Sad story
3 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,167,084
  • WpVote
    Votes 87,783
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
UNENDING LOVE [TERBIT] by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 1,328,594
  • WpVote
    Votes 1,134
  • WpPart
    Parts 3
[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Sering sahaja digelar 'tomboy' oleh orang sekeliling tetapi dia peduli apa... ini hidup dia, dia berhak buat apa sahaja dia mahukan. Itulah prinsip hidup seorang Raysa Amanda. Heriz Zayyan, seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang, memiliki kekayaan yang luar biasa, perwatakan dingin dan sombong. Walaupun usia sudah meningkat, tidak pernah terfikir dirinya untuk berkahwin. Baginya, perempuan hanya menyusahkan. Tiada yang boleh menyenangkannya, rumit! Pertemuan antara Raysa dan Heriz yang tidak dirancang membuatkan gadis itu mula menaruh hati. Sifat Heriz yang protective dan caring sentiasa memberinya harapan untuk memiliki lelaki itu. Namun... Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya... Hati yang berbunga indah untuk lelaki itu mula layu apabila Heriz menaruh hati pada sahabat baiknya, Aleeya Qistina. "Eh, aku rasalah kan aku dah jatuh cintalah, Raysa." -Heriz Zayyan Terus terkubur harapan yang menggunung, hati yang sentiasa berkembang mekar untuk lelaki itu mula mati sedikit demi sedikit dihenyak kenyataan. Mampukah Raysa Amanda menerima kenyataan bahawa lelaki yang dicintai tidak mampu dimiliki? Highest ranking no. 1 in sad romance ( 28/9/2022 ) Highest ranking no. 1 in sad ( 6/10/2022 ) Highest ranking no. 1 in broken ( 29/10/2022 )