terkorban usai memperoleh kuasa. Puncanya? Dia sendiri tidak tahu. Meja kayu yang tidak beralas dipandang dan tanpa menunggu lama, mulut disuakan ke bucu meja. Gigi atas bertemu gigi bawah, menggigit. Keras, tapi ada serpihan kayu kelat masuk ke kerongkong. Wajah berkerut-kerut menahan rasa yang masih berbahang di lidah. Dalam pada minda melayan rasa loya, segala deria ibarat terganggu. Telinga berdesing, pandangan menjadi kabur, segenap tubuh terasa kebas dan dikala itu juga kepala terasa seakan berputar dan entah macam mana.... mungkin ini pengakhirannya. Gelap. Cover designed by @_emptystar_ Disclaimer: I did not own the picture of the cover. Credit goes to the rightfully owner.
SEISHIN (INC 2022) by AurKaZz
AurKaZz
  • WpView
    Reads 102
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 5
Sebaik sahaja tangannya menyentuh anak patung beruang yang terbiar di atas lantai, satu suara kedengaran. "Abang polis! Tolong selamatkan kawan-kawan saya!" Badan telus pandang muncul di hadapannya. Kanak-kanak perempuan melihat sayu. "Hantu? Roh? Apa yang berlaku?" ***************** Penculikan kanak-kanak semakin berleluasa di daerah Kanagawa. Pihak polis cuba menyelesaikan kes yang berlaku tetapi gagal. Akhirnya kes di ambil alih oleh salah seorang inspektor polis baru yang bernama Hiroshi Kaneki. Kes yang nampak ringan menjadi semakin berat. Kes yang normal menjadi semakin ganjil. Bertambah ganjil apabila roh muncul meminta bantuan. Adakah kes ini akan selesai?