We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
sabihah01's Reading List
9 stories
Pengawas Senior Dingin (EDITING) by Liyarachi_
Liyarachi_
  • WpView
    Reads 73,656
  • WpVote
    Votes 3,328
  • WpPart
    Parts 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingginya yang menjadi tinggi ideal para wanita dan muka serta rambutnya yang terletak cantik membuatkan ramai wanita tertarik akan kecantikannya. Gelaran sebagai ketua pengawas sekolah disandang kerana sifatnya yang berdedikasi serta bertanggungjawab membuatkan lagi dirinya terserlah. "Pakcik ni memang dak gheti nak senyum ka? Ketat semacam dah macam muka kena gam."-Yana Yana atau nama penuhnya Nur illya illiayana. Mukanya biasa sahaja asal dari Kedah. Slangnya bercampur dengan slang Kuala Lumpur kerana bercampur dengan kawan-kawan disekolah yang kebanyakannya daripada bandar tetapi perwatakannya yang baik serta tutur kata yang sopan membuatkan orang ramai senang dengannya. Wasiat arwah ayah Yana telah dibongkarkan apabila kawan kenalan lama umi dan ayahnya kembali semula. Beritanya membuatkan Yana terkejut. Pertunangan diawal waktu persekolahan? Rumus Fizik pun masih tergagap-gagap dihafal inikan pula bertunang? Nasib sahaja bertunang kalau berkahwin? Mati-mati! Lagi mati apabila orang dijodohkan dengannya merupakan senior disekolahnya sendiri. Macam mana nak bergurau kalau seniornya pun muka ketat semacam. "Agak-agaknya kalau aku buat lawak dia ketawa tak?"- Yana Haih nasib badan dapat bakal imam yang sebegitu. Apalah kesudahan yang akan dia hadapi? Mampukah dia membuatkan tunangnya ketawa? Gurau je....EHEHEHHE 🤜🏻100% idea from my🧠 🤜🏻Jangan Memplagiat! 🤜🏻Sila abaikan segala ketypopan ♡This is my first book hope you guys like it. ♡Please vote and comment✌🏻 ♡Sorry for the penggunaan bahasa ♡Cover book khas dri @mijunkyeo
PESAN YANG TERAKHIR : (Editing) by CIK_HZAHNA
CIK_HZAHNA
  • WpView
    Reads 10,852
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 1
Keluarga adalah rumah yang paling selamat untuk pulang, tetapi jika rumah tersebut hancur, dimanakah harus pulang? Sejak kematian ayahnya, Aralyn Madiha dibenci oleh ahli keluarganya. Dia seakan orang asing yang berada di dalam rumah itu. Tiada yang lebih menyakitkan selain dipukul, dihina dan dibenci oleh ibu sendiri. Tiada siapa yang tahu apa yang dialami oleh Aralyn. Namun Aralyn bersyukur dia masih lagi mempunyai neneknya. Tidak lupa juga akan sahabat dan tunangnya. Mereka bertiga selalu ada ketika Aralyn jatuh. Senyuman Aralyn tidak lekang ketika berada bersama mereka. Sehinggalah Aralyn mendapat khabar bahawa sababat dan tunangnya telah selamat bergelar suami isteri. Hatinya saat itu seperti dihempap batu besar. Kebahagiaan sebelum ini lenyap secara tiba-tiba. Bermula saat itu, Aralyn memutuskan bahawa dia tidak akan pernah percaya kepada lelaki lagi. Baginya cinta itu hanyalah dusta semata-mata. Dan pada saat itu, muncul seorang lelaki yang datang untuk melamarnya. Lamaran itu ditolak tanpa berfikir panjang. Putus asa? Apa itu? Putus asa bukan prinsip seorang Erhan Mikael. Lama-kelamaan, Aralyn mula terjatuh hati dengan sikap Erhan kepadanya. Dia yakin semua lelaki tidak sama. Contohnya Erhan. Akan tetapi tidak semua pasangan akan berakhir dengan bahagia. Adakah mereka termasuk pasangan itu?
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 90,452
  • WpVote
    Votes 4,031
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
C | Obsessed Mafia: Tengku Carlind  by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 67,654
  • WpVote
    Votes 1,806
  • WpPart
    Parts 37
Tengku Carlind x Maisarah Amaliana "I love you, my wife." Kehidupan Maisarah tidak sama dengan kehidupan keluarga lain. Keluarga mereka tidak pernah menganggap Maisarah adalah sebahagian keluarganya. Pada ketika ini Maisarah di halau dari rumah oleh ibunya sendiri. Sudah 5 bulan Maisarah duduk di bawah jambatan. Tidak ada seorang pun yang mahu tolongnya. Pada suatu hari.... "Cik?" - Tengku Carlind "Saya minta maaf kalau kehadiran saya membuatkan keluarga encik tidak selesa." - Maisarah Amaliana Pertemuan yang tidak jangka membuatkan mereka berdua dalam satu ikatan. Maisarah dan juga Tengku Carlind saling mencintai. Tapi mereka tidak sedar bahawa.... "But why did you choose to keep all this a secret?"
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete) by hawadyraa
hawadyraa
  • WpView
    Reads 417,416
  • WpVote
    Votes 13,929
  • WpPart
    Parts 59
Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah dia berjumpa dengan heronya. Aryan Wong, seorang lelaki yang digelar sebagai seorang badboy oleh orang yang mengenali dirinya. Dirinya dilimpahi dengan kesenangan dari kecil lagi. Tak pernah bercinta sehinggalah dia berjumpa dengan heroinnya. Mula-mula, tak nak pun ada walau satu perasaan. Lama-lama, terbit rasa cinta di dalam hati Alia dan Aryan. Dengan Alia yang menawan dan Aryan yang jenis melindungi, hidup mereka saling melengkapi. Namun, tindakan Aryan yang telah menolak cinta Alia membuatkan Alia beralih arah. Dan apabila Aryan mula menyedari hatinya mula terpaut pada Alia, adakah dia dapat menawan hati Alia semula? start: 7 March 22 re-publish: 12 May 22 end: 10 June 22
C| Rayyan's Everything [OLD VER] by umyhaise
umyhaise
  • WpView
    Reads 946,606
  • WpVote
    Votes 32,168
  • WpPart
    Parts 56
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi mendidik adik-adiknya bagi menggantikan tugas ibunya yang sudah meninggal dunia. Kehilangan si ibu membuatkan dia dipersalahkan oleh keluarganya hingga ada yang membenci. Bila sabarnya dicabar, Areena tetap berdiam dan menerima hingga lah suatu hari dia mula mengalah. Disebabkan itu, dia terfikir untuk keluar dari rumah si nenek dan menghantar adik-adik tinggal bersama ayah yang sudah lama tinggal jauh dari mereka. Tika keliru dengan keputusan sendiri, gadis muda yang dulunya bersifat baran itu melepaskan amarahnya sambil menangis di sebuah tempat. Tempat yang dia sudah yakin tiada sesiapa di situ. Kata-kata yang diterima dari seseorang yang tiba-tiba hadir tanpa diundang telah membuatkan gadis muda itu dapat menerima apa yang akan berlaku akan datang. Akhirnya, dia nekad. Berjauhan dengan yang tersayang, memang sakit. Namun, tidak sesakit bila melihat mereka mengetahui masalahnya. "Stay with me forever and I would make you the happiest woman." -Rayyan Iskandar "Awak yakin sangat ke dengan kata-kata awak tu?" -Humaira Areena Dua tahun. Hingga sekarang. Bohonglah jika gadis itu tak mahu tahu tentang gerangan yang telah menjadi temannya ketika dia menangis teruk dulu. "𝐼 ℎ𝑜𝑝𝑒 𝑤𝑒 𝑤𝑖𝑙𝑙 𝑚𝑒𝑒𝑡 𝑎𝑔𝑎𝑖𝑛..." 𝐫𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 #2 romance [140522] #1 life [070922] #1 lovestory [161022] Started: 15/03/22 End:17/09/22
My Playboy Teacher | COMPLETE by CikPeanut
CikPeanut
  • WpView
    Reads 229,551
  • WpVote
    Votes 7,592
  • WpPart
    Parts 61
"I still remember the first day I met you." Puteri Aalisya Aryanna,gadis berusia 17 tahun yang terpaksa menikah dengan abang angkatnya untuk mewarisi harta wasiat peninggalan arwah neneknya. Tengku Irfan Rayyan,playboy berjaya dalam abad ini.Tapi cinta matinya hanya untuk Rafina,si bekas kekasih yang telah meninggalkannya.Gadis yang dianggap sebagai adik kini menjadi isterinya. "Papa,please.Isya taknak kahwin dengan abang Rayyan." "Apa salahnya kalau kamu berdua kahwin.Dia tu kan cikgu.Kalau dah kahwin kan senang nak ajar kamu." Demi memenuhi permintaan terakhir arwah neneknya,gadis muda seperti Aalisya terpaksa menggadaikan masa hadapannya. Saat mereka cuba mencapai kebahagiaan bersama, orang ketiga muncul. Perkahwinan mereka bagai retak menanti belah. Diri Aalisya pula berada didalam bahaya. Apa yang akan terjadi? Adakah Rayyan akan menjadi hero untuk isterinya? #1 in stalker 🌟 #1 in wasiat 🌟 #1 in hati🌟 #1 in wattyawards🌟 #1 in prank🌟 #1 in diva🌟
Sleeping Prince Love (✔Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,449,943
  • WpVote
    Votes 91,024
  • WpPart
    Parts 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan. Apa yang dia mahukan hanyalah sebuah keluarga yang bahagia dan ihsan daripada bapanya. Namun, baginya itu takkan pernah menjadi realiti. Kisahnya tak seindah cerita Cinderella namun dia harap kesudahannya adalah bahagia. Tengku Fikh Fakhrullah- Lelaki yang dikelilingi cinta dan kasih sayang. Dia sempurna segalanya. Impiannya adalah mahu menjadi suami kepada tunangnya, Qurratun yang amat dicintainya. Namun, bukan semua orang ada kisah yang gembira. Penghujungnya, dia hilang satu-satunya perempuan yang dia cinta. Mereka berdua memiliki latar belakang yang berbeza namun siapa sangka mereka mampu membina takdir mereka bersama. Bila takdir itu memiliki, kisah mereka tercipta.Bila cerita Cinderella dan Sleeping Prince diriwayatkan dalam satu buku, penghujung cinta mereka mungkin berbeza.
ENCIK CEO ITU SUAMI AKU (COMPLETE ✔️)  by eunsha_b
eunsha_b
  • WpView
    Reads 138,942
  • WpVote
    Votes 2,910
  • WpPart
    Parts 75
Kisah seorang wanita yang dijodohkan dengan CEO kacukan orang putih yang pendiam akibat mempunyai kisah silam yang gelap. Setelah bertemu dengan jodohnya, dia menjadi seperti dahulu lagi. 𝐀𝐲𝐫𝐚𝐌𝐞𝐥𝐢𝐬𝐚𝐗𝐊𝐚𝐫𝐥𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧