tikassalimm's Reading List
2 stories
Mi Esposa (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 7,955,847
  • WpVote
    Votes 210,410
  • WpPart
    Parts 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. Dibenci oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria iaitu janda beranak satu. Kehidupannya tidak ubah seperti berada didalam neraka selama berada dirumah itu. Disaat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu. Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampan itu tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman sebelum ini. Aura yang terdapat pada lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat. "I love my husband and you are my husband"- ARISA RANIA Namun perkahwinan yang awalnya bahagia mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Adrean mula terbongkar. "Yes, yes I kill them. My sins were terrible indeed. But they taught the world to fear me, and that fear protect my family and my people"- TENGKU ADREAN RUIZ Holy Dragon? Rahsia apa yang tersembunyi disebalik nama itu? Kumpulan Mafia? Atau pasukan perisik? "Dragón siempre será el dragon"
DIA, LELAKI MISTERI✓ by allyn_allyn
allyn_allyn
  • WpView
    Reads 847,378
  • WpVote
    Votes 44,851
  • WpPart
    Parts 64
Awalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan dikelilingi oleh ramai lelaki bertubuh tegap dan berpakaian serba hitam. Mungkin nasib baik tidak menyukai dirinya, sudah tentulah perbuatan itu diketahui dan dia menjadi buruan penjenayah serba hitam itu. Ya, jalan cerita memang cliché apabila dia dikejar sehingga tersesat memasuki lorong kecil. Lari punya lari, jalan keluar tetap tidak dijumpai. Kalau dah namanya jadi buruan, mestilah sampai ke lubang cacing hidupnya diburu. Walau jauh mana dia menjauhkan diri. Sungguh, dunia terasa terlalu kecil apabila sekali lagi dia dipertemukan dengan si pemburu. Tetapi dalam dua situasi yang berbeza. Pemburu hidupnya ialah seorang lelaki. Dan lelaki itu, terlalu misteri untuk dijangka apa yang berada di fikirannya. Sungguh! All Right Reserved By Ally