khleenaa_'s Reading List
5 cerita
THE LOVE SETS oleh theaciels
theaciels
  • WpView
    Membaca 806,951
  • WpVote
    Vote 36,435
  • WpPart
    Bab 64
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della. highest ranking : #1 in atlet #1 in sukan #1 in usaha #1 in volleyball #1 in effort #1 in rich
Leo's Sweetest Poison [TERBIT]  oleh nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Membaca 723,670
  • WpVote
    Vote 6,553
  • WpPart
    Bab 13
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨
UNKNOWN [COMPLETE] oleh CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Membaca 1,209,953
  • WpVote
    Vote 94,274
  • WpPart
    Bab 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Sweet Punishment  [ in editing ] oleh uchisske
uchisske
  • WpView
    Membaca 280,418
  • WpVote
    Vote 9,012
  • WpPart
    Bab 36
Ayish Aiman x Aleesya Nabilah cerita rekaan semata-mata, tiada berkaitan yang hidup ataupun yang mati. ________ Aleesya tidak menyangka hubungan cinta yang dibina selama ini hancur begitu sahaja apabila mengetahui kekasihnya berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri. Hancur luluh hatinya, namun Aleesya tidak mahu terus meratapi nasib. Demi membalas dendam, dia mengambil keputusan yang nekad berkahwin dengan Ayish, pak cik sepupu kepada bekas kekasihnya. Pada awalnya, perkahwinan itu hanya sekadar perjanjian tanpa cinta. Namun, sedikit demi sedikit, kebahagiaan mula menyapa hati Aleesya apabila Ayish melayaninya dengan penuh kasih sayang. Hubungan mereka semakin erat dan cinta mula berputik. Namun, ketika kebahagiaan terasa semakin dekat, sebuah rahsia dari masa silam Ayish terbongkar, membuatkan Aleesya mula meragui keikhlasan suaminya. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Ayish? Mampukah Aleesya menerima kenyataan tersebut, atau kebahagiaan yang baru dibinanya akan runtuh sekali lagi? _______ ⚠️ 18+ (c) 2023