Amor_midnightt
Zephyr Mikhael sering melepaskan kemarahan terhadap gadis yang dicintainya, Davina Bostanica.
Berkali-kali dia berjanji untuk berubah, namun semuanya hanyalah kata-kata kosong.
Dengan manipulasi dan pujuk rayunya, lelaki itu sentiasa berjaya membuatkan Davina kekal di sisinya walaupun telah berkali-kali disakiti.
Namun, segalanya berubah apabila mereka mengetahui bahawa Davina sedang mengandungkan zuriat mereka.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, pelbagai emosi diluahkan. Kemarahan, kesedihan, kekecewaan dan penyesalan yang selama ini terpendam akhirnya terbongkar.
Buat pertama kalinya, Zephyr benar-benar mahu berubah.
Dia mahu menebus segala kesalahannya, mengahwini Davina dan menjadi seorang ayah yang terbaik buat anak mereka.
Malangnya, takdir tidak menyebelahi mereka apabila kedua-duanya terlibat dalam satu kemalangan pada hari yang sama, ketika mereka baru sahaja mengetahui tentang kandungan Davina dan saat Zephyr akhirnya benar-benar mahu memperbetulkan segalanya.
Namun, pada saat itu juga, masa seolah-olah tidak lagi memihak kepadanya.
Dapatkah Zephyr bertemu Davina buat kali terakhir?
Apakah yang terjadi kepada Davina dan zuriat mereka?
Dan adakah Nathan Meadows mengetahui bahawa gadis yang selama ini menjadi obsesinya sedang bertarung antara hidup dan mati?