EmiraY87's Reading List
117 stories
His flower [Editing] by _yeenyeen
_yeenyeen
  • WpView
    Reads 4,107
  • WpVote
    Votes 502
  • WpPart
    Parts 47
His Flower, Forever Pertemuan itu singkat. Tanpa diduga. Bermula sekadar orang asing... kemudian menjadi lebih daripada sekadar kenalan. Muhammad Adam Asyraf dan Aisya Medina- dua jiwa yang pernah patah, menyimpan luka yang tak semua orang mampu faham. Luka mereka tidak terlihat, namun cukup dalam untuk membina tembok tinggi di sekeliling hati. Namun, pertemuan itu bukan kebetulan. Mungkin... satu ruang yang Tuhan beri untuk mereka belajar menyembuh. Perlahan-lahan, mereka mula saling mengisi kekosongan, memahami diam, dan menerima sisi rapuh yang selama ini disembunyikan. Saat cinta mula mekar, takdir datang menguji. "Pergilah, Aisya... jangan cari saya lagi. Saya bukan tempat yang selamat untuk awak." "Jangan tolak saya terlalu jauh, Adam... saya cuma nak tinggal." Adakah itu pengakhiran mereka? Atau hanya satu persinggahan dalam perjalanan yang lebih panjang? Kerana bunga yang layu belum tentu mati- kadangkala, ia hanya menunggu waktu untuk mekar semula... di tempat yang lebih tenang. His flower, forever. New version
Until I Make You Mine ✓ by missymossie
missymossie
  • WpView
    Reads 1,466,903
  • WpVote
    Votes 31,720
  • WpPart
    Parts 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pada awalnya memberi kebahagiaan buat dirinya. Walau cintanya hanya sebelah pihak, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendekati lelaki itu. "Saya akan pegang janji saya untuk terus cintakan awak sampai akhir hayat saya" - Nayla Atheera Apabila si gadis sering mendekatinya, dirinya berasa rimas. Baginya cinta Nayla Atheera padanya hanyalah mainan cinta dan tidak membawa apa-apa makna baginya. "Boleh tak kau stop dengan dengan cinta bodoh kau tu?!" - Haraz Luthfan Setelah lama, yang dikecapi Nayla Atheera bukanlah cinta malah luka. Sedar akan dirinya tidak dihargai, dia memungkiri janjinya sendiri. Apakah kesudahan kisah Nayla Atheera dan Haraz Luthfan? Adakah kebahagiaan milik mereka? Warning ! •Typo error/cliche storyline •Don't read if you don't like it !
𝐌𝐫. 𝐀𝐦𝐞𝐫𝐢𝐜𝐚𝐧𝐨 & 𝐌𝐬. 𝐄𝐬𝐩𝐫𝐞𝐬𝐬𝐨 (𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄)  by the_Seraphinas
the_Seraphinas
  • WpView
    Reads 75,677
  • WpVote
    Votes 3,529
  • WpPart
    Parts 62
Ahnaf Uzair Al-Athaf × Raina Adelia WARNING : Story ini mengandungi unsur kekerasan dan kata-kata kesat. Pembaca matang di galakkan. "I'm sorry, but i can't give you the same feeling." -Ahnaf Uzair Al-Athaf Perasaan yang tak pernah terfikir akan muncul, membuat Raina Adelia tak tentu arah. Dia membenci lelaki bernama Ahnaf Uzair Al-Athaf kerana lelaki itu sudah menuduhnya dengan perkara yang dibenci olehnya. "I don't have any feeling for you. Never. You know who I am, right? Semua yang saya kata adalah main-main." -Raina Adelia Semakin dia cuba untuk membuang perasaan itu, semakin bertambah rasa itu. Dia tidak mahu mempunyai apa-apa perasaan, apalagi perasaan untuk lelaki seperti Ahnaf. Dapatkah Raina Adelia membuang perasaannya pada Ahnaf Uzair? Atau perasaan itu berkekalan tidak berbalas. Adakah di pahitnya kenyataan, ada kemanisan disebaliknya? Start : 18 January 2025 End - 4 July 2025 (70% True Story) (30% Fiction)
His Little Angel  by edryannaroseee
edryannaroseee
  • WpView
    Reads 24,253
  • WpVote
    Votes 1,280
  • WpPart
    Parts 28
E N D R A N U F A E L • A N G G U N Y A R R A Jalan cerita hidup Anggun Yarra berubah apabila dia diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika mana majlis perkahwinannya bakal berlangsung. Motif? Tidak tahu. Punca? Lagilah tidak tahu! Tapi dirinya disimpan rapi selama 2 bulan tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ahli keluarga. "Tak, sekarang ni kenapa awak culik saya? Saya buat salah apa dekat awak? Awak dah hancurkan majlis kahwin saya tahu tak?!" - Anggun Yarra - "Gila ke apa nak biarkan isteri sendiri kahwin lagi sekali? Takkan ada lelaki yang nak biarkan isteri dia kahwin lain. Menyimpang agama namanya." - Endra Nufael - Hairan, selama dia hidup 25 tahun rasanya tidak pernah sekalipun dirinya diijabkabulkan oleh sesiapa. Dia masih bujang dan kini sedang bercinta dengan lelaki pilihannya sendiri, Doktor Umayr. Cuma, ada satu ketika itu dia kemalangan dan segala memori terhapus begitu sahaja. Segala kenangan pahit dan manis hilang tanpa meninggalkan satu debu pun. "Mama takkan izinkan Endra jejakkan kaki dekat dalam rumah ni, Yarra. Dia dah hancurkan keluarga kita. Takkan Yarra nak hidup dengan lelaki kotor macam ni?" - Puan Marissa - Keadaan semakin genting. Sedikit demi sedikit memori lama mencalit satu per satu ruang di dalam kepala. "Awak bunuh ayah saya sebab dia berhutang dengan awak? Bila awak serba salah tengok saya bersedih, awak kahwin dengan saya untuk tebus kesalahan jijik awak tu kononnya nak jadi pengganti ayah saya. Kejamnya awak, Endra." - Anggun Yara - "Maafkan abang, sayang. Tapi abang tak pernah tipu perasaan abang sendiri. Abang memang cintakan Yarra." - Endra Nufael - "Saya bersumpah, takkan ada ruang sikit pun dalam hati saya untuk awak. Dan jangan bermimpi untuk saya balas cinta awak, Endra Nufael." - Anggun Yarra - Kecewanya hati, Tuhan saja tahu. Mampukah Endra merebut hati Yarra semula atau lafaz talak saja jalan terakhir? Nantikan. © ALL RIGHT RESERVED
Ustaz Faqih Ruzain [Ebook dan Buku Fizikal] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 166,897
  • WpVote
    Votes 1,238
  • WpPart
    Parts 5
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
Kau Milik Ku (✔)  By Anaa by anaa_1992
anaa_1992
  • WpView
    Reads 1,652,699
  • WpVote
    Votes 23,848
  • WpPart
    Parts 55
Kylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di taman ini. Dia cuba memberanikan diri menyoal kepada angin yang berhembus. "Siapa?" Kylia memandang di sekeliling taman di villa itu. Suasana yang senyap menenangkan tapi ia juga boleh menjadi suasana yang mengerikan. Tiba-tiba suara jeritan Kylia bergema satu taman. "Diam, ini aku, kau kenal kan?" Sepasang mata itu menilik sosok tubuh kecil itu. Mulutnya di tekup supaya Kylia tidak terus menjerit. ******** BACAAN DEWASA*** Hanya buat kisah dewasa, jadi jangan pernah sesekali singgah sini jikalau rasa mental dan iman tak kuat. Sayang semua dah cukup dewasa untuk memikir tentang dosa masing-masing kan? 😉 Oh! Cover ambil di google, credit to owner, if that was your picture. Kindly DM me, i will change it.
Rahsia Hati Kita [C] by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 247,121
  • WpVote
    Votes 19,111
  • WpPart
    Parts 34
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA start: 25 April 2024 end: 24 September 2024 Bagi dunia, Raihana Mikaila hanyalah gadis yang tidak cukup cantik untuk dihargai. Di sekolah, dia menjadi mangsa buli kerana tubuhnya yang gemuk dan kulitnya yang gelap. Setiap ejekan membuatkan dia semakin belajar satu perkara. Manusia tidak pernah benar-benar baik. Namun di sebalik semua luka itu, Raihana Mikaila menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Dia jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Raaif Mateen, kawan baik kepada abang sulungnya. Perasaan itu bermula dalam diam dan terus hidup bertahun-tahun lamanya. Apabila Raaif Mateen dan abangnya menyambung pelajaran ke luar negara, kehidupan Raihana Mikaila mula berubah. Tahun demi tahun berlalu, Raihana Mikaila bukan lagi gadis yang sama. Apabila Raaif Mateen kembali ke Malaysia, hubungan mereka yang dulunya akrab kini berubah menjadi dingin dan asing. Raihana Mikaila memilih untuk menjauhkan diri, seolah-olah lelaki bernama Raaif Mateen itu tidak pernah membawa makna apa-apa dalam hidupnya. "Hana marahkan Abang Raaif ke? Hana nampak tak suka nak bersembang dengan Abang Raaif." - RAAIF MATEEN Bertahun-tahun Raihana menyimpan cinta, masa akhirnya memberi dia keberanian untuk mengaku. Namun dia terlambat. "Te-Terima kasih jadi insan yang terpenting dalam hidup Hana. Terima kasih ajarkan Hana cara hidup yang sepatutnya Hana jalani selama ini." - RAIHANA MIKAILA