Will
2 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,301,677
  • WpVote
    Votes 91,132
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Benci Mr. Tengku √ by syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Reads 1,449,191
  • WpVote
    Votes 53,449
  • WpPart
    Parts 1
Dua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya. Digelar 'pembawa malang'. Dilabel 'perempuan murahan'. Dibuli secara mental dan kadang-kadang fizikal. Disakiti tanpa orang sedar. Terlalu letih dia menadah telinga, menahan sakit dengan semua itu. Sejak lahir, tidak pernah rasa aman. Walau dia tidak mengerti. Adapun dia tersenyum lebar hanya dapat dikira dengan jari. Dia seperti itu nekad untuk mengubah diri dan penampilan jika itu yang orang mahukan. Dan biarlah dia yang dulu tidak dicari oleh sesiapa pun selepas bertukar. Dalam diam seorang berdarah kerabat. Setelah kepulangannya dari luar negara, satu-satu ujian mula hadir. Orang yang dibenci, kini hadir semula. Itu juga dikira ujian. Lagi-lagi apabila jejaka itu tidak berputus-asa untuk luahkan rasa bersalah terhadap si dia yang dulu selepas diketahui perkara sebenar. Disebabkan seorang perempuan, dia berubah. Cara hidupnya pun berubah. Sangat jahiliah. Hadirnya si dia dalam hidup membuatkan dia mula sedar. Tidak dapat dikira lagi berapa kali bibirnya tersenyum sepanjang bersama dengan wanita itu. Tanpa sedar seseorang telah menaruh dendam kepada ahli kerabat keduanya dan telah dirancang dari Mayamin berpindah ke bandar. Satu-satu rancangan yang diatur rapi, gagal kerana halangan seseorang. Membuatkan dia membuat rancangan baru. Mampukah Maisarah mengharungi ujian dan konflik kehidupannya?