fav <3
46 stories
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 996,700
  • WpVote
    Votes 42,731
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
AIDAR by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 271,682
  • WpVote
    Votes 10,505
  • WpPart
    Parts 37
[EVERMORE Series #2] Greedy Love ⋆͛︎ Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hubungan mereka bergelar status suami isteri. Kerana satu salah faham, Ruby membawa dirinya pergi dari hidup Aidar. Dia menganggap perkahwinan mereka tamat di situ saja. Dia sangka dia tak akan berjumpa dengan Aidar lagi. Tapi kisah mereka belum tamat. "Kau memang tak malu kan?" "Ya, tak malu. Atau kau tak tahu perangai suami kau memang macam ni lepas kau larikan diri empat tahun yang lepas?" Siapa sangka Aidar berani mencarinya setelah empat tahun mereka berpisah? Dan lagi gila bila Ruby dapat tahu Aidar tak pernah lepaskan dia sebagai isterinya. "Kesayangan Aidar, jangan tinggalkan aku lagi." Dia ibarat permata. Permata yang paling bernilai dalam hidupnya. Aidar tak mahu kehilangan Ruby untuk kali kedua. Gadis itu, isterinya dan milik dia sampai bila-bila. Aidar akan berjuang untuk kembali berada di sisi Ruby.
UMAR MIKAEL © by thusfthi
thusfthi
  • WpView
    Reads 1,426,216
  • WpVote
    Votes 40,547
  • WpPart
    Parts 42
COMPLETE °Kadang-kadang pengorbanan diperlukan untuk membina sesebuah perhubungan° Pertemuan di antara Tengku Mikael dan Durriyatul Umairah telah menyemai satu perasaan cinta yang sangat sukar ditafsir. Sikap Durriyatul Umairah yang keras kepala sering menduga ego Tengku Mikael. Walau sekeras mana hati seorang lelaki, dia pasti akan cair apabila disimbah dengan perasaan cinta yang suci. Walau bagaimanapun, Tengku Mikael mempunyai rancangan yang tersendiri untuk membuatkan Durriyatul Umairah jatuh padanya. Benarlah kata orang, ego lelaki mampu menghancurkan segalanya. "Boleh tak kau pakai something yang agak menarik sikit. Sexy is better for you. Sakit mata aku kalau hari-hari menghadap kau begini. Kalau boleh aku nak kau free hair. Baru sedap mata memandang." - Tengku Umar Mikael Sungguh tidak masuk akal permintaan Tengku Mikael. Akhirnya penampar Durriyatul Umairah hinggap pada pipi Tengku Mikael. Ego lelaki itu makin tercabar apabila belum ada lagi perempuan yang berani menamparnya begitu. Akhirnya Tengku Mikael mengatur satu rancangan untuk memerangkap Durriyatul Umairah. Tapi siapa sangka, rancangan itu akan memakan diri Tengku Mikael juga apabila dia jatuh cinta pada Durriyatul Umairah. "Maaf Tengku. Saya tak dapat ikut kemahuan Tengku. Permintaan Tengku untuk menyuruh saya dedahkan aurat saya sangat tidak masuk akal. Lagipun bukan Tengku yang akan menanggung dosa saya kelak. Jika beginilah sikap Tengku, saya perlu meletakkan jawatan." -Durriyatul Umairah 📣Update : Random 🔓Start : 5/07/2018 🔒End : 1/2/2019 🌱 #WattysAward2016 : Hidden Gems/Permata Yang Tersembunyi Sebarang typo/kesalahan tatabahasa haraplah dimaafkan kerana author tidak sempat untuk edit kesemua bab yang telah dipublish semula.
AVSC #2 : ANGELZ' WINGS ⓒ by rieyqhan
rieyqhan
  • WpView
    Reads 66,609
  • WpVote
    Votes 3,224
  • WpPart
    Parts 24
[SAMBUNGAN ANGELZ VS CROWNZ] Setelah sedar dari koma, Olive disahkan hilang ingatan. Gadis itu juga sedar di bawah jagaan orang asing. Dia lupa hampir semuanya. Nama sebenarnya, identiti sebenarnya dan juga keluarga sebenarnya. Hidup bersama keluarga seorang abang yang menyelamatkan nyawanya tidak dianggap satu perkara yang mudah. Ini kerana adik lelaki itu terlalu bencikan dia. "Olive?" "Awak siapa? Saya tak kenal. Dan siapa Olive? Nama saya Vee." Zaff atau nama sebenarnya Adry Zafran hanya mampu meraup muka yang sudah frust. START: 1/2/2018 END: Only 20 chapters Warning: Jangan terlalu berharap. Mungkin ianya tidak seperti yang anda sangkakan.
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART [BAKAL DITERBITKAN] by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,339,935
  • WpVote
    Votes 63,692
  • WpPart
    Parts 13
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,611,093
  • WpVote
    Votes 343,635
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘