CINTA
3 stories
30 HARI MENCINTAIKU (COMPLETED) by edennforyou
edennforyou
  • WpView
    Reads 110,625
  • WpVote
    Votes 937
  • WpPart
    Parts 31
"Apa?! Kahwin?! Lagi?!" Tergamam Syakira di buatnya setelah dengar apa yang keluar dari mulut emaknya. Mana tidaknya, dia baru sahaja bercerai lima bulan lepas tiba-tiba dia kena kahwin lagi sekali sedangkan dia langsung tidak kenal siapa lelaki itu. "Nak ke tak nak? Jiran kitalah yang bagitahu anak kawan dia ada sorang anak teruna bujang terlajak umur 30 tahun. Nak ke?" "Nak!" Balas Syakira pantas tanpa berfikir panjang. "Kita kahwin kontrak je ya. Cukup 30 hari kita bercerai." - Naufal Adrian. "Okay boleh, tapi dengan satu syarat. Kalau saya dapat goda awak dan buatkan awak jatuh cinta dekat saya kontrak ini dengan serta merta terbatal. Deal?" - Syakira. "Okey deal!" - Naufal Adrian. "Macam mana aku nak goda dia ni eh? Aku taknak jadi janda untuk kali ke-2!" - Syakira.
KATAKAN SAYANG (COMPLETED) by edennforyou
edennforyou
  • WpView
    Reads 480,536
  • WpVote
    Votes 18,396
  • WpPart
    Parts 61
(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila ada nak tolong apa-apa tak?" "Izaty, tolong akak hantarkan talam ini ke depan." Talam itu sudah bertukar tangan. Izaty melihat talam itu. "Boleh, nak letak dekat mana? dekat mana lagi kosong?" Nabila pergi memeriksa di mana lagi tempat yang tak ada talam. "Ha, kat tepi tu." "Kat mana?" Izaty mengerutkan matanya. "Yang ada lelaki pakai baju melayu warna kuning cair macam Izaty tu." Izaty tercari-cari di manakah tempat yang dimaksudkan oleh Nabila sebentar tadi. Setelah dia dapat tangkap tempat kosong itu tiba-tiba matanya terbeliak luas. Hampir sahaja talam yang dipegangnya itu terlepas dari tangannya. Dia kuatkan juga pegangannya itu. Jantungnya pula berdegup kencang. Tubuhnya sudah berasa seram sejuk tambahan lagi tangannya terketar-ketar seperti orang demam. "Aik, kenapa Izaty tiba-tiba gelabah semacam ni?" Nabila mula berasa hairan setelah melihat sikap Izaty tiba-tiba berubah secara mendadak. "Kak Ila, lelaki yang itulah yang kacau Izaty tadi!" Kata Izaty sambil menarik nafas panjang, bibirnya juga mula terketar-ketar menahan rasa cuak. Macam mana lelaki itu boleh datang ke sini? Dia ni spy ke? AMARAN: Cerita ni boleh tahan bersemut tapi disampaikan secara santai. Tak perlu peningkan kepala anda, just enjoy okay! Nak tahu? Teruskan bacaan anda. #1 in Romance (2023) #1 in Humor (2023) #1 in Teenfiction (2023)
AYU ZALIKHA (COMPLETED) by edennforyou
edennforyou
  • WpView
    Reads 117,042
  • WpVote
    Votes 4,819
  • WpPart
    Parts 51
(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini adalah seorang 'budaya darat'. "Putera, aku minta maaf ya." Ucap Syukri secara tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Putera yang mengelamun lama memandang ke luar tingkap terus mengalihkan pandangannya memandang ke arah Syukri secara mengejut. "Err, apa?" Tanya Putera kerana tak fokus. "Aku minta maaf." Balas Syukri sambil mengeluh panjang. "Err, for what?" Tanya Putera lagi sekali. "Sebab aku macam selalu halang kau dekat-dekat dengan adik aku. Maaf, tapi aku tak suka." Cakap Syukri dengan terus terang. Tiada langsung bahasa kiasan yang keluar dari mulutnya. Senang. Putera hanya mampu tersenyum sinis sambil matanya merenung ke arah jalan raya di hadapan. "Maaf ya." Syukri bersuara lagi setelah Putera terdiam lama. Wajah Putera ditenung olehnya seketika, lalu memandang ke arah jalan raya di hadapan kembali. "Apa salah aku sampai kau tak nak sangat aku dekat-dekat dengan adik kau tu?" Tanya Putera dengan bibirnya terlekat senyuman... GENRE : COMEDY, ROMANCE