itswanaaa_
Arash Mikael | Aurellia Medina
Segalanya bermula dengan satu contengan nama di atas meja kelas yang diconteng oleh 'kawan' Arash Mikael dan membuatkan seorang Aurellia Medina - seorang pengawas yang tegas, hampir naik angin.
"Bodoh betul la ! Haa, siapa la yang buat ni ! Hishhh, menyirap darah aku !"
Masa berlalu. Sekolah tinggal kenangan. Aurellia sibuk mengejar cita-cita nya, manakala Arash hilang entah ke mana selepas tamat SPM. Beberapa tahun kemudian, takdir membawa mereka bertemu kembali - tapi bukan lagi di sekolah, tapi di dunia nyata yang jauh lebih rumit.
"Aku tak pernah lupakan kau."
Selepas mereka disatukan atas dasar cinta, semuanya tampak sempurna... tetapi kebahagiaan itu rupanya seketika sahaja.
"Kalau dia tak boleh jaga kau, biar aku yang jaga kau, Aurellia."
Dan secara tidak langsung, 'orang baru' muncul untuk memusnahkan hubungan mereka berdua.
"Jadi macam ni, kalau kau tolong aku, kau akan dapat Aurellia dan aku akan dapat Arash."
"AKU TAK BUAT SEMUA BENDA NI !!"
Selama ini, semua menyangka bahawa dia yang menyebabkan kekacauan ini. Tapi hakikatnya, dia digunakan oleh seseorang untuk menutup kesalahan 'orang itu'.
"Kau dah berubah Arash. Kalau kau penat, kenapa kau still kat sini ?"
"Sebab... aku nak KITA. Walau apa pun yang terjadi."
Apa yang akan terjadi dengan hubungan Arash dan Aurellia? Adakah 'orang itu' mampu memusnahkan masjid mereka berdua? Siapakah 'orang itu'?
START : 18 - 03 - 2026
END : ??