Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
─ ♡
60 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,252,067
  • WpVote
    Votes 89,786
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
BAYANGAN EDRIAN • [C] by fieqashah
fieqashah
  • WpView
    Reads 16,929
  • WpVote
    Votes 1,207
  • WpPart
    Parts 39
(BOOK 2) ✅ COMPLETED~ 8/3/2024 [Kesinambungan kisah~ Dia Anak Polis, Gua Anak Mafia] "Ayah sanggup korbankan nyawa demi amanah yang dia pikul. Jadi sekarang, saya terpaksa korbankan cinta kita demi amanah yang saya pikul." - Eddy Edrian "Saya pula sanggup pertaruhkan nyawa saya demi cinta kita." - Dahlia Damia ... "Bapak kau pembunuh!" - Nizam "Apa kau mengarut ni? Ayah aku sniper." - Eddy Edrian ... "Apa yang buatkan ibu jadi bodoh nikah dengan penyangak tak guna tu sampai mengandungkan Eddy?! Kenapa ibu lahirkan Eddy kalau ibu nak bohong pada Eddy seumur hidup macam ni?!" - Eddy Edrian "Astaghfirullah.. Ayah dah tak ada. Tak perlu kenang lagi apa yang ayah dah buat. Lebih baik Eddy doa minta Tuhan ampunkan dosa-dosa ayah." - Bella Batrisyia Eddy Edrian, nama samaran untuk Addin Adrian kini menjadi nama sebenar bagi puteranya. Eddy berjaya meraih cita-citanya sebagai penembak tepat dan bertugas dalam Unit Tindakan Khas. Disangkakan bahawa objektif cita-cita yang dipasang sejak kecil itu adalah untuk mengikuti jejak langkah bapanya. Kenyataannya, ayahnya bukanlah penembak tepat yang berkhidmat untuk memburu penjenayah. Sebaliknya, Addin merupakan seorang pembunuh upahan, penjenayah kelas tinggi dan merupakan buruan berharga pihak polis. Takdir ayah dan anak ini bagaikan langit dan bumi. Bertentangan jauh! Bella Batrisyia, ibu Eddy, terpaksa merahsiakan hal sebenar kerana tidak mahu anak tunggalnya membenci Addin. Lagi pula, dia dan Addin sudah terpisah. Tiada perkara buruk yang perlu dikenangkan lagi. Cukuplah hanya dia dan suaminya yang tahu segala peristiwa pahit yang mereka jalani. Eddy dihantui mimpi dan bayangan misteri yang menjadi tanda untuk merungkai segala kebenaran. Perjalanan Eddy dalam membongkar kebenaran yang tersembunyi dibalik bayangan tercatat di sini.
Lelaki Astatine by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 579,652
  • WpVote
    Votes 35,249
  • WpPart
    Parts 26
Ardean Tufail X Eshal Elzahra
TIPS TULIS NOVEL PALING MUDAH by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 48,567
  • WpVote
    Votes 2,227
  • WpPart
    Parts 6
Tak tahu cara nak tulis ayat? susah nak fikir ayat yang sesuai? Tak faham maksud? Tak tahu cara untuk terangkan keadaan/situasi dalam novel? Paling simple dan paling mudah untuk bagi pembaca faham apa yang anda cuba sampaikan. saya boleh kongsikan!
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,356,842
  • WpVote
    Votes 63,813
  • WpPart
    Parts 31
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 211,924
  • WpVote
    Votes 19,672
  • WpPart
    Parts 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||
BABYGIRL MR HAYYAN QALISH | C by cweetiee
cweetiee
  • WpView
    Reads 4,934,804
  • WpVote
    Votes 310,098
  • WpPart
    Parts 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia bakal berkhawin dengan seorang jejaka yang mempunyai semuanya, seperti drama melayu yang dia berkhawin dengan ceo terkenal. HAYYAN QHALISH sepotong nama yang mampu membuatkan gadis-gadis mengeletis mendengar nama itu, berkhawin atas pilihan keluarga ? Itu adalah perkara yang gila bagi nya. Namun siapalah dia ingin menegah pilihan ibu nya. Namun tanpa Qaseh sedar yang dia berada di dalam zon bahaya kerana dia tidak tahu yang suami nya mempunyai penyakit DID. "Miss me babgirl?" "You look so sexy." "Crazy girl !" Namun saban hari dia dengan suami paksa rela nya semakin merasakan bibit cinta tapi Qaseh sangka kan cerah sampai kepetang rupanya hujan di tengahari, hubungan mereka telah diganggu oleh orang ketiga di pertengahan jalan. Bermadu ? Itu mimpi ngeri yang Qaseh pernah alami. "Im not a perfect husband but i can treat you like a queen on your own kingdom." Warning ⚠️ stry ini merupakan stry first saya, dan semua yang bertaip disini tiada berkenaan dengan yg hidup dan telah pun mati. Don't expect too much dengan stry ni. A lot love from 𝓬𝔀𝓮𝓮𝓽𝓲𝓮𝓮
Pre-order Novel The Hunter (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 1,785,843
  • WpVote
    Votes 13,741
  • WpPart
    Parts 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think." ____________ Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia. Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya. Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar. "Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir "Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora. Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini? @Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 2,442,636
  • WpVote
    Votes 64,924
  • WpPart
    Parts 60
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih atas kematian Ezzara tidak mungkin akan menyentuh wanita lain walaupun itu adalah haknya sebagai seorang suami. Baginya, Alya tidak patut diperlakukan seperti pelacur yang disentuh atas dasar nafsu semata mata. Namun, apabila sudah tinggal sebilik dan tidur sekatil, cinta pasti berputik jua. Aydan mula melayani isteri selayaknya namun hal tak terduga terjadi menyebabkan si isteri terluka. Atas desakan papanya, Aydan membawa Alya berbulan madu dan sekaligus mengambil peluang tersebut untuk memujuk si isteri. Rumahtangga yang dibina baru menjejak bahagia, hadir pula sebuah kebenaran. Karlisa yang menyimpan dendam kerana Aydan menolak cintanya bertekad untuk menghuru harakan hidup Aydan. Ezzara telah lama dibunuh namun dia masih gagal mendapatkan lelaki itu jadi, dia merencanakan sesuatu yang baru. Isyahani yang tidak sengaja mendengar rencana jahatnya itu diugut dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak cukup itu, Alya dan bayinya yang baru beberapa minggu di dalam kandungan turut menjadi mangsa Karlisa. Aydan kesal. Dia bangkit dari kisah sadisnya dan menukarkannya kepada kisah kejam. Dia dan adik-ii nya berpakat. Karlisa harus menerima hukuman bagi segala perbuatan kejamnya. ⚠️ 2018 copyright