On Going stories
199 stories
UNEXPECTED LOVE by doodybeans
doodybeans
  • WpView
    Reads 16,776
  • WpVote
    Votes 1,696
  • WpPart
    Parts 22
What if, Formula 1 driver kahwin dengan professional golfer? "I nak lamar you jadi boyfriend I." - Aresa Zayelle "I'm sorry. I tak berkenan dengan benda-benda couple macam budak sekolah ni." - Ecir Aslan "Okay. Kalau macam tu, kita kahwin." - Aresa Zayelle. "Huh? Are you being serious right now?" - Ecir Aslan "100% serious. No tipu-tipu." - Aresa Zayelle. Fikir Ecir, hubungan mereka tidak akan ada hala tuju. ternyata tanggapannya salah. Mendapatkan pasangan yang mempunyai frekuensi yang sama sangatlah menyenangkan hati dalam banyak faktor. Dan untuk itu, Ecir perlu berterima kasih pada Aresa. [inspired by alex albon and lily muni he]
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 49,243
  • WpVote
    Votes 2,994
  • WpPart
    Parts 21
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
THE ROYAL BRIDE [EBOOK] by th3magician
th3magician
  • WpView
    Reads 2,130
  • WpVote
    Votes 189
  • WpPart
    Parts 10
SPIN OFF THE RUNAWAY BRIDE
THE SKY FOUND YOU [ SU ] by lvyzee_
lvyzee_
  • WpView
    Reads 2,493
  • WpVote
    Votes 147
  • WpPart
    Parts 5
Tiada siapa menyangka lelaki seperti Ezran Rizq akan jatuh cinta. Sebagai seorang tentera elit yang terkenal dengan ketegasan, keberanian dan wajah yang sentiasa dingin, Ezran tidak pernah berminat untuk mengenali mana-mana wanita. Baginya, cinta hanyalah perkara yang akan mengganggu fokus dan tanggungjawabnya. Sehinggalah dia bertemu dengan Emylia Raisya. Seorang wanita yang sangat cantik, ceria dan sentiasa menghiasi harinya dengan tawa. Emylia adalah kebalikan dirinya-sementara Ezran hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh disiplin, Emylia pula hadir seperti cahaya yang mampu menghidupkan suasana. Pertemuan mereka berlaku secara tidak sengaja. Pada mulanya, mereka hanyalah sahabat yang sering bertelagah dan saling menyakat. Namun tanpa disedari, persahabatan itu perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Di saat Ezran mula membuka pintu hatinya yang selama ini terkunci rapat, Emylia menjadi satu-satunya wanita yang berjaya membuatkan dia percaya bahawa cinta itu benar-benar wujud. Daripada sahabat menjadi kekasih. Daripada dua orang yang tidak pernah menyangka akan bersama, menjadi dua hati yang memilih untuk kekal selamanya. "Dia mencintai langit, sedangkan aku mencintai dia."
The Silent Voice Is My Wife | OG by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 62,695
  • WpVote
    Votes 4,728
  • WpPart
    Parts 45
π“π“žπ“π“— π“—π“π“˜π“šπ“π“› β€’ Seorang lelaki yang tegas, dingin dan sukar dibaca. Pernah menjadi pembuli kepada Arissa ketika kecil tanpa menyedari kesan yang ditinggalkan. Kini, dia membesar sebagai seorang yang berbeza, namun masa lalu tetap menghantui dirinya. π“π“‘π“˜π“’π“’π“ π““π“π“π“˜π“”π“›π“›π“” β€’Seorang gadis yang bisu sejak kecil. Lembut, pendiam dan menyimpan seribu rasa dalam diam. Di sebalik kekurangannya, Arissa memiliki hati yang kuat walaupun pernah melalui luka akibat dibuli pada zaman kanak-kanak. πšŽπš—πš“πš˜πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš πšπšŠπš— πš“πšŠπš—πšπšŠπš— πš•πšžπš™πšŠ πš‹πšŠπšπš’ 𝚟𝚘𝚝𝚎! Start: 29 March 2026 End:
Sugar, Scar &  Secret by starrysugarry
starrysugarry
  • WpView
    Reads 11,424
  • WpVote
    Votes 502
  • WpPart
    Parts 5
Tan Ghazali & Qaireen Maleeka 18+ Sugar, Scar and Secret.
𝐇𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 πƒπ„π’π“πˆππ˜ : πŸ…žοΈŽπŸ…–οΈŽ by CIK_HZAHNA
CIK_HZAHNA
  • WpView
    Reads 4,941
  • WpVote
    Votes 447
  • WpPart
    Parts 13
Raja Iris Harleen, seorang gadis yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh mama dan papanya. Hidupnya seperti ditatang bagai minyak yang penuh. Seumur hidupnya, tiada satu saat pun dia hidup susah. Ahli keluarga Raja Iris boleh tahan terkenal. Mama dan papanya seorang dato' dan datin manakala abang sulungnya seorang polis dan abang keduanya bekerja di syarikat sendiri dan seorang model. Sepupu-sepupunya ada juga yang menjadi artis. Dan Raja Iris? Dia seorang penyampai berita. Hidupnya hanya tentang kerja sahaja. Tetapi siapa sangka, seorang gadis yang tidak pernah berfikir untuk bercinta akhirnya menyukai seorang lelaki. Dia terjatuh cinta kepada seorang doktor. Selepas sahaja mereka bertunang, pelbagai ujian yang datang kepada Raja Iris dan yang paling teruk ialah ketika hari perkahwinan mereka semakin hampir, tunangnya tiba-tiba memutuskan hubungan mereka tanpa sebarang penjelasan. Hampir sebulan Raja Iris mengasingkan diri daripada keluarganya sehinggalah dia menghadiri sebuah majlis dan disitulah dia bertemu dengan anak saudara pembantu rumahnya. Lelaki itu seorang pensyarah di universiti sepupunya. Pintu hati yang sudah lama tertutup, kini kembali terbuka. Raja Iris sedar bahawa dia sudah terjatuh cinta kepada lelaki itu. Dan misinya adalah untuk memikat lelaki itu. "Saya suka awak!" -Raja Iris Harleen "Aku tak suka kau." -Eiden Qalish Mampukah Raja Iris bertahan? Adakah cinta Raja Iris hanya bertepuk sebelah tangan?
Levi's Sweet Honey (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 50,350
  • WpVote
    Votes 2,828
  • WpPart
    Parts 85
3rd book | PANDORA Series | Levi Alistair x Honey Dahlia | Levi Alistair tidak pernah berfikir soal cinta. Hanya karakter di alam maya sahaja menjadi paksi hidupnya dalam cinta. Hingga satu hari seorang gadis dari zaman kecilnya menunjukkan rasa cinta, Levi jadi tak tentu arah. Terkejut, dia memutuskan untuk meninggalkan gadis itu menunggu bertahun-tahun. Honey tak pernah mengalah, tapi masa seringkali meyakinkannya yang dia patut berputus asa. Ketika Honey buntu, muncul seorang lelaki yang menghulurkan salam untuk berkenalan. Honey berserah pada takdir, tapi Levi datang kembali untuk menuntut cinta. Mungkin segalanya sudah terlambat, tapi mungkin juga ada sinar harapan untuk hubungan mereka yang masih berpaut pada janji yang tak terucap.
mia prigione  by rsny_nna
rsny_nna
  • WpView
    Reads 11,173
  • WpVote
    Votes 264
  • WpPart
    Parts 25
Qasreen terperangkap dalam perjanjian gelap dengan Tareeq Zafrael, seorang ketua sindiket yang kejam dan posesif, selepas Tareeq menggunakan bapanya sebagai umpan untuk mengikat Qasreen di sisinya. Walaupun dibina di atas penipuan dan kebencian, hubungan mereka menjadi rumit apabila Qasreen menyedari obsesi Tareeq melangkaui perjanjian perniagaan-Tareeq memerlukan Qasreen sebagai satu-satunya orang yang tidak takut kepadanya, penawar kepada kegelapannya. Setelah percubaan melarikan diri gagal dan mereka diserang oleh musuh Tareeq, Rayyan Arif, Tareeq terpaksa mengakui keterikatan emosi tulennya. Pengakuan ini tidak mengubah Tareeq menjadi seorang wira, tetapi ia mengubah dinamik hubungan mereka menjadi ikatan abadi yang terukir dalam kekuasaan. Bertahun-tahun kemudian, dengan kehadiran anak lelaki mereka, Iskandar, Qasreen menerima takdirnya. Dia tidak lagi menjadi mangsa; sebaliknya, dia menjadi Ratu yang setara, menggunakan kekejaman Tareeq sebagai perisai. Mereka hidup dalam 'penjara sempurna' yang dibina di atas kekuasaan dan kasih sayang yang gelap-pasangan dalam kegelapan yang bersatu untuk melindungi benteng dan warisan mereka.
TUANKU HAIQAL IBRAHIM :THE MISSION by VY_BEATRIZ
VY_BEATRIZ
  • WpView
    Reads 17,814
  • WpVote
    Votes 702
  • WpPart
    Parts 18
πΆπ‘–π‘›π‘‘π‘Ž π‘‘π‘–π‘ π‘’π‘π‘Žπ‘™π‘–π‘˜ π‘šπ‘–π‘ π‘–? π‘‡π‘’π‘Žπ‘›π‘˜π‘’ π»π‘Žπ‘–π‘žπ‘Žπ‘™ πΌπ‘π‘Ÿπ‘Žβ„Žπ‘–π‘š π‘₯ π·π‘¦π‘™π‘Ž π΄π‘šπ‘’π‘’π‘Ÿπ‘Ž