MinahSengett4's Reading List
3 stories
Dia...Suami Tak Dirancang - Hana (HE) by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 17,363
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: DIA... SUAMI TAK DIRANCANG PENULIS: HANA (HE) ISBN N0: 978-967-2185-52-9 HARGA:RM 30.00 (SM), RM 33.00(SS) BLURB Dinzly Fariqal... Kalau dilihat cara dia melayan Darwisya, memang menyakitkan hati. Memang kadang-kadang rasa geram sangat. Tapi, tahu tak tugas Dinzly tu berat? Paling buat Dinzly geram, tekad Darwisya telah mengheretnya ke dalam sebuah perkahwinan. Disebabkan dia seorang anak yang taat, terpaksalah dia terima Darwisya sebagai isterinya. Terpaksa jadi 'pak sanggup' untuk wanita yang dibuntingkan oleh kawan serumahnya, Aiman Najdi. Lelaki mana yang senang nak terima, kan? Janjinya, hak Aiman ini akan dikembalikan apabila temannya itu muncul semula. "Why did you do it? And what were you thinking when you did such things to me? What have I done to you, lady?" - Dinzly "Jawapan macam mana yang awak nak dengar supaya saya tak tambahkan sakit di hati awak lagi, Dinzly?" - Darwisya "Minta cerai dengan aku. Hanya itu jawapan yang mampu hilangkan sakit hati aku. Boleh kau buat tu untuk aku?" - Dinzly Aleya Darwisya... Nak cakap dia kejam? Memang Darwisya mengaku. Sampai bila-bila dia akan rasa berdosa kepada suaminya. Sebab itulah dia bertekad, selagi dia bergelar isteri Dinzly, dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk lelaki itu. Cuma adakalanya dia rasa tidak mampu untuk meneruskan semua itu. Sehingga satu tahap, dia nekad untuk menggugurkan kandungannya. Mujur ada Dinzly yang menghalang. "Menggugurkan janin itu berdosa besar, Wisya. Cuba kau bawa mengucap sikit." - Dinzly "Saya tahu." - Darwisya "Kalau tahu kenapa kau nak buat juga?" - Dinzly "Sebab saya nak lepaskan awak. Awak faham tak? Awak nak ke tunggu sampai anak ni lahir, Dinz?" - Darwisya Ya, hakikatnya Darwisya cuba untuk menebus kembali kesilapannya kerana menjerat Dinzly ke dalam perkahwinan tanpa rela. Namun adakah begitu sahaja pengakhiran kisah hidup mereka berdua? Dan benarkah memang niat Darwisya mahu memerangkap Dinzly sedari awal atau semua itu berlaku secara kebetulan?
"Work from Home" Isteriku Bersama Bekas Kekasih (2020) by rozairoza
rozairoza
  • WpView
    Reads 67,508
  • WpVote
    Votes 249
  • WpPart
    Parts 2
Ketika cerita ini dikarang, seluruh dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 (Coronavirus). Ramai yang tidak menjangka kehidupan masing-masing sedikit sebanyak akan berubah dengan kehadiran pandemik ni. Sama seperti negara lain, salah satu langkah kerajaan untuk menghadapi cabaran ini adalah dengan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau movement control order, membuatkan pegerakan harian terbatas. Aku bersyukur kerana dari segi kewangan, keluarga aku tidak terjejas teruk. Walaubagaimanapun, norma baru yang disyorkan seperti work from home kepada yang bekerja dan online classroom untuk pelajar sekolah telah membuatkan banyak rutin harian kami sekeluarga berubah. Tanpa diduga, proses untuk menyesuaikan kehidupan harian dengan rutin baru ini telah menjadi peluang kepada isteri aku, El untuk membuat penambahbaikan pada tabiat/rutinnya melakukan hubungan terlarang dengan Hasrul, bekas kekasihnya. Perkongsian ini hanyalah luahan peribadi. Bukannya dilakukan untuk membuka pekung di dada atau memburukkan isteri sendiri.
Hantaran Barang Kemas Kepada Isteri (2022) by rozairoza
rozairoza
  • WpView
    Reads 34,148
  • WpVote
    Votes 378
  • WpPart
    Parts 4
Setelah 16 tahun berkahwin, buat pertama kalinya El menerima hadiah yang agak "material" iaitu gelang emas dari Hasrul. Entry Raya 2022