lifehapiness's Reading List
5 historias
matrimonio forzato | revamp por bberlynaaa
bberlynaaa
  • WpView
    LECTURAS 9,715
  • WpVote
    Votos 580
  • WpPart
    Partes 5
Mereka dikenali sebagai pelindung undang-undang.Memakai lencana, memegang senjata, dan menjalankan misi atas nama keadilan. Fattah Asyari, Mike, dan Marcus kelihatan seperti barisan hero sempurna. Tenang, berdisiplin, dan tidak pernah gagal. Setiap operasi jenayah yang mereka sertai berakhir dengan kemenangan. Setiap perompak yang diburu jatuh ke tangan mereka. Terlalu sempurna... seolah-olah semua langkah telah dirancang lebih awal.Namun kebenaran jarang berpihak kepada yang kelihatan suci. Di sebalik penyamaran itu, tersembunyi satu agenda yang jauh lebih gelap.Dendam yang dipendam bertahun-tahun. Apa yang mereka lakukan bukan semata-mata untuk menegakkan undang-undang, tetapi untuk merampas kembali hak dan harta yang telah dicuri secara sistematik oleh mereka yang berkuasa, termasuk mereka yang bersembunyi di sebalik seragam yang sama. Ketika bandar semakin tenggelam dalam kekacauan, muncul seorang lelaki misteri yang mengatur segalanya dari belakang tabir. Identitinya kabur, kehadirannya jarang disedari, namun setiap gerakan musuh sentiasa berada selangkah di hadapan rancangannya.Dia adalah arkitek kepada kehancuran yang terancang. Kehadiran lelaki itu membangkitkan sesuatu yang lama terpendam dalam diri Fattah.Serpihan memori yang kabur, mimpi tentang masa silam, dan rasa kehilangan yang tidak pernah mampu dijelaskan.Semakin kebenaran menghampiri permukaan, semakin jelas bahawa permainan ini bukan sekadar tentang jenayah atau kuasa.Ia adalah tentang dua jiwa yang terpisah oleh tragedi,tentang identiti yang dicuri,dan tentang keadilan yang hanya boleh ditebus melalui pengkhianatan. Dalam dunia di mana undang-undang boleh dibeli dan kebenaran boleh dipadam,siapakah sebenarnya yang layak dipanggil hero?Apabila topeng-topeng itu akhirnya jatuh...adakah dendam ini akan membawa pembebasan atau kehancuran mutlak?
SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1 (UNEDITED) por moonjni
moonjni
  • WpView
    LECTURAS 2,327,142
  • WpVote
    Votos 113,058
  • WpPart
    Partes 73
Hidup yang dipenuhi dengan kerja. Tiada masa untuk bercinta mahupun berkenalan. "Saya ada buat salah ke dekat awak? Macam tak de je" - sindir Yusuf Numair dengan wajah berlagak. Pertemuan yang dipenuhi dengan perbalahan. "Pandai-pandai la bertanggungjawab. Dah buat orang sakit hati, pandai pula larikan diri" balas Umay Alisa. Dua hati yang cukup tegang namun bakal dilembutkan. Kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai ragam. "Abang sayangkan Umay sampai nafas abang terhenti. Maafkan abang, Umay" Leftenan Yusuf Numair sanggup mengundur dirinya demi menjaga hati seorang perempuan iaitu Dr. Umay Alisa. "Start : 27 Februari 2023" "End : 1 May 2023 [Story Ke-8]
AKU JUGA PUNYA HATI por aniqmuhai
aniqmuhai
  • WpView
    LECTURAS 1,774
  • WpVote
    Votos 214
  • WpPart
    Partes 17
SINOPSIS Antara CINTA dan TAKDIR, jiwa antara Kamal dan Jamaiyah hampir bertaut hingga ke jinjang pelaminan, namun hati Dahlia tercuri oleh pesona Kamal yang tak terjangkau, cinta pandangan pertama. Persahabatan, cinta, dan rahsia yang selama ini dipegang, hancur disebabkan Dahlia mengamalkan sesuatu yang dilarang oleh agama. Kebahagiaan yang diraih melalui jalan terlarang itu selalu menyimpan duka, membawa Dahlia dan Kamal ke dalam cinta yang berakhir dengan kesedihan yang mendalam saat kehadiran buah hati keempat, Maliq, yang membawa badai kemurungan mereka sekeluarga. Maliq, yang dibuang oleh keluarganya, diambil oleh Jamaiyah, yang membuka dunia tentang cinta yang tidak memandang pertalian darah. Namun, kehidupannya tidak pernah lepas dari ujian, cemburu dan fitnah, mendorongnya ke dalam jurang putus asa dan harapan, hingga cinta dan persahabatan berperang dalam diri Amran, Sumayyah, dan Sara. Perit menelan hakikat antara kasih dan kebenaran, jiwa Maliq terus bergolak dengan bayang-bayang lama yang menghantui dirinya, seolah-olah tiada lagi tempat untuk dia berlindung dari ujian yang tidak henti-henti menimpa dirinya. Dalam keheningan jiwa yang terluka, pelbagai persoalan tentang pengampunan, kesembuhan, persahabatan dan kasih sejati terjawab di akhir cerita "AKU JUGA PUNYA HATI", sebuah perjalanan mencari cahaya di tengah kegelapan dan harapan antara keraguan.
Suamiku, Sang Saka Biru? por nunanuna20
nunanuna20
  • WpView
    LECTURAS 460,377
  • WpVote
    Votos 18,822
  • WpPart
    Partes 35
Perkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mungkin tak logik bagi sesetengah pembaca. Boleh skip sekiranya tidak menepati citarasa anda. Terima kasih ;) Just another random short story that came across my mind.. Feel free to vote & comment for me to improve my writing.. Thank you ❤️ Start : 5/3/21 End : 5/8/21 [COMPLETE] [Segala nama, karakter dan situasi adalah rekaan semata-mata & tiada kena mengena dengan yang hidup / mati. DILARANG MENCIPLAK HASIL KARYA SAYA]
Tengku Ayden Firash por miss_flowerrs
miss_flowerrs
  • WpView
    LECTURAS 195
  • WpVote
    Votos 8
  • WpPart
    Partes 3
"Gila! ini memang gila ! ada ke patut mama and papa nak kahwinkan aku dengan mamat belagak sombong tu . Eeee please laa,bagi free pun aku taknak "- Alisha Hadzkadina "are you sure babygirl! kau taknak kahwin dengan aku ? " - Tengku Ayden Firash Berlakunya satu insiden yang menyebabkan si comel aka Alisha Hadzkadina mula benci terhadap Tengku Ayden Firash . Bukan setakat benci siap label lagi Mamat berlagak sombong .Tapi siapa tahu rupa-rupanya, kedua ibu bapa mereka berkawan baik dan telah membuat perjanjian untuk kahwinkan anak dara dan anak teruna mereka ! haihhh apa nasib si comel tuuu ... "apa ma ! kahwin dengan mamat niii ...sumpah la maa sha taknak maaa ...kalau sha terima ni bala tau mama BALA.." -Alisha Hadzkadina "seriously mummy ! kahwin dengan budak tuu....Kalau ini yang mummy dengan daddy nak... baiklah ash tunaikan dan akan jaga sha dengan baik " -Tengku Ayden Firash Alangkah gembiranya hati kedua dua ibu bapa mempelai itu apabila setuju jugak untuk berkahwin ...Bagi si lelaki happylah tapi bagi si perempuan BALA namanya tapi apakan daya nak menolak tak mampu takut jika mama dan papanya kecil hati ...jadi baik dia terima sahaja. "Sampai hati you tak kahwin ngan i ! takpe takpe Tengku Ayden Firash,i akan pastikan you akan jadi milik i .Kalau i takdapat you . Perempuan sundal tu pun tak boleh dapat you ! fair and square right.." - Medina Zahira Wujudkah cinta diantara Tengku Ayden Firash dan Alisha Hadzkadina? Siapakah Medina Zahira ? Apa kaitan Medina Zahira dan Tengku Ayden Firash ?Adakah Tengku Ayden Firash dan Alisha Hadzkadina akan saling mencintai atau berakhir dengan penceraian?