(⁠ノ⁠`⁠Д⁠'⁠)⁠ノ⁠彡⁠┻⁠━⁠┻
8 stories
The Secret Power (COMPLETE) by iezfararif
iezfararif
  • WpView
    Reads 69,655
  • WpVote
    Votes 3,640
  • WpPart
    Parts 26
Seorang gadis yang baru menginjak remaja. Dia tidak pernah memiliki ibu atau bapa. Hanya seorang nenek tua yang menjadi penjaganya. Sehinggalah suatu hari, nenek tua itu mati akibat dibunuh. Gadis itu hilang satu²nya tempat bermanja. Adakah si gadis akan mencari pembunuh itu?? Bagaimana dia perlu tempuhi hidupnya selepas ini?? Silakan membaca cerita saya...
FATED ENCOUNTER (BAHASA MELAYU) - BUKU 2 BLOODY FRIENDSHIP by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 47,452
  • WpVote
    Votes 3,690
  • WpPart
    Parts 38
Agi ataupun Sagittarius adalah pengguna kuasa Bintang Sagittarius. Selama beratus-ratus tahun, Bintang Sagittarius mempunyai kuasa yang sangat istimewa. Mereka berkebolehan untuk merentasi dimensi, menyembuhkan kecederaan dan kuasa alam tetapi daripada kegunaan kuasa tersebut, terdapatnya sumpahan yang tidak boleh dibuang mahupun diubah. Sumpahan tersebut akan berada pada setiap pengguna Sagittarius yang telah dipilih oleh binatang Bintang Sagittarius. Agi berasa sangat kecewa apabila sumpahannya telah mengubah kehidupannya. Dia menyalahkan Pegasus kerana telah menyebabkan perubahan tersebut. Dia tidak mendekati sesiapa atau mempunyai hubungan rapat dengan orang lain kerana tidak mahu jatuh cinta mahupun menyebabkan orang lain jatuh cinta dengannya. Hanya dengan satu kucupan daripada Pegasus telah mengubah kesemua perkara dalam hidupnya. Malangnya, timbul masalah baru iaitu Pegasus. Dia tidak pasti bagaimana Pegasus mengetahuinya tetapi pandangan Pegasus yang seperti mengetahui rahsianya menyebabkan dia tidak mahu berada berdekatan Pegasus. Bukan itu sahaja, pengacauan Pegasus semakin melampau sehingga Agi takut dengan perasaan sebenar yang dilihatnya pada wajah Pegasus kepadanya. Dan Pegasus pula mengalami masalah dan tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Dia tidak mahu membahayakan nyawa orang lain tetapi apa yang dapat dia lakukan untuk menghalangnya? Agi pula sentiasa bermain dalam fikirannya. Sukar untuknya menjauhi Agi. Bagaimana Agi hendak menjauhkan diri daripada Pegasus yang cuba mendekatinya dengan lebih lagi daripada pergaulan seorang rakan? Mengapa dia takut orang lain mengetahui perubahan dirinya itu? Dan apa pula masalah yang dihadapi Pegasus? Malah, muncul pula musuh baru? Siapakah mereka? Apa yang mereka nak? Baca dan selami masalah mereka dalam buku kedua ini! XD
SBTES (VERSI BAHASA MELAYU) [ONGOING] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 73,231
  • WpVote
    Votes 4,965
  • WpPart
    Parts 56
Kit atau Exler, identiti sebenarnya ialah putera kepada sebuah kerajaan, yang telah dibawa pergi oleh penasihat ayahandanya, keluar daripada kerajaan itu apabila istana diserang oleh penjahat yang ingin memusnahkan semua kerajaan diraja. Tetapi, dalam perjalanan, mereka diekori pasukan pencari penjahat yang ingin memastikan kerajaan yang diserang mereka tidak bangun semula. Silvert, penasihat ayahanda Exler, menyuruh Exler untuk meninggalkan tempat itu dan mencari ahli keluarga Lefart, penyelamat yang menunggu kemunculan mereka di satu tempat. Exler terpaksa mengikut arahannya dan meninggalkan Silvert yang bersedia menunggu kedatangan penjahat-penjahat itu. Beberapa tahun selepas itu, Exler memasuki akademi yang mengajar penggunaan kuasa dalam dirinya. Bersama ahli kumpulannya, mereka menjejaki tempat peperiksaan di mana nasib mereka akan ditentukan tetapi mereka semua tidak sedar satu kumpulan penjahat sedang menunggu mereka. Sedar-sedar sahaja, mereka kehilangan hampir semua pelajar peperiksaan yang diserang penjahat-penjahat itu. Bagaimana dengan Exler? Adakah dia adalah orang yang penjahat itu cari ataupun mereka sengaja sahaja berada di situ? Bilakah dia akan kembali ke kerajaan ibu bapanya semula? Baca dan anda akan tahu perkara yang sebenar di sebalik perjalanan kisahnya XD
BLOODY FRIENDSHIP 2 : MANA-PHERE (BM Version) [STOP] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 25,624
  • WpVote
    Votes 1,997
  • WpPart
    Parts 39
Putera Azrael Moncheisto terpaksa meninggalkan tempat tinggalnya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh. Dia dibawa ketua pegawai keselamatan negaranya, Roxes Kalas ke Akademi Crownis Dragon, jauh dari negara mereka. Di akademi ini, Azrael menjalankan hidup menyamar sebagai Azzel Fe Rozz. Dia bertemu beberapa rakan rapat yang menghiburkan kehidupan sehariannya. Tetapi, yang menarik perhatiannya adalah remaja lelaki yang senyap seribu bahasa dan juga roommate yang akan menemani Azrael ke tahun akhir di akademi itu. Yang mengejutkan, nama samaran Azrael sama dengannya, Azzel tetapi namanya Azzel Le Terrance atau lebih gemar dipanggil El. El mempunyai masalah sendiri. Kehidupan sunyinya mulai cerah dengan kehadiran Azrael. Dengan pertolongan Azrael, El dapat menyelesaikan masalahnya. Sayangnya, aman tidaklah sentiasa di sekeliling mereka apabila ada pula serangan mengejut daripada satu musuh yang tidak diketahui mereka. Akademi mereka diserang dan Azrael serta semua pelajar akademi terpaksa dipindahkan ke Akademi Leunhook di negara sebelah bagi perlindungan. Perjalanan Azrael ke Akademi Leunhook terhalang apabila terdapat serangan daripada penunggang naga. Dengan kehadiran Lazw dan naganya, Slirre, mereka dapat atasi musuh mereka dan tiba di akademi Leunhook. Malang tidak berbau, ada pula sekumpulan orang yang mahu menculik El. Selamatkah El dan ke mana mereka ingin membawanya? Apa yang Azrael lakukan untuk menyelamatkan El? Kuasa apa yang dunia Mana-Phere ini miliki pula ? Untuk pengetahuan semua, Bloody Friendship 2 ini ada kaitan dengan Kairi dan lain-lain dalam buku Bloody Friendship (Versi BM). Sesiapa yang belum baca buku siri pertama Bloody Friendship boleh pergi ke laman saya. Nak tahu camna pula kisah siri Mana-Phere ini pula, saksikan pengembaraan Azrael, El dan rakan-rakannya XD
Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔ by ascarlet_
ascarlet_
  • WpView
    Reads 874,643
  • WpVote
    Votes 49,466
  • WpPart
    Parts 109
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia hidup. Apabila ditanya tentang ibunya, ayahnya langsung menukar topik. Hidupnya hanya seorang diri sahaja sehingga satu masa dia bertemu dengan Aleena Fannedella yang datang menolongnya daripada serangan Demon Ammande iaitu keturunan rasaksa yang tersesat ke dunia manusia kerana Pintu Averra telah rosak. Aleena Fannedella adalah gadis yang datang dari dunia aneh yang bernama Stellantra World. Aleena ditugaskan untuk membunuh semua Demon Ammande yang masuk ke dunia manusia sementara Pintu Averra dibaiki. Alenna amat terkejut apabila berjumpa Diandra yang dapat melihatnya sedangkan manusia sememangnya tidak berkebolehan melihat keturunannya. Dan disebabkan itu, Alenna yakin yang Diandra bukan manusia sebarangan dan dia membawa Diandra ke dunianya iaitu Stellantra World walaupun secara dipaksa. Apakah rahsia yang disembunyikan? Siapa sebenarnya Diandra Advilent? Kehadiran suara wanita di minda Diandra membuatkan Diandra makin mengenali dirinya yang bukanlah manusia biasa. Dan tiba harinya, wanita yang sering hadir dalam minda Diandra muncul memberi misi mencari sejenis penawar sumpahan di Hutan Orkida. Dan di sana, mulalah pengembaraan Diandra dan rakan rakannya. Disebabkan satu misi, semuanya berubah. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi? Apakah rahsia yang terbongkar? Siapa diri Diandra sebenarnya jika dia bukan seorang manusia?
[C] Aishar World: The Lost Powers by h_waina
h_waina
  • WpView
    Reads 676,459
  • WpVote
    Votes 37,088
  • WpPart
    Parts 65
Beautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Misteri Tetapi Menarik. Pendiam Tapi Lincah. Berani Tapi Menakutkan. Dibuli. Dihina. Diejek. Menjadi Rutin Hariannya. Tetapi Sekelip Mata Semuanya Berubah. Demensi Lain Membongkarkan Rahsia Yang Tersimpan Kemas. Aishar World Membuatkan Dia Mengetahui Segalanya. Bertemu Dengan Jejaka Yang Telah Menarik Perhatiannya. Tapi Tanggungjawab Besar Dipikul. Tanggungjawab Yang Membuat Semua Orang Takut. "Aku Clara Silverinie Yuriko , Si Gadis Berkerudung. Dan Aku..." "The Legends Warriors." Start: 10 August 2018 End: 20 April 2019
Book 2: Aydan the Angele [✓] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 933,540
  • WpVote
    Votes 66,972
  • WpPart
    Parts 86
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Troublemaker. Kuasa yang terkunci telah kembali.Takdirnya sebagai pengguna kuasa cahaya telah bermula kini. Dia perlu menghalang Keres dan Nemesis. Lelaki bersayap yang selalu muncul dalam mimpinya kekal misteri. "You have a great power of light. With the power, you can surpass your ancestors. I will lock your power untill the time being, O Descendant of the Light," - Pierce, The Unsleeping Dragon.
Reaching The Sky: Two Worlds by jung_jae14
jung_jae14
  • WpView
    Reads 305,330
  • WpVote
    Votes 23,390
  • WpPart
    Parts 90
| where's the promise will be fulfilled| Stella Zirgan seorang gadis yatim piatu yang kesunyian termasuk ke alam fantasi yang tak pernah diketahuinya. Di alam fantasi itu dia melakukan untuk mencantumkan semula alam manusia dan alam fantasi itu. "Stella janji. Stella akan kembalikan anak dan suami nenek."-Stella Zirgan. "Aku minta maaf sebab rahsiakan semua ni. Aku tak patut rahsiakan semua ni dari kau. Tapi, kalau kau nk aku batalkan majlis ni aku boleh batalkan!"- Luke Barlord "Jangan pernah kau kecewakan hati Lia. Atau kau takkan pernah lihat muka aku lagi."