2 stories
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,810,911
  • WpVote
    Votes 346,871
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
MY TUAN (COMPLETED)✓ by mizzAFEA
mizzAFEA
  • WpView
    Reads 676,974
  • WpVote
    Votes 24,976
  • WpPart
    Parts 76
°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia hanyalah seorang kapten bola sepak yang menyakitkan hati, nakal dan pembuli! Memang sadis apabila tanpa diduga hadirnya seorang perempuan yang mampu mengkucar-kacirkan hidupnya. DIANNE ARDILLA ZAYNE Model berdarah kacukan ini terpaksa dibiarkan masuk ke dalam hidupnya. Gadis yang paling degil, dan sukar diduga. "Kenapa pula i kena turutkan apa yang you nak? I bukan kuli you, orang gaji pun bukan. Jangan ingat pangkal nama you ada Tuan means I kena tunduk pada you. Sorry sikit! Dalam mimpi pun jangan harap"_Dianne Ardilla "Aku tak minta pun kau tunduk pada aku disebabkan nama aku. Kau kena ingat satu benda. Aku selamanya suami kau dan kau patut ikut cakap aku sebagai suami. Bukannya tuan"_Tuan Hared Hidup Dianne Ardilla tidaklah semudah yang disangka. Menjadi popular bukanlah tiket kebahagiaan. Tanpa sedar, ada yang menyimpan hasrat busuk untuk melenyapkan Dianne Ardilla dari dunianya. Tuan Hared berusaha melindungi gadis itu walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri. "Dee, ikut abang. Jangan percayakan Hared. Dia bukan lelaki yang tepat untuk lindungi Dee. Dee hanya selamat dalam jagaan abang seorang. Tolonglah, kembali kepada abang..."_ Rizqi Putra "Saya merayu kepada awak, Dianne. Saya perlukan Hared di sisi saya. Dia dah janji dengan saya, dia akan jadi suami saya. Bukannya perempuan lain, termasuk awak.. Tuan Hared bukan untuk awak.."_ Natrah Naylah Mengapa semua orang begitu kejam, mahu memisahkan aku dan dia? Aku tak perlukan manusia lain untuk jadi orang ketiga dalam hidup kami. Andai perpisahan itu membahagiakan semua insan disekeliling kita, aku nak kau tahu. Diri aku lebih bahagia andai kita berdua terpisah kerana ajal. #1romance 20.8.23 #1fiction 19.9.22 #1love 21.6.22