My Fav <3
5 cerita
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz oleh nu_haina
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz
nu_haina
  • Membaca 1,238,323
  • Suara 47,172
  • Bagian 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-
Jamil VS Tipah oleh karyaseni2u
Jamil VS Tipah
karyaseni2u
  • Membaca 5,188
  • Suara 215
  • Bagian 10
"Duduk betul-betul boleh tak? Kereta dah senget ke tepi, saya nak lalu jalan berselut ni. Nanti kereta tenggelam, habis kita!" - Jamil "Eh, kau berhenti sekarang! Kau nak suruh aku turun, sebab aku buat kereta kau berat, kan, kan?!" - Latifah Latifah geram. Laser betul Jamil, ada saja modal nak bagi dia sakit hati. Persahabatan mereka sejak kecil terus berantakan gara-gara salah faham. Lebih memeningkan, mereka terpaksa bekerjasama bila kampung pula diserang 'orang minyak'. "Baik kamu kahwin, jangan nak jual mahal sangat, Tipah! Orang minyak ni cari anak dara!" "Eh, kau suka kakak bomboloni montel kau tu ke? Cakap ajelah kalau suka!" Jamil nekad mahu memperbaiki hubungan mereka. Latifah buat tidak endah, hanya ambil pendekatan untuk tidak menyerah kalah. Namun, kehadiran si cantik jelita menyebabkan jiwa kentalnya menjadi goyah. "Akak jangan mimpilah nakkan Jamil. Akak bukan taste dia." - Airin Latifah keliru. Aku suka Jamil? No! It's weird, okay? Lagipun, dia Jamil. Aku Latifah. Macam watak utama filem Madu Tiga. Entah-entah kalau terima, aku berpotensi untuk bermadu! Hesy, gadis itu bertambah seram. Tak mungkin mereka saling mencintai! "Biar saya jadi mahram awak, suami awak, Tipah." Argh, kegilaan apakah ini?! Latifah mahu pengsan!
HANYA UNTUK SEDETIK ✔️ oleh nurnaein
HANYA UNTUK SEDETIK ✔️
nurnaein
  • Membaca 170,065
  • Suara 7,412
  • Bagian 45
Uzzair | Camelia Segalanya bermula dengan pendustaan. Sepanjang hidup, pernah kau buat keputusan meninggalkan sesuatu yang sempurna demi mengejar sesuatu yang tidak pasti? --------------------- Hidup adalah pilihan. Kata orang, pilihan itu di tangan sendiri. Semestinya, benar sekali. Mengapa harus biarkan orang lain yang menentukan haluan hidup yang bakal kita lalui? "Awak yakin?" "Yakin, sebab itu jalan yang terbaik. Saya dah tak sanggup jadi hipokrit dan berpura-pura depan semua orang. Jadi tolong..." "Baiklah. As you wish. Tapi jangan pernah menyesal dengan pilihan ni." Ternyata, benar juga. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Andai saja boleh diputarkan waktu, takkan mungkin dia mengambil keputusan segila itu. Gila. Sungguh, dia menyesal! "Kalaulah..." Tidak pernah ada istilah 'kalau' kerana kehidupan juga berlandaskan takdir. Sudah terhidang peluang dan pilihan, mengapa dipersiakan? Di antara mereka, siapa yang akan berakhir dengan penyesalan? Benarkah pilihan yang telah mereka lakukan? Masihkah akan wujudnya sinar harapan? "Antara kau atau aku. Siapa yang pendusta?" "Kita." **** [Based on true story] •Digubah semula dengan idea author sendiri• No plagiat• Warning: Read carefully on each part. Don't skip any paragraph‼️
C | SUAMI 3 BULAN oleh ftnfzyyy
C | SUAMI 3 BULAN
ftnfzyyy
  • Membaca 959,399
  • Suara 45,544
  • Bagian 58
ROMANCE SERIES •°. *࿐ «1st story » ©2020• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚ AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA ˚ ༘♡ ·˚ Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak pernah sehaluan. Afiq Raihan dengan sikap yang menjengkelkan. Anis Raihanna dengan sikap garangnya. Pantang berjumpa pasti akan bergaduh! Pertunangan Anis Raihanna bersama Haiqal Iskandar menyebabkan mereka berdua terputus hubungan buat seketika. Namun apakan daya, takdir selalu menemukan mereka berdua. Maka terjadilah perang dunia ketiga! "Apa pandang-pandang, nak aku korek mata kau ke hah?'' - Anis Raihanna. "Siapa pandang kau hah, aku pandang makcik cleaner tu lah... Perasan." - Afiq Raihan. Hanya kerana satu peristiwa, mereka terpaksa bersama. Dalam diam Afiq Raihan dan Haiqal Iskandar mengikat perjanjian tanpa pengetahuan Anis Raihanna. Afiq Raihan berjanji akan menyerahkan Anis Raihanna kepada Haiqal Iskandar selepas tiga bulan mereka dinikahkan. Namun begitu, keadaan makin huru hara apabila Afiq Raihan mula menyedari perasaannya terhadap Anis Raihanna. Manakala, Haiqal Iskandar pula cuba mendapatkan Anis Raihanna daripada Afiq Raihan. Siapakah yang dapat memiliki Anis Raihanna? Haiqal Iskandar atau Afiq Raihan ? Ikuti kisah mereka untuk jawapannya! #1 in romance : 18 / 2 / 2022 © 2020 By ftnfzyyy All right reserved No plagiat allowed.
Bukan Untuk Dimiliki oleh appleflakes
Bukan Untuk Dimiliki
appleflakes
  • Membaca 4,304,655
  • Suara 251,991
  • Bagian 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.