liliesriety's cosmos
5 stories
A Love Worth Breaking For. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 6,493
  • WpVote
    Votes 548
  • WpPart
    Parts 15
Isa Raes | Heila Jasmine. HEILA JASMINE, cucu tunggal Dato Jeffri, hidupnya berubah selepas dia dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan datuknya, Asyraf Khairil. Pada pandangan orang, Asyraf suami idaman. Namun tiada siapa yang tahu apa yang tersingkap dibalik perkahwinan mereka. Heila terperangkap antara tanggungjawab dan keinginan untuk bebas. Namun takdir mempertemukannya semula dengan cinta lamanya... ISA RAES, lelaki yang suatu ketika dahulu mengambil ruang dalam hatinya. Namun kisah cinta mereka dulu tidak kesampaian selepas mendapat tentangan dari keluarga Heila. Satu peristiwa mengubah segalanya, Asyraf pilih untuk lari dari tanggungjawab yang seharusnya digalas. Peluang itu membuka ruang buat Isa Raes. Dalam pada Heila menderita dan sukar berdamai dengan takdir yang ditulis oleh Tuhan, Isa Raes cuba ditolak menjauh. Tapi tidak pula Isa Raes melatah. Isa kembali dengan kasih yang tidak pernah padam. A Love Worth Breaking For, merupakan sebuah kisah yang mengupas makna sebenar pengorbanan, penyesalan, dan cinta yang tetap teguh meski berkali-kali hancur, cinta mampu mendorong mereka untuk menanggung sakit demi kebahagiaan insan yang disayangi. "It ain't love if it doesn't hurt."
Maybe I Love You by aryssruelle
aryssruelle
  • WpView
    Reads 18,421
  • WpVote
    Votes 1,328
  • WpPart
    Parts 23
[slow update] Zane Larsen & Sophia Amora
Rumi & Juni by athxrnr11
athxrnr11
  • WpView
    Reads 1,697
  • WpVote
    Votes 119
  • WpPart
    Parts 10
Habuk dan kepingan kayu yang bertaburan penuh memenuhi lantai bengkel dibiar bersepah. Ruangan yang bergema dengan Roy Clark- Yesterday, When I Was Young dinikmati dengan secawan Nuri Toplar yang baru dituang dari Cezve. Anak mata kelabu itu tajam merenung seni luakan yang baru siap dibuat. Arca jemari runcing perempuan yang menggunakan bongkah Cengal itu masih belum digosok dengan kertas pasir. Seketika, fokusnya dialih ke arah pintu utama apabila telinga menangkap ketukan daripada luar. "Kenapa tak angkat call? Penat aku menapaklah macam ni." Sembur Wen melulu sambil menyeka peluh. "Sorry, phone silent." Bibir melarik sengih. "Haaa tulah kau." Dia duduk di Chesterfield lusuh. Mengah. "Jom diving. Petang ni. Free tak?" Jam dinding di kerling seketika. Kemudian pandangannya dikitarkan ke sekeliling bengkel. Berkira kira. "Sekejap je. Tapak semaian. Kutip sampah." Tambah lelaki itu lagi. Dia angguk perlahan. "Bolehlah." Juni tolak troli spanar dengan kaki. Dia melungsur keluar dari baring bawah kereta sambil mata menghala tak lepas pada dua sosok yang melintas jalan depan bengkelnya. "Itu Rumi. Owner bengkel kayu sebelah kita ni." Mona bersuara dari belakang. "Ohh." Perempuan itu berlalu ke rak minyak pelincir. "Aku perasan, kau selalu pandang dia. Apehal?" Kompressor aircond yang sudah ditanggalkan di capai sebelum mendekat ke Wira yang masih tersadai. "Mana ada lah." Penyukat atas meja diambil sebelum berlalu ke Axia. Mona senyum mengejek. "Yelah tu." Juni menarik nafas dalam. Sesaat mata dipejam sebelum nafas tadi hembus perlahan. Dia berdehem sebelum kembali fokus menyambung kerja.
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [C] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 263,948
  • WpVote
    Votes 18,284
  • WpPart
    Parts 49
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah menunjukkan kelemahan, dan perasaannya jarang sekali terlucut. Namun, hidupnya berubah apabila Hazi Marilyn, seorang juruterbang kaya dan dingin, muncul dengan permintaan yang tidak terduga setelah sebuah berita palsu yang membabitkan mereka berdua tersebar di serata media massa. Hazi Marilyn, yang juga memiliki sifat keras dan egois, sedang berhadapan dengan tekanan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan datuknya. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan kepada Hazi untuk mengambil alih legasi terbesar keluarga sebagai CEO Royal Sky Airlines. Untuk menghindari situasi tidak diingini ini, dia memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Zayn sebagai pasangan kontrak. Mereka berdua bersepakat untuk berpura-pura sebagai pasangan kekasih demi kepentingan Hazi, namun ego dan kebanggaan masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. Ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran dan situasi gentar dalam peranan mereka sebagai pasangan, Zayn dan Hazi mula melihat sisi lain diri masing-masing. Diselubungi ketegangan dan perselisihan pendapat, mereka mula merasakan sesuatu yang lebih mendalam daripada sekadar perjanjian. Dalam ikatan palsu ini, kedua-duanya mula jatuh cinta secara perlahan-lahan, merobohkan dinding ketahanan mereka. Akan tetapi, adakah cinta sejati mampu tumbuh di antara dua hati yang keras ini, atau akankah ego mereka memisahkan mereka sekali lagi? "Kau bukan buat secara percuma. I pay you." -- HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." -- ZAYN CHESTER [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]