Melayu
2 cerita
Jarak Umur Antara Kita | C oleh farahnotfara
farahnotfara
  • WpView
    Membaca 778,035
  • WpVote
    Vote 4,724
  • WpPart
    Bab 7
Baihaqi, seorang jejaka yang berumur 34 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis yang berumur 23 tahun yang bernama Aleesya Qaisara. Konflik bermula pada awal pernikahan mereka lagi dimana Baihaqi tidak dapat menerima Aleesya Qaisara sebagai isterinya. Umur Aleesya Qaisara yang terlalu muda untuk Baihaqi itu telah menyebabkan dia tidak dapat layanan yang selayaknya dia terima sebagai seorang isteri. Baihaqi kerap kali menganggap dia sebagai budak-budak. Tidak matang. "Minum duduklah abang." -Aleesya Qaisara "Kau tak payah nak mengajar aku lah. Kau tu cuma budak muda yang tak matang!" -Baihaqi Baihaqi juga kerap memperlekehkan apa-apa yang Aleesya Qaisara lakukan. Baihaqi selalu anggap budak muda seperti Aleesya Qaisara hanya akan menimbulkan masalah dan tidak akan pernah menyenangkan dirinya. Namun, lama-kelamaan perlakuan seorang isteri yang ditunjukkan oleh Aleesya Qaisara semakin lama mula menjentik hati Baihaqi. Aleesya yang selalu mengemas tempat tidur mereka, Aleesya yang selalu membasuh baju mereka, Aleesya yang selalu menyediakan makanan buat dia. Tetapi, satu konflik sebenar mula timbul apabila Aleesya sendiri mendengar pengakuan suaminya terhadap rakan-rakannya. Selain itu, satu pengakuan baru yang disebut oleh Baihaqi benar-benar menjatuhkan hati Aleesya Qaisara ke lubuk yang paling dalam. "Eya, you matang. Nampak berkerjaya. Kenapalah I tak kahwin dengan you dari mula lagi?" -Baihaqi
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ oleh Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Membaca 425,495
  • WpVote
    Vote 23,096
  • WpPart
    Bab 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021