RohayaSM's Reading List
189 stories
Bunga milik Aryan [C] by mrs_rowan
mrs_rowan
  • WpView
    Reads 208,280
  • WpVote
    Votes 5,154
  • WpPart
    Parts 61
Hubungan antara dua kanak kanak kecil itu sangat rapat. Malah semua orang ingat bahawa mereka adalah adik beradik. Aryan ialah anak orang kaya, berkawan dengan Lily yang merupakan anak kepada orang gaji dalam rumah keluarga besar itu. Aryan mempunyai perasaan yang hebat terhadap gadis itu walaupun umurnya masih mentah namun satu tragedi yang buruk memisahkan mereka. Kedua dua ibu bapa Aryan meninggal dunia disebabkan oleh orang gajinya iaitu ibu kepada Lily. Setelah bertahun lama terpisah. Mereka masing masing mempunyai hidup sendiri sehinggalah takdir mempertemukan mereka semula. Apakah lelaki itu akan memaafkan cinta pertamanya itu?
(NOVEL) Siblings series 1( TERBIT ) PBAKL 2025 The Loyal Hunter : Maleeq Uqail by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 297,121
  • WpVote
    Votes 150
  • WpPart
    Parts 11
SERIES 1 Tuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar tugas dan tanggungjawabnya lebih tertumpu kepada negara tercinta. Eliza Nerinna, perempuan yang menduduki hatinya. Setelah menjadi tunang, Eliza berubah laku. Maleeq Uqail terkena tembakan dalam operasi yang dia dan pasukan jalankan. Kehadiran doktor cantik bernama Ulfa Maleeqa membuatkan mamanya goyah. Bukan dirinya! Dia hanya setia pada Eliza si tunang. Dugaan datang melanda. Jodoh tu takdir Tuhan. Maleeq tak mampu mengelak. Eliza yang dicintai curang di depan mata. Sejak dari kejadian itu, Maleeq seperti susah untuk menerima hubungan percintaan yang baru. Dia hanya memburu perempuan yang setia! Siapakah perempuan setia yang bakal menjadi suri hati Mr Loyal Hunter?
ALTAF'S SAVIOUR by starryglossie
starryglossie
  • WpView
    Reads 2,307,143
  • WpVote
    Votes 122,515
  • WpPart
    Parts 77
Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Warning: You came only to find yourself lost in time, and in the end you disappointed more than you mattered.
Pelan Cinta #1 by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 125,702
  • WpVote
    Votes 10,342
  • WpPart
    Parts 42
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 651,525
  • WpVote
    Votes 29,287
  • WpPart
    Parts 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
KAHFI ✔️ by najahsfieya
najahsfieya
  • WpView
    Reads 458,838
  • WpVote
    Votes 18,158
  • WpPart
    Parts 54
2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before my husband kill you. Clear that, my brother-in-law?" Sangkanya selepas putus dengan si adik, hubungan mereka akan terputus begitu sahaja. Tetapi sangkaannya meleset. Sebaliknya, sangkut pula dengan si abang! Macam mana boleh jadi seperti ini?! Ini bukan perancangannya! "Berhenti ganggu isteri aku, or else, Khalaf Noel. Aku tak bunuh kau sebab kau adik aku. Kalau ikutkan, memang aku tak bagi kau bernafas. Better you know your limits, aku masih boleh bersabar dengan kau." - Nadim Kahfi "Hey, untal! Jangan jadi bodoh ya nak rampas merampas. Kalau kau masih anggap Nadim ni abang kau, tinggalkan Hanani." - Khai Izzryl. @najahsfieya Cerita ringan dan comel
Nathan - Kali Pertama [C] (The Men Series : Book 2) by fhyuri
fhyuri
  • WpView
    Reads 118,669
  • WpVote
    Votes 6,238
  • WpPart
    Parts 55
"He wears his rough edges proudly, but when it comes to her, he softens..." "She'd always kept men at a distance, but with him, her walls came down..." Luna yang masih dibayangi kisah silam mendekati Nathan dan The Scarlet Alliance dengan satu tujuan. Untuk mencari tahu tentang siapa sebenarnya di sebalik nama 'Lucifer' dan organisasi Red Circle. Bertahun menjadi pengawal peribadi lelaki itu dan dia mula merasakan layanan Nathan pada nya sedikit berbeza. Lebih-lebih lagi bila mereka hanya berdua. Tarikan di wajah kacak dan peribadi dingin lelaki itu tanpa sedar memecahkan tembok batu yang selama ini tinggi dia bina. Tetapi dia juga tahu, antara mereka adalah mustahil kerana di pandangan mata semua orang, dia adalah lelaki. Dan dia juga punya misi tersendiri. Mampu kah dia terus menyimpan segala rahsia dari pengetahuan Nathan dan menemukan siapa 'Lucifer' yang sebenarnya? *warning* This books may/may not mentions about; -Trauma/PTSD/Anxiety -Sexual violence -Self harm -Killing/Extreme Torture/Shooting/Bloodspill -Penggunaan bahasa kesat/kasar/ganas Read at your own risk! / Baca dengan risiko sendiri! P/S: Buku ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan dunia sebenar. Sekiranya terdapat persamaan, ianya adalah tidak disengajakan. Jika terdapat situasi yang tidak logik atau aneh, harap faham ianya adalah sekadar idea dan imaginasi penulis. Terima kasih. Start Date: 1 Oct 2024 End Date: 30 Nov 2024
ZARILL : SATU HATI DUA CINTA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,148,347
  • WpVote
    Votes 35,996
  • WpPart
    Parts 80
FOURTH 💫 ZARILL X HARLEEN 💫 Bercinta dengan pujaan hati sekian lama namun dipaksa berkahwin dengan alasan agar dirinya lebih terkawal dan tidak liar. "Mama tak berkenan dengan Zuris,mama tak nak dia jadi menantu mama." -Datuk Zahira "Maa..Rill cintakan Ris.Mama tahu kan?Rill dengan Ris dah bercinta lama." - Zarill Perbalahan berlarutan selama beberapa tahun sehingga Datuk Zahira mendesak dan memaksa anaknya mengikut telunjuknya. Lalu di gertak gunakan harta dan kedudukan lelaki itu dalam syarikat. Zarill yang tersepit akhirnya menurut. Berkahwin dengan wanita yang langsung dia tak cinta cuma saling kenal bila Harleen Alana itu merupakan anak kepada pembantu rumah mamanya. Berkahwin dengan Harleen tetapi masih bercinta dengan Zuris. _________________________ "Aku kahwin dengan kau sebab mama aku,harta dan kedudukan.Tak payah berangan nak jadi isteri sangat,kau berdiri sebelah aku pun tak layak." -Zarill Amri "Saya tak pernah lupa diri...."-Harleen Alana "Kau cuma layak jadi orang gaji dia je." -Zuris Arwa MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca START :25 July 2024 END : 14 September 2024
Perfect Sky (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 221,532
  • WpVote
    Votes 10,402
  • WpPart
    Parts 50
Love Seasons: Book 3 Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.