Syurga Wardah
3 stories
Cinta Sang Putera by SilauunPurii
SilauunPurii
  • WpView
    Reads 58,422
  • WpVote
    Votes 4,817
  • WpPart
    Parts 52
❁❈#1 in Historical Fiction❈❁ ❁❈ Covers Thanks To Friends and Readers ❈❁ ❁❈ Puisi : Cinta Sang Putera ❈❁ Ada cerita lama terkisah, Kisah bermula dari istana, Hampa datang bersama gelisah, Kisah duka putera dan cinta. Raja adil disanjung rakyat, Rakyat ialah raja ialah rakyat, Negeri yang makmur hidup berkat, Timbul pembelot membawa jerat. Langkah pahlawan di tengah perang, Berpantang maut sebelum ajal, Pembelot pengkhianat datang menyerang, Tinggallah rakyat melawan ajal. Bunga peria dibawa sampan, Sampan berlabuh di hulu sungai, Putera mahkota jadi harapan, Agar rakyat aman dan damai. ❁❈❁❈❁❈❁❈❁❈❁ * Note: Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Nama watak dan tempat tiada kaitan dengan sejarah tanah melayu. Hanya mengambil latar masa, bahasa dan budaya sahaja. © Hakcipta @SilauunPurii © 2017
Mrs. King: The Queen From Marhaen by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 13,012,182
  • WpVote
    Votes 580,979
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Dia satu-satunya cinta. Sejak pertama kali aku menjejak ke sini, hanya dia menjadi sebab aku memilih untuk tinggal di 'neraka' itu. Menjadi isterinya adalah angan-angan terbesar. Mengapa bukan cita-cita? Angan dan cita berbeza. Cita untuk sesuatu yang boleh digapai. Angan? Dia Si Putera Raja. Pewaris tunggal King of Werland. Tingkahnya dingin, wajahnya kaku. Auranya mencengkam,matanya tajam. Dalam erti kata lain, dia adalah igauan. But, he hates me. Sejak pertama kali bertemu empat mata dengannya-18 Mei sehinggalah sekarang, hinaan tak pernah lepas dari bibirnya. Sehingga satu sebab, dia memilih aku sebagai isterinya.
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,680,155
  • WpVote
    Votes 28,918
  • WpPart
    Parts 9
[ Terbit - Fajar Pakeer ] 2025 Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara. Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa. Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji. "Saya buta, Jibrail. Saya cacat." - Yasmeen Alana. "Cik Alana tetap sempurna pada mata saya." - Mohd Zeyad Jibrail. Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail. Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan? "Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku." - Mohd Zeyad Jibrail. Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba. Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran? Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina? Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia. "Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata."