already read
28 stories
ARYAN ANNISA [C] by flowershiera
flowershiera
  • WpView
    Reads 2,140,672
  • WpVote
    Votes 54,339
  • WpPart
    Parts 80
LOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupan gadis itu umpama kisah Cinderella.Kehidupan remaja yang penuh dengan derita. Raiyan Aryan Seorang lelaki yang tinggi egonya seperti Gunung Everest.Dengan wajah yang sempurna tetapi hati yang penuh kebencian, dia bertekad untuk memastikan Annisa tidak pernah merasa bahagia.Baginya, gadis itu tidak layak untuk menikmati kedamaian dalam hidupnya. Namun, tanpa mereka duga, satu rancangan kotor mengikat mereka dalam satu ikatan yang tidak diingini.Perkahwinan yang penuh dengan kebencian dan ego. Mampukah cinta menemukan jalannya dalam hati yang penuh luka atau adakah ego akan terus menjadi penghalang kebahagiaan mereka? "Ryan kan yang perangkap Nisa" HANI ANNISA "Tolonglah jujur Ryan" HANI ANNISA "Aku akan musnahkan kehidupan kau" RAIYAN ARYAN "You make me crazy honey" RAIYAN ARYAN >Banyak typo. >Idea sendiri. >No copy. Happy Reading~ Thank you~
Dia, Zayn Raffael (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 424,185
  • WpVote
    Votes 4,875
  • WpPart
    Parts 14
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,932,032
  • WpVote
    Votes 1,981
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C] by Miss_Rahsia
Miss_Rahsia
  • WpView
    Reads 428,175
  • WpVote
    Votes 10,465
  • WpPart
    Parts 60
Dia datang dengan memusnahkan satu hubungan demi kepuasan diri sendiri. Usaha nya tidak gagal malah mangsa masuk ke perangkap. Setelah dia dapat apa yang dia inginkan, dia mendera, memukul, menuduh tanpa mendengar sebarang penjelasan. "Perempuan jalang macam kau ni aku kena ajar cukup cukup. Biar kau serik dengan lelaki!" ~ Azril Zafran. Pukulan demi pukulan tapi si dia masih sabar atas apa yang menimpa pada dirinya. Dia kirakan dia akan selamat jika larikan diri ke luar negara tapi takdir berkata lain. Mereka ditemukan sekali lagi dan dijodohkan tanpa kerelaan diri. "Sakit awak."~ Raisha Ayra Keganasan semakin menjadi jadi apabila menjadi seorang suami. Apakah hubungan akan berkekalan atau berhenti sekerat jalan mencari kebahagian masing masing?.
HANYA INGIN KAU TAHU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 620,316
  • WpVote
    Votes 899
  • WpPart
    Parts 10
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white rose.." - Haris Wafi
MY ENCIK TENGKU by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 3,538,130
  • WpVote
    Votes 90,082
  • WpPart
    Parts 58
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia kaki perempuan, Dan dia juga menyakitkan hati. Perempuan yang kuat malah tidak pernah mengalah dengan apa yang ditimpanya. Dicaci, dihina, dikutuk tetapi bangkit mempertahankan dirinya. -Syabella Iris Ego yang tinggi menggunung, tidak pernah mengerti perasaan orang dan sentiasa inginkan kemenangan bagi pihaknya. -Tengku Harris Zarul Rumah tangga yang dirancang keluarganya tidak pernah mencapai erti kata bahagia sejak awal perkahwinan lagi. Banyak masalah yang dihadapi rumah tangga mereka. Bagaimana dengan pengakhiran cerita rumah tangga Harris dan Bella? Bahagia atau derita? Mampukah Bella menerima apa yang berlaku pada dirinya? ✨✨✨ #21 in romance - 01 June 2017 #16 in romance - 03 June 2017 #15 in romance - 18 June 2017 #12 in romance - 12 June 2017 ©️Published : 2017 ©️Editing updated : 25/2/22 🚫AMARAN ⚠️Kalau boleh jangan baca sebab saya rasa cerita ni klise, tatabahasa terabur, jalan cerita biasa- biasa. Banyak mengarut. Masa menulis dulu masih tak ada ilmu penulisan lagi. Menulis untuk have fun sahaja :)
[C] | PENAT | by misshelen21
misshelen21
  • WpView
    Reads 252,656
  • WpVote
    Votes 8,262
  • WpPart
    Parts 58
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang pengusaha sebuah syarikat yang bergerak dalam bidang kapal persiaran. Mereka bertemu ketika Tarique Razeen merasmikan pelancaran model terbaru kapal persiaran ciptaan syarikatnya, ketika itu Miyya Medeena sedang mengadakan réunion bersama rakan sekolah menengahnya. Cinta mereka mula berputik di kala itu lalu sebuah ikatan suci mengikat mereka berdua sebagai suami isteri. Melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia selama sebulan dan diterima baik oleh pihak suami namun, bahagia mula melabuhkan tirai ketika fitnah mula ditaburkan oleh seseorang. "I tanya you, kenapa you nak sangat kahwin dengan i?"- Tarique Razeen. "Sebab saya cintakan awak, sayang!"- Miyya Medeena. "don't lie when you have other intentions in your heart!"- Tarique Razeen. Sejak dari hari itu, hubungan mereka menjadi dingin, tak tahu di mana silapnya, hari makin hari pelbagai dugaan yang bertandang. Pelbagai kejutan yang Tarique berikan pada Miyya sehingga akhirnya dia mengalah dan memilih mengundurkan diri bila tahu siapa dalang disebalik semua ini. "Apa salah saya pada Awak Tariq, sampai air untuk saya rendam Maggi pun awak berkira?"- Miyya Medeena. "Pulangkan balik semua duit yang I habiskan untuk perempuan macam you lepas tu lantaklah you nak buat apa pun!"- Tarique Razeen. Bila rahsia yang sebenar terbongkar, Tarique tahu dia sudah terlambat ingin mendapatkan kembali hati si isteri yang kian kosong dan mula damai dengan takdirnya. Bagaimanakah dia mendapatkan kembali si isteri yang sudah mati rasa padanya disebabkan keegoannya? Dapatkah dia ambil kembali hati itu?. PENAT akan menceritakan jalan ceritanya, selamat membaca dan jangan lupa like dan komen ya?. Start-?. End-?. 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz by nu_haina
nu_haina
  • WpView
    Reads 1,344,223
  • WpVote
    Votes 49,082
  • WpPart
    Parts 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-
+12 more
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,224,869
  • WpVote
    Votes 561,095
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Bukan Cinderella by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,667,782
  • WpVote
    Votes 163,894
  • WpPart
    Parts 54
(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya. Jika Cinderella di kisah dongeng rela menyiapkan baju untuk kakaknya ke majlis putera raja. Maka dia menjadi orang yang akan mengoyakkan baju itu. Ini sumpahanya. Tidak akan sesekali berlaku baik pada mereka yang sudah melenyapkan kebahagiaanya. Lily yang dahulunya polos lenyap bersama kematian ibunya. Baginya Lily yang dahulu telah pergi dibawa derita yang dia alami menanggung rasa dendam dan iri. Seperti kata perpatah, orang berbudi kita berbahasa. Sekali dia disakiti, lebih yang akan mereka rasa.