Favv
69 stories
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 398,662
  • WpVote
    Votes 28,784
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 197,169
  • WpVote
    Votes 8,838
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 395,700
  • WpVote
    Votes 27,842
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE] by NourZefe
NourZefe
  • WpView
    Reads 79,137
  • WpVote
    Votes 4,754
  • WpPart
    Parts 50
Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.
VIVY : BUNGA MILIK RAFIQ | C | by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 252,302
  • WpVote
    Votes 14,045
  • WpPart
    Parts 71
Rafiq Harez x Vivy Camelia Dua tahun perkenalan antara Rafiq dan Vivy bermula tanpa janji, hanya sebuah perkenalan yang sederhana. Namun, satu insiden telah menjadi detik yang merapatkan mereka tanpa sedar. Rafiq tidak mengambil masa yang lama untuk sedar yang dia sudah jatuh hati, dan lamaran demi lamaran dihulurkan dengan harapan. Namun, setiap kali itu, Vivy menolak. Bukan kerana dia tidak suka, tapi ada sesuatu yang menahannya daripada menerima cinta dari Rafiq itu. "You ada bad history dengan lelaki ke, moi?" "Kind of..." Jawapan separuh hati itu terus menghantui fikiran Rafiq. Apa sebenarnya yang cuba Vivy sembunyikan? Dan ketika Rafiq hampir berputus asa, satu peristiwa yang tidak disangka- yang baginya cukup kelakar- telah mengubah segalanya. Kali ini, Vivy menerima lamarannya. Sebuah kisah cinta santai tentang sabar, rahsia yang terpendam, dan momen-momen kecil yang membawa makna yang besar. Dalam hidup, kadang-kala cinta tak datang dengan bunga dan puisi... tapi dengan tawa dan momen yang tak disangka-sangka. Rafiq Harez Bin Ghaz: • Soft spoken • Kuat mengusik • Berjiwa muda • Kuat cemburu • Suka lari dari masalah. Pendam. Vivy Camelia Binti Ashraf Ivan Tan: • Extrovert • Berdikari • Suka berterus terang • Cepat annoyed • Suka memberontak tapi ada sisi lembut untuk certain people ❗ Slow burn ❗ Start: 31/5/2025 End: 28/12/2025
[C] AMRAN DEINZ  by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 164,831
  • WpVote
    Votes 5,476
  • WpPart
    Parts 56
| Spin-off Isi Hati Erina Wardah | Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya pertemuan kali pertama antara Anastasia dan Amran. Pertemuan yang menyebalkan dan yang paling penting... Dibencikan! Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci nanti melekat ke hati. Ana akui itu tapi dia juga sudah punya kekasih hati di tanah air sendiri. Oleh itu, dia perlu setia dan percaya. Namun kepercayaannya pada si kekasih hati punah saat ketahuan curang di belakangnya selama ini. Dasar jantan tak guna! Hati Anastasia hancur berkecai. Berderai. Bersepai. Namun hadirnya Amran, mengutip semula serpihan hati itu lalu mencantumkannya semula menjadi hati baru. "Kau nak pinjam bahu aku tak?" -Amran Deinz "Untuk?" -Anastasia "Untuk kau bersandar. Kutlah kau penat dengan hidup ni. Bolehlah kau sandarkan kepala kau dekat bahu aku." Hidup mereka bahagia, langsung tiada masalah. Sehinggalah timbulnya fitnah yang membuatkan Amran mula curiga dan ragu-ragu dengan cinta Anastasia. "Bila aku kata aku cinta dan sayangkan kau sangat-sangat, aku tak pernah main-main. Bila dengar kau kata kau cintakan aku juga sangat-sangat, sumpah cakap aku sangat bahagia dan gembira. Tapi bila benda ni jadi, aku mula ragu-ragu dengan cinta kau, Embun. Kau...betul-betul sayangkan aku? Atau kau masih punya perasaan dengan dia?" Apa semua ni? Anastasia buntu. Mahu dijelaskan perkara sebenar, Amran sudah lancar perang dingin dengannya. Macam mana dia nak tarik semula kepercayaan Amran tentang cinta yang tak hitung dia pada si sang suami ni? Mampukah hubungan mereka berbalik seperti dulu? Tenang dan bahagia? Atau malah sebaliknya? Silakan dibaca... -Light story -Comedy Romance
ELLZAN : ARMOR by Onlymeira
Onlymeira
  • WpView
    Reads 64,267
  • WpVote
    Votes 2,771
  • WpPart
    Parts 69
(COMPLETED) "Two souls don't find each other by simple accident." ⚜️⚜️⚜️ [Ellzan × Darya] Dahulu mereka menjadi watak sampingan dalam sebuah penceritaan ini. Namun kerana sebuah pertemuan, mereka menjadi satu. Atau mungkin tidak? "Ellzan, kau betul-betul serius dengan aku ke?" -Siti Darya. Darya sudah lelah untuk percaya pada sebuah harapan lagi. "I lay down this armor for you." -Tengku Ellzan. Meraih sebuah kepercayaan bukan sesuatu yang mudah buat mereka berdua. Tetapi satu sahaja yang membuatkan mereka akan saling bersatu. Pengorbanan.
TeenFiction : Hadi & Hana ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 267,916
  • WpVote
    Votes 15,280
  • WpPart
    Parts 70
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla, mencintai Hadi Ehsan pula adalah minat Hana Hayla. Sekadar suka-suka. Tapi dia betul-betul suka Hadi Ehsan! Sayang sekali Hana Hayla bukan selera Hadi Ehsan. Jangan katakan sebelah mata, sekilas pun tidak dipandang. Setiap hari ada sahaja akal mahu menambat Hadi Ehsan. "Hadi, Hana ada buatkan roti sardin untuk Hadi. Ambillah, makan waktu rehat nanti tau?" Mata dikenyitkan kepada Hadi. "Saya tak makan sardin." Tolak Hadi senada lalu bekal ditolak ke tepi tanda tidak mahu menerima. Dalam kegembiraan seorang Hana Hayla terselit beribu duka. Keluarga yang berpecah-belah, Penyakit derita yang ditanggung, Apa tiadakah sekelumit bahagia buat Hana Hayla? Diterima Hadi Ehsan atau terus diabaikan? - "Kalau pun semua orang benci kau, aku tetap akan ada." Syara menarik rapat tubuh Hana ke dalam pelukan. - Apa kisah mereka? Apa jalan cerita mereka? Kejar-mengejar hingga tidak terkejar. - Start : 7/7/2021 End : 20/1/2023 End : 9/3/2025 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
𝐇𝐀│Crush Or Husband? [C] by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 96,174
  • WpVote
    Votes 3,659
  • WpPart
    Parts 51
𓊈𒆜𝕳𝖚𝖘𝖇𝖆𝖓𝖉 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟑𒆜𓊉 (Vol 1 & 2 finished!!!) "𝐎𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐉𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐲" ━━━━━━ Dari jauh, Arissa Humaira hanya mampu memandang. Dia, si gadis biasa, jatuh hati pada Mikha Aryash, senior yang tak pernah peduli akan wujudnya. Popular, pendiam, dan terlalu dingin untuk disentuh. Tapi satu insiden membuka langkah pertama. Dan bila Mikha mula menjauh, Arissa mula menghampiri. "Mikha! Saya suka awak, awak suka saya tak?" katanya-dengan senyuman paling berani yang pernah dia lemparkan. Semakin Mikha berdiam, semakin Arissa menyerang dengan kasih sayangnya. Setiap penolakan, setiap pandangan kosong, tidak pernah mematahkan semangat gadis itu. Hatinya sudah memilih. Dan Mikha... harus jadi miliknya. Namun saat hati Mikha mula terbuka, takdir merampas segalanya. Mikha terbang ke luar negara, meninggalkan cinta yang baru hendak bermula. Bertahun-tahun kemudian... Mereka bertemu semula. Dewasa. Berbeza. Tapi hati masih mengenal rasa yang lama. Dan saat mereka akhirnya halal, bahagia yang diimpikan datang dengan luka yang belum sembuh. Trauma silam Arissa kembali menghantui, menggoyahkan apa yang telah mereka bina bersama. "Saya tak sanggup lagi Mikha, tolong saya. Tolong saya, Mikha." "Saya akan lindungi awak buat selamanya. Saya akan buat apa-apa sahaja untuk awak." Sebuah kisah tentang cinta yang dikejar tanpa lelah, perpisahan yang mendewasakan, dan perjuangan dua hati yang enggan menyerah, kerana mereka tahu, cinta yang benar... tetap akan pulang. [2025] ~sequel Cousin Or Husband? ~dont plagiat ~feel free to read and vote. cringe alert🚨