╰┈➤ ❝ [ʙᴜᴋᴜ ᴛᴇʀʙɪᴛ ʜᴀɴɪɴᴀʏ] ❞
3 stories
Agent Clone : Misi Pencarian (Terbit ✅️) by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 536
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 4
Dua orang kembar seiras, Arash dan Adam. Meskipun terlihat sama dan sentiasa berada dengan satu sama lain, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang berbeza. Arash seorang ejen handal dalam beraksi dan merupakan seorang pengintip muda yang mempunyai ingatan fotografi. Di dunia luar pula, dialah yang sentiasa disebut-sebut oleh keluarga dan guru-guru. Adam merupakan seorang yang biasa-biasa dan rendah diri. Dia juga mempunyai ingatan jangka pendek, yang mana sering memberi masalah pada semua orang. Dia hanya dihormati kerana adanya Arash yang sentiasa mempertahankan adik kembarnya itu. Namun kelebihannya dalam bersukan menjadikannya tumpuan di sekolah tersebut. Tetapi satu hari, kehilangan Arash menjadi misteri memandangkan agensi penyiasatan abangnya itu menyembunyikan segala informasi. Adam dipilih untuk menyelesaikan misi yang 􀀊' tergendala sekaligus mencari abangnya dalam masa yang sama. Tetapi, berjayakah dia dengan kondisi ingatan jangka pendeknya itu? "Satu soalan, jadi ejen ni dapat gaji tak?" -Adam.
Miss Prodigy : Pahlawan Emelda (Terbit ✅️) by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 298
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 3
"Pewaris Zailyrosam akan muncul bersama penjaganya. Fariha, awak harus sentiasa bersedia." Seorang gadis yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Itulah Fariha, gadis bijak yang disenangi ramai dan digemari para guru di sekolah. Sehinggalah satu hari, pelajaran terpaksa ditinggalkan. Dalam keterpaksaan, dia dipanggil untuk menghadap datuknya Tok Mali di sebuah perkampungan yang sangat asing baginya. Tanpa diduga, dia telah diarahkan untuk menjadi seorang pahlawan di kampung tersebut yang dikenali sebagai perkampungan Emelda. Sebatang pena sakti yang dipanggil 'Pena Zailyrosam', bakal bertemu dengan pemiliknya, menjadi faktor utama arahan tersebut dipertanggungjawabkan ke atasnya. Oleh itu, fenomena misteri yang terjadi ini memaksanya untuk menjadi seseorang yang berlainan. Mampukah dia, seorang yang lemah-lembut menjadi seorang yang lasak dan mahir bermain pedang?
Miss Miracle : Sakti di Mata Pena (Terbit ✅️) by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 448
  • WpVote
    Votes 29
  • WpPart
    Parts 3
"As long as Emelda is here, Xyphea cannot enter or come. As long as you are here, in this box lies Zailyrosam." Pena Zailyrosam, matanya berkuasa sakti. Seseorang yang menggunakan pena tersebut, pasti mampu menghasilkan sesuatu yang hidup melalui lukisannya. Namun, setelah sekian lama, tiada sesiapa yang mampu memiliki pena tersebut. Benarkah? Kalau benar, mengapa perkara ini terjadi kepada Haniya? Meski gembira dengan apa yang tercapai, impian Haniya bukan sekadar impian indah dihiasi bunga-bunga pelangi. Tidak disangka, berbagai-bagai masalah harus dirintangi. Pedang dan panah akhirnya menjadi senjata, perang lama kembali menunjukkan rupa. Kerana ketahuilah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan akibat. Kini, dia menanggung beban yang berat.