RiriMark03's Reading List
156 historias
Dunia Kita por effxlee
effxlee
  • WpView
    LECTURAS 749
  • WpVote
    Votos 179
  • WpPart
    Partes 3
Terlalu lama hidup di Amsterdam, Qisya Amaris terlihat semakin 'liar' apabila dia pulang ke Malaysia. Apabila berita tentangnya semakin membimbangkan reputasi keluarga, Tan Sri Ibrahim memutuskan untuk menghantar Qisya ke kampung untuk belajar menjadi manusia yang lebih berguna. "Habis tu selama ni I tak berguna ke papa?" - Qisya Amaris "Manusia yang berguna tak bahagia bila nama dia diburuk-burukkan media." - Tan Sri Ibrahim Di Kampung, Qisya tidak dapat hidup mewah seperti biasa. Dia diajar untuk hidup sederhana. Diajar agama. Dan diajar untuk menjadi manusia. "Selama ni I bukan manusia ke Tok Ma?" - Qisya "Pergi mengaji sepuluh muka surat. Tok Ma nasihat, banyak bunyi pulak." - Tok Ma. Tok Ma menghantar Qisya ke rumah jirannya untuk belajar kelas agama. Di situlah Qisya berjumpa dengan Noah, cucu kawan baik Tok Ma. "Tok Ma! Tok Ma! Kenapa you tak bagitahu I cucu kawan you handsome nak mampus?" "Tok Ma, dia bangsa apa? Cina? Jepun? Atau Korea?" "Tok Ma, I nak mengurat cucu kawan you." Maka, di sinilah bermulanya kisah mereka. Gadis penuh diva dan lelaki berkacukan yang dia temukan di kampung. Lelaki yang penuh misteri dan penuh rahsia. Siapakah dia? Muahaha. in life, we need cliche and cringy material and romance! #stay halal
Dr. Crush: Her Savior (C) por idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    LECTURAS 1,042,121
  • WpVote
    Votos 35,626
  • WpPart
    Partes 95
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love first and grope for reasons afterward" - NATASHYA AMMARA Perkahwinan pertama FAREL GIBRAN merupakan hari kebahagiaannya kerana sudah memiliki wanita pujaan yang didambakan, ESHAL DHAMIRAH. Tetapi, kebahagian yang dikecapi hanya sementara, Farel lupa bahawa siapa pemilik sebenar Eshal yang mutlak. CINTANYA terkubur bersama si isteri. Penguatnya pada saat itu hanyalah amanah peninggalan Eshal iaitu anak kembar mereka, FALIQUE ARMAN dan FALISHA AULIA. Tiada yang lebih penting selain mereka berdua. - - - NATASHYA AMMARA, seorang guru tadika yang masih menunggu dengan setia untuk kekasih hatinya, LUTHFI AMIR datang meminang dirinya walau hakikat sebenar hubungan mereka sudah pun retak menanti belah. Mahu melangkah pergi, tapi sayang akan hubungan yang sudah lama terjalin. Pertemuan tak dijangka pada tahun baru persekolahan, menemukan semula Natashya dengan Farel iaitu seorang 'senior' yang pernah diminatinya dalam diam ketika belajar di UNITAR dahulu. Bagaimanakah perjalanan kisah hidup mereka kelak? Adakah lagi cinta dalam diri Farel untuk wanita lain selain Eshal Dhamirah? Dapatkah Natashya mengecapi kebahagiaan yang dipinta selama ini? Highest Rangking: #5 malaysia #2 kisahcinta #2 duda #4 romance ...... Playlist Dr. Crush: Her Savior : 1. Akhir Cerita by Dalia Farhana x Aziz Harun 2. Jangan Jangan by Wani Kayrie 3. Sebenarnya by Alif Satar x Siti Nordiana
Sedetik Lebih por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURAS 329,344
  • WpVote
    Votos 33,084
  • WpPart
    Partes 80
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
TERLUKIS INDAH : THREE YEARS OF SORROW. por celestialunee
celestialunee
  • WpView
    LECTURAS 823
  • WpVote
    Votos 91
  • WpPart
    Partes 1
Tiga tahun tanpa Lea.
Mr pirate [SPECIAL CHAPTER] por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURAS 7,156
  • WpVote
    Votos 1,247
  • WpPart
    Partes 2
Rumah tangga Husna dan Andikha Rafael sentiasa disulami tawa dan bahagia. Mereka mungkin pasangan biasa, namun cinta mereka luar biasa. Namun, saat bulan Ramadan kian menjengah, angin di teratak mereka mula berubah arah. ​Sikap Lanun tiba-tiba menjadi aneh. Lelaki yang dulunya penyayang dan sentiasa ingin berkepit, kini mula menjauh. Emosinya tidak menentu, cepat terasa, kuat merajuk, dan adakalanya meminta perkara yang bukan-bukan! Husna buntu. Haruman kesayangannya yang dulu dipuji Lanun, kini dikata tengik hingga membuatkan suaminya mual. ​Hati isteri mana yang tidak resah? Di sebalik kebisuan dan wajah pucat Lanun, adakah kasih sayang lelaki itu benar-benar sudah pudar?
Forever Isn't What We Promised por moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    LECTURAS 19,758
  • WpVote
    Votos 2,570
  • WpPart
    Partes 20
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan.
CERPEN: LITTLE LOVE STORY por Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    LECTURAS 197,712
  • WpVote
    Votos 9,143
  • WpPart
    Partes 15
Di sini tercampaknya kisah-kisah antara dua hati... "I am half of yours, and you are half of mine... ...and in the end, we are one." "Love is indeed beautiful... ...now lets colours it with rainbow and unicorn." ©PRIMROSE ©ALL RIGHTS RESERVED
Qaleef Ridzuan [OG] por luving_belle
luving_belle
  • WpView
    LECTURAS 3,580
  • WpVote
    Votos 199
  • WpPart
    Partes 1
SEBELUM KITA (C) por nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    LECTURAS 1,087,845
  • WpVote
    Votos 53,134
  • WpPart
    Partes 101
SIXTH 🍂 ZILL & NURA 🍂 Berkisar mengenai dua perkahwinan yang terkandas ditengah jalan dan dari kedua kisah tersebut punya dua orang manusia yang terluka. " I'm sorry..I tak boleh teruskan semua ni dengan you."- Nora "Kau boleh pergi dan ikut kemahuan hati kau sekarang,aku tak kan tuntut apa-apa." - Zill -------------------------------------------- "Awak cakap awak nak berusaha untuk saya,untuk kita.Tapi kenapa macam ni?"- Nura "Jangan tanya kenapa macam ni,saya tak nak awak terluka.Awak tahu sebab yang jelas Naurah"- Adlin MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. START : 17 JANUARY 2025 END : 11 JUN 2025
LITTLE LILY [ HIATUS ] por thekafai
thekafai
  • WpView
    LECTURAS 102,795
  • WpVote
    Votos 13,566
  • WpPart
    Partes 25
[ BOOK 5] Tiga puluh tahun menyendiri dalam dunia dan identiti palsu, dia akhirnya bertemu nafas baharu. Asbab untuk terus hidup. "Saya teka, nama sebenar cik bukan Rosli. Cik juga bukan seorang lelaki." "Pandai awak teka. Nama saya Limah." Limah kawal senyuman. Pertama kali ada manusia reti teka jantina dirinya. Walau pertemuan kali pertama mereka tidak indah, Limah tak tahu kenapa dia asyik bermimpi di siang hari. Berangan, mahu kekal menjadi kecil. "Lah? Tiba- tiba jadi makin kecil pula bandar Deland. Pusing sana jumpa awak. Pusing ke sini pun jumpa. Tak sangka. Awak cari saya, sebab nak minta hutang kereta ke?" Masuk kali ketiga, Limah sudah tak reti bersangka baik. Tambahan pula lelaki asing itu sentiasa mengekorinya bersama dua orang jejaka perangai aneh. Gaya seperti pemiutang. "Kalau cik Limah sudi bantu. Kami bertiga mahu pinjam seorang 5 dollar dari cik Limah. Kami tak ada duit cash nak beli tiket bas." Tercengang Limah dengar pengakuan mereka. Tak sangka, wujud juga manusia yang tidak pernah menaiki bas. 5 dollar pun tiada! "Saya rasa, abang saya boleh tolong akak. Itupun kalau akak sudi tolong abang saya." Perkenalan Limah dengan seorang doktor cantik pula mengundang satu perasaan lama. Perasaan haram yang dia selalu cuba kuburkan. "Tolong macam mana?" -LIMAH "Kahwin dengan abang Muhammad." -ALTıN RUKSANA Permintaan si cantik, desakkan keluarga serta takdir seakan memihak kepada Muhammad. Jasad gagah Limah tersepit di tengah pintu hijrah. "Awak dah pandang? Pandang saya betul- betul. Tak menyesal? Saya bukan perempuan normal. Saya raksasa. Raksasa jahil. Menjijikkan." -LIMAH "Pada pandangan saya, kita sekufu." -MUHAMMAD ; Dia lelaki misteri, juga matang. Bersama rupa dan akhlaknya yang sempurna. Dengan tenang, Muhammad berjaya mengheret Limah kembali ke fitrahnya tanpa sebarang kekasaran, keluhan atau penyesalan. "Terima kasih, encik suami." -L . M "Terima kasih kembali, Lily permaisuri. -D . M. M