favs
65 stories
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 450,926
  • WpVote
    Votes 16,990
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
Teman Istimewa | Complete by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 94,035
  • WpVote
    Votes 7,609
  • WpPart
    Parts 48
𝓒𝔂π“ͺ𝓱𝓲𝓭π“ͺ𝓷 π“˜π“―π“―π“ͺ𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓡 π“˜π“·π“½π“²π“Όπ“ͺ𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 204,638
  • WpVote
    Votes 11,435
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
Sekali Lagi Memiliki by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 505,951
  • WpVote
    Votes 16,952
  • WpPart
    Parts 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
6.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL 2 [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 411,217
  • WpVote
    Votes 29,016
  • WpPart
    Parts 33
Start : 10/5/25 End : 26/11/25
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 1,073,482
  • WpVote
    Votes 48,058
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 743,404
  • WpVote
    Votes 58,751
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 655,786
  • WpVote
    Votes 24,689
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Qayyum: His Weakness©️ by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 1,067,929
  • WpVote
    Votes 44,475
  • WpPart
    Parts 25
Under Series Vol II. [Terbit PBAKL2026] Known as His Weakness. Menjadi orang yang jatuh cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah. Bagi Qayyum Darwish, segala isi hatinya disimpan rapi daripada pandangan dunia, apatah lagi wanita yang dicintainya bukanlah perempuan biasa. "Kau tahu kan, siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean.. her relationship with him?" - Fareez Soalan itu membuatkan Qayyum membeku. Memiliki sahabat yang terlalu memahami rahsianya kadangkala lebih berbahaya, terutamanya apabila Fareez antara yang paling rapat dengan 'bos besar'nya. "You have no idea how long I've stood in the shadows just to protect her. Aku akan buktikan hasilnya suatu hari nanti, Reez." - Qayyum Darwish Demi Khalisa Fredella, Qayyum memilih untuk berdiri di sebalik bayang-bayang. Gelaran 'Mr 719' menjadi rahsia yang membolehkannya melindungi wanita itu secara senyap, walaupun cintanya tidak pernah terucap. "Ke mana saya pergi mesti ada awak. Jangan sibuk boleh?" - Fredella "Nak sibuk juga, boleh?" - Qayyum Namun, saat Qayyum akhirnya meluahkan isi hatinya, dia hanya bertemu luka. "I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!" - Fredella "Rimas?" - Qayyum "Rimas sangat. Awak suka saya, dan expect orang yang awak suka ni boleh ada perasaan yang sama? Cuba sedar!" - Fredella Qayyum terdiam, menyedari harapan yang dipendamnya mungkin tidak akan pernah berbalas. Bagi dirinya, Fredella terlalu sempurna walaupun dunia melihat wanita itu dengan cara yang berbeza. "Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah. Dan saya harap awak datang kembali pada saya... juga kerana Allah." - Qayyum Kata-kata itu menjadi doa yang disembunyikan dalam diam. Kembali. Adakah ucapan Qayyum itu akan jadi nyata? Fredella akan cari dia ke? Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama. Bahagia dan ketenangan yang Fredella cari selama ini, adakah semua itu ada pada Qayyum Darwish? "Call me possessive if you want, but I'll always be your protector."
SHADOW by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 136,451
  • WpVote
    Votes 6,282
  • WpPart
    Parts 51
[EVERMORE Series #3] Sequel of AIDAR β‹†Ν›οΈŽ Leftenan Madya Arden Hansel. Mengikut jejak ayahnya, dia menggalas tanggungjawab dalam mempertahankan keamanan negara sebagai tentera di bawah pasukan elit daripada Tentera Laut Diraja Malaysia. "Sedia untuk berjuang, sedia untuk berkorban!" Beret ungu menjadi kebanggaan, gelaran komando umpama lencana diri. Senjata diangkat, nyawa dijadikan pertaruhan di dalam medan pertempuran untuk negara. Bertahun penantiannya, bertahun dia menyimpan rasa. Di bawah langit yang sama, dia berharap mereka akan bertemu kembali. Akhiri penantiannya yang penuh rindu. Elish Ivara. Disebabkan satu insiden, hidupnya seakan dihantui bayang-bayang hitam. Perih meneruskan hidup, sakit bila harus berpura-pura. Hilang kepercayaan pada diri sendiri. Apatah orang lain. Dia hanya mendambakan kebahagiaan. "Mungkin lelaki yang boleh bahagiakan awak selama ni ialah saya. Saya, Arden. Milik awak seorang dari dulu." Bila hati sudah tekad, mengalah bukan pilihannya. Arden mewarnai hidup Elish bagaikan sinar pelangi. Hadirnya dia bukan untuk sementara namun buat selamanya.