<3
26 stories
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 410,979
  • WpVote
    Votes 31,056
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 389,779
  • WpVote
    Votes 22,549
  • WpPart
    Parts 48
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 990,032
  • WpVote
    Votes 66,282
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,925,102
  • WpVote
    Votes 68,488
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance - stand alone] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 715,159
  • WpVote
    Votes 26,732
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
REVIRA : The Seductive Villain by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 1,659,826
  • WpVote
    Votes 40,700
  • WpPart
    Parts 68
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
TWISTED REVENGE (C) (In-editing) by VeilObsidian
VeilObsidian
  • WpView
    Reads 1,503,340
  • WpVote
    Votes 13,109
  • WpPart
    Parts 21
[ DALAM PROSES PENGEDITAN] Kerana benci, dia yang tidak berdosa menjadi mangsa. kerana dendam, harga dirinya diragut paksa, Kerana cinta, dia rela mengalah. ---- TIARA SAZEEHA, gadis bisu dari kampung yang kehilangan kedua ibubapanya dalam kemalangan. diambil oleh ibu saudaranya hidup bersama di bandar Kuala Lumpur mengenangkan tinggal dia sebatang kara. Kehadirannya disambut baik oleh keluarga kaya itu meskipun dia cacat suara. Namun hari hari cerahnya bertukar gelap sejak kedatangan lelaki bermata hijau dan bertatu itu. "So what? Berapa harga maruah kau dan keberanian kau untuk gugurkan budak itu? Just say it, i will double the amount" Tengku Leo Iraez D'Alviero. Tiara buntu mencari pertolongan, dia bisu, miskin dan yatim piatu. Siapa saja yang akan percaya akan kejujurannya? Mustahil akan ada yang percaya kalau dia bilang dia telah di aniaya. "Pandang abang, Tia. Abang janji akan bertanggungjawab atas apa yang jadi pada Tia, Kita akan hadapi ujian ini sama sama" Tengku Isma Hamri D'Alexsandro. Melihat sepupu sekaligus musuh ketatnya itu maju dengan yakin mengatakan kalau dialah ayah kepada anak dalam kandungan Tiara. Hati Tengku Leo mengeledak panas. Bukan kerana Tiara, tapi kerana sikap Tengku Isma yang sentiasa menjadi hero di depan mata semua orang. Muak! Benci! "Aku takkan benarkan kau dapat segala-galanya, Isma. Aku akan rampas satu satunya dunia kau dan buat kau hancur!" Dan Tengku Leo tahu, Tiaralah dunia Tengku Isma. Renungan Tengku Isma setiap kali menatap Tiara menjadi jawapan kukuh untuknya menggunakan gadis tak bersalah itu tempat pelempias dendam. Untuk itu dia nekad merampas Tiara dari Tengku Isma. "Lepas bayi itu lahir. Aku akan ceraikan kau. Faham?" Tengku Leo. ⚠️Bacaan Dewasa ⚠️Bahasa santai credit to : Terinspirasi dari The Silent Marriage from @user69540117
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 3,141,363
  • WpVote
    Votes 192,673
  • WpPart
    Parts 52
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cinta pandang pertama? Nonsense. Tapi memang benar dia sudah jatuh suka pada pandang pertama. Saat salam perkenalan yang dihulur disambut, bermulalah titik permulaan kisah manusia antara dua dunia yang berbeza. "Jom kita couple." ~Tunku Niel "Saya tak nak kita couple. Tapi saya nak kita bercinta." ~Qhaiyra Aralyn. Qhaiyra Aralyn terima. Dia suka Tunku Niel. Dia suka lelaki misteri disebalik mask emas itu. Namun dia terima Tunku Niel pada akhirnya. Lumrah bercinta. Hanya indah pada mulanya. "I hate violence. Mafia. Gangsters. Everything." ~Qhaiyra Aralyn Bimbang gadis itu akan terluka dengan kenyataan yang bakal diterima. Bimbang terancam keselamatan si pemilik hati. Tunku Niel memilih untuk menjauh. Angel deserves someone better. Tunku Niel pulang semula ke agenda asalnya. Dia perlu cari Helenna Mia D'Angelo dengan segera. Tanpa Tunku Niel sedar, Qhaiyra kecewa. Qhaiyra terluka. Tanpa khabar. Tanpa nota. Tunku Niel menghilang begitu sahaja. Dan di saat Qhaiyra Aralyn tersedar akan sesuatu, dia yakin Tunku Niel adalah si lelaki misteri di sebalik topeng emas itu. "You hate violence. You hate mafia. You hate gangsters. Remember?" ~Tunku Niel "I do hate violence. I do hate mafia. I do hate gangsters. Tapi saya tak benci cinta saya." ~Qhaiyra Aralyn "Kita sama-sama pernah terluka. Sekarang, terima saya sepenuhnya. Kita akan bahagia. Itu janji saya." ~Tunku Niel
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [TERBIT] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 274,284
  • WpVote
    Votes 436
  • WpPart
    Parts 1
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn ZAYN CHESTER - Seorang kapten bola sepak kelab Thunderhawks yang terkenal dan berjaya. Dia sentiasa tegas dan bertanggungjawab. Di mata dunia, dia seorang yang sempurna dan tiada kelemahan. HAZI MARILYN - Seorang kapten juruterbang yang egois dan keras kepala. Dia akan mewarisi legasi keluarganya sebagai CEO Royal Sky Airlines. Tapi, bersyarat... Tanpa diduga, satu insiden yang berlaku menyebabkan berita palsu melibatkan mereka berdua tersebar di serata dunia. Satu kebetulan yang tak terduga, Hazi memilih Zayn untuk berlakon menjadi teman lelakinya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh datuknya. "Fake boyfriend?" - ZAYN CHESTER. "Untuk pengetahuan, kau bukan orang pertama dalam senarai aku." - HAZI MARILYN. "Dan kau rasa aku akan setuju begitu sahaja?" - ZAYN CHESTER. "Kau bukan buat kerja amal. I pay you." - HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." - ZAYN CHESTER Pertikaian berlaku tapi akhirnya mereka mencapai kata setuju. Namun ego masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. "You think you're special to me? Not even a bit."- HAZI MARILYN "Kau pilih aku berbanding semua lelaki yang dekati kau. Boleh kau jelaskan?" - ZAYN CHESTER "Cukup, Zayn. Aku penat." - HAZI MARILYN "Penat dengan aku? Atau penat dengan perasaan kau yang kau sendiri takut nak hadap?" - ZAYN CHESTER Mengelak dan menjunjung ego masing-masing, akhirnya perpisahan menjadi pilihan. Pun begitu, cinta yang sudah lama tumbuh tak pernah mati. Persoalannya, bolehkah cinta yang dipendam itu mengalahkan ego sendiri? Mungkinkah akan ada ruang untuk mereka kembali bersama? [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]