flwershaee
- Reads 140,278
- Votes 277
- Parts 1
[⚠️] A spin off : My Darling Darlina
Known as Dia Pendusta Cinta
Zayden tidak pernah melupakan Daniel, manusia yang telah menyelamatkannya daripada kemalangan dulu. Dua tahun berlalu, Daniel pernah hadir dalam hidupnya pada saat paling sukar sekaligus menjadi kawan baiknya.
Namun selepas mereka terpisah, Daniel menghilang tanpa meninggalkan sebarang jejak. Zayden mencarinya. Sehinggalah dia bertemu dengan Airina, gadis mempunyai pertalian darah dengan Daniel.
"Aku bukan orang jahat. Aku cuma nak tanya. Kau ada kaitan dengan Daniel ke?" - FARID ZAYDEN
"Ya, saya kakak dia. Kenapa cari Daniel? Dia ada hutang dengan awak ke?" - AIRINA SOFIA
Semakin Zayden cuba mendekati Airina, semakin banyak perkara yang tidak masuk akal terjadi.
Airina sepertinya tahu sesuatu tentang Daniel tetapi enggan mengakuinya. Setiap kali nama Daniel disebut, wanita itu akan berubah dan cuba menjauhkan diri. Apabila Zayden akhirnya bertanya tentang Daniel, jawapan Airina membuatkan dunianya seakan-akan berhenti.
"Daniel tu dah lama meninggal. Takkan kau tak tahu?" - AIRINA SOFIA
Namun, jika Daniel benar-benar sudah tiada, mengapa Airina kelihatan takut setiap kali Zayden cuba mencari kebenaran? Rahsia apa sebenarnya yang cuba Airina sembunyikan darinya?
"Kenapa setiap kali aku tanya pasal Daniel, kau takut? Ke... kau bunuh dia?" - FARID ZAYDEN
"Kalau betul pun aku bunuh dia, apa masalah kau?" - AIRINA SOFIA