Mar2833's Reading List
37 stories
MASIH BERHARAP (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 46,463
  • WpVote
    Votes 2,081
  • WpPart
    Parts 52
"Sebelum sayang menutup mata, sayang nak tengok abang mengahwini Ayla." - Jannah Satu permintaan terakhir itu menyebabkan Ayla Ireena bergelar isteri tanpa cinta kepada Redza Amir. Ayla tak mengharapkan cinta selain perlindungan kerana dia hanyalah perempuan sebatang kara setelah pemergian kakak sepupunya, Jannah. Redza pula yakin bahawa tiada sesiapa dapat gantikan arwah Jannah di hatinya. Pelbagai cara Redza lakukan agar Ayla tidak sudi bertahan sebagai isterinya lagi. "Setiap hari, abang nak Ayla masak sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Abang nak Ayla iron baju kemeja ke ladang dan jangan lupa bersihkan halaman. Abang tak nak ada satu pun daun kering atau sampah. Selepas isyak, Ayla kena temankan abang buat kerja di bilik bacaan. Selagi abang tak habis kerja, Ayla tak boleh ke bilik tidur. Sanggup?" - Redza Amir Namun, hati Redza digoncang hebat apabila menyedari Ayla mencintainya dalam diam sejak masih berusia 16 tahun lagi. "Ayla cintakan abang sejak dahulu. Ayla jatuh cinta pada pandang pertama sejak kali pertama abang muncul di mata Ayla. Ayla terus memendam perasaan terhadap abang sampailah Ayla keluar dari rumah anak yatim." - Ayla Ireena Penantian yang panjang membuatkan Ayla lelah. Tidak sanggup berharap lagi, Ayla membawa diri tanpa menyedari bahawa bunga cinta di hati Redza sudah mekar buatnya. "Aku rasa Allah nak aku nampak yang aku tak sepatutnya mengharapkan cinta Abang Redza lagi. Aku terlalu cintakan dia dia sampai aku terlupa yang cinta itu tak mudah terganti. Kak Jannah baru meninggal, aku dah goda suami dia. " - Ayla Ireena Dapatkah Redza membawa Ayla semula ke pangkuannya? Adakah sanggup Ayla menyingkirkan cinta yang telah lama menguasai hati dan melepaskan Redza buat selamanya?
Mahar Dendam by izfrwiza
izfrwiza
  • WpView
    Reads 152
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 10
"Aku hanya akan taat dengan kata-kata kau sebaik sahaja kau naik takhta sebagai Sang Nata Diraja." - Bentara Puteri Lailatul Qamar Lail yang bererti malam. Lantas penasihat istana cerdik pandai itu Thareeq kunjungi hanya di malam hari. Sehingga ada sumpah yang termateri. "Atau perlu ke aku nikahi kau dan menjadikan kedudukan aku sebagai seorang suami untuk kau taat lebih tinggi berbanding ayahanda di mata kau? Gelaran Cik Suri Mahkota dah lama terkubur jadi lebih baik kau fokus untuk dapatkan gelaran Ratu Embun Syahdina di samping aku. Singkirkan ayahanda aku dari takhta macam yang kau impikan dan naikkan aku sebagai Sang Nata Diraja di Bumi Arjuna ni. Kemudian kau boleh terus fikirkan cara untuk jatuhkan aku termasuklah dengan membunuh suami kau sendiri." - Paduka Nata Putera At-Thareeq Syamu Najmi Al-Hadid Thareeq, pengunjung malam. Pengunjung malam yang mengunjungi malamnya. "Kau jangan mati melainkan dekat tangan aku sendiri. Aku haramkan darah kau tumpah dekat kerajaan ni selagi kau tak boleh bagi apa yang aku nak!" - Thareeq "Your father destroyed my family. You destroyed me. You and your family disgust me! Kalian rampas Melang Surya dan takhta kami. Aku lebih daripada mampu untuk bunuh kau dengan pangkat aku yang juga sebagai Srikandi Pedang Diraja." - Lail Syamu Najmi. Matahari dan bintang. Menjadi matahari untuk menerangi malam Lail dan menjadi bintang demi menemani Qamar, bulannya. Al-Hadid. Maksud besi itu bukan hanya lambang tanggungjawab dia sebagai Panglima Naga Diraja tetapi kini dengan satu tujuan. Melindungi Lail walau dunia perlu terbakar bersamanya. "Jauhkan mata pedang kau dari ratu aku. Berani sekali kau halakan senjata ke arah seorang ratu. Kau baru saja menggalangkan leher minta disembelih. Sebaik sahaja pedang kau menyentuh kulitnya, tangan kau aku kelar. Sekiranya pedang kau menggores lehernya, kepala kau aku pancung."
Isteri Pilihan Syurga (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 75,314
  • WpVote
    Votes 3,289
  • WpPart
    Parts 44
Bella Yumna dan Taufiq Firdaus berkahwin kerana saling mencintai. Namun, setelah tiga tahun, rumah tangga mereka diancam penceraian. "Taufiq Firdaus, tolong lepaskan saya." - Bella Yumna Tindakan Puan Sri Sabrina, ibu kandung kepada Taufiq lagi mengeruhkan keadaan. Soal zuriat menjadi alasan untuk wanita itu menyakiti hati Bella. Bahkan, Puan Sri Sabrina telah memilih Wafa Hanan sebagai isteri kedua Taufiq. "Wafa... Kak Bella nak melamar Wafa sebagai isteri Abang Taufiq." - Bella Yumna "Kita jumpa di mahkamah selepas saya kahwin. Saya nak awak tetap jadi isteri saya dan tengok sendiri saya jadi suami perempuan lain." - Taufiq Firdaus Kerana permintaan Taufiq, Bella terus kuatkan hati dan melihat suami sendiri berkahwin. Kerana masih ada cinta, Taufiq belum berhenti memujuk supaya mereka berdua tak perlu berpisah. Setelah itu, Bella hilang begitu sahaja daripada Taufiq. Sepanjang menghilang, Bella membina hidupnya semula. Seorang lelaki juga hadir melafazkan cinta. "Awak tahu kan saya ikhlas cintakan awak. Tapi, saya tahu cinta saya itu tabu." - Ahmad Baihaqi Tidak sedar dua tahun masa berlalu, Taufiq, Wafa dan Bella bertemu semula di bumi Amsterdam. Mungkin, pertemuan kali ini bakal menoktahkan segalanya. Bella mahu menyelesaikan urusan yang tertunda. Taufiq juga merancang untuk tidak mengikat Bella lagi sehingga... "Abang, Kak Bella masih isteri abang yang sah. Wafa nak Kak Bella jadi isteri abang seperti dulu, sebelum Wafa muncul." - Wafa Hanan Bella dihimpit oleh Wafa. Antara Taufiq Firdaus dan Ahmad Baihaqi, dengan siapakah Bella akan bergelar isteri pilihan syurga?
The Ninja: MY SOURUMEITO [complete] by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 169,124
  • WpVote
    Votes 1,855
  • WpPart
    Parts 11
🌹sequel HANYA KAMU SAJA🌹 Genre: ACTION/ROMANCE/FAMILYHERITAGE ✍️Bacaan 18 tahun ke atas ✍️ Ini adalah karya 100% hasil dari idea saya sendiri. ✍️Jalan cerita adalah imaginasi penulis semata-mata. ✍️Watak-watak adalah berbangsa Jepun/Melayu ✍️Penggunaan bahasa akan mengandungi bahasa Melayu, bahasa Jepun dan bahasa Inggeris ✍️Jika ada tersama sikap/cara watak dengan karya lain, mungkin kebetulan. Sebagai manusia saya memang tak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. ✍️Harap dapat hormati karya saya Arigatou Mi_Amethyst