Ongoing
44 stories
CASANOVA LOVE VOL 1 by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 94,757
  • WpVote
    Votes 9,487
  • WpPart
    Parts 38
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END:
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 69,193
  • WpVote
    Votes 3,087
  • WpPart
    Parts 18
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 by _theserra
_theserra
  • WpView
    Reads 439,784
  • WpVote
    Votes 11,040
  • WpPart
    Parts 37
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] 'Mengapa di saat cinta mula berputik, takdir seakan membawa haluan berbeza?' Mereka bertemu dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Mereka jatuh cinta pada waktu yang tidak sesuai. Dan mereka terikat dalam permainan yang tidak pernah mereka pilih. "Aku datang atas urusan kerja, bukan masa lalu." - Zenia Hudson "Kerja ya? Atau untuk cuci dosa lama kau?" - Aidan Hanif Pertemuan semula selepas bertahun itu membuka kembali luka lama, bersama kenangan yang selama ini cuba dikuburkan. Ketika empayar Hudson berada di ambang kemusnahan, Zenia dipaksa membuat pilihan. Mengorbankan cintanya atau menyelamatkan legasi keluarga. "Aku boleh stabilkan reputasi Hudson." "Tapi dengan satu syarat." - Aidan Hanif "Syarat... apa?" - Zenia Hudson "Kahwin dengan aku." - Aidan Hanif Saat kebenaran mula terbongkar satu persatu, Aidan tersedar bahawa wanita yang hadir membawa cahaya dalam hidupnya adalah orang yang sama hampir memusnahkannya. "Aku tak pernah bencikan kau... aku cuma benci diri sendiri sebab masih pilih kau." - Aidan Hanif Namun, sejauh manakah cinta mampu bertahan saat kepercayaan dikhianati? Antara cinta dan tanggungjawab, mana satu yang patut dikorbankan? Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra [ in revamp process ]
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 812,056
  • WpVote
    Votes 35,397
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 70,468
  • WpVote
    Votes 3,844
  • WpPart
    Parts 50
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar, kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
Qaid Alana by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 449,004
  • WpVote
    Votes 23,304
  • WpPart
    Parts 25
1ST ROMANCE TENGKU QAID HADYAN & ALANA AISYA | Grumpy x Sunshine | Setia - Elizabeth Tan. Peringatan : Kisah yang tiada manfaat. Sekadar suka-suka. Cringe area!
JANGAN HILANGKAN DIA (TERBIT) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 6,434
  • WpVote
    Votes 436
  • WpPart
    Parts 11
Aireen Medina dan Aireen Melissa. Sepasang kembar seiras. Tapi nasib tidak menyebelahi si adik Aireen Melissa kerana lahir dalam keadaan berpenyakit kronik Kedua-dua membesar menjadi gadis yang sangat cantik. Si kakak seorang yang ceria dari luaran tapi disebalik wajah yang ceria itu tersimpan satu luka yang diberi oleh ibu bapanya. Sehinggalah takdir menemukan Aireen Medina dengan Aidan Nufail di Universiti. Mereka mula berkawan dan berjanji untuk bersama suatu hari nanti tapi... "Lissa nak kahwin dengan Aidan." -AIREEN MELISSA Teganya seorang ibu apabila mengambil kesempatan ke atas anak yang sangat mendambakan kasih sayangnya demi kepentingan anak yang lagi satu. "Kalau Dina lepaskan Aidan, Dina boleh dapat Mama Dina balik?" -AIREEN MEDINA Baru sebulan perkahwinan mereka, Melissa disahkan meninggal disebabkan jatuh tangga ketika bergaduh mulut dengan Medina. "Kau pembunuh! Kau dah bunuh anak aku!" -PUAN ELIZA "Kau pergi dari sini! Mulai hari ini kau bukan anak aku lagi!" -TUAN SYAIFUL "Saya faham kalau awak tak rela kami kahwin tapi untuk bunuh Lissa... tergamak awak." -AIDAN NUFAIL Disebabkan tidak dapat membela dirinya, Medina pergi jauh meninggalkan mereka dan memulakan hidup baru. DIsaat kebenaran terbentang, Medina sudah hilang dari hidup mereka. Dapatkan Aidan mengembalikan Medina kedalam hidupnya? 'Tuhan, Jangan hilangkan dia lagi.'
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 1,518,869
  • WpVote
    Votes 46,956
  • WpPart
    Parts 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."
KHAIRIL'S: Her Protector [C] by alinrdzw
alinrdzw
  • WpView
    Reads 64,283
  • WpVote
    Votes 2,478
  • WpPart
    Parts 55
Karya Pertama KHP: KHAIRIL'S: Her Protector Romance - Protector ⚠️ BACAAN MATANG Adelina Sofea, seorang usahawan muda, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah selepas dikejar oleh lelaki misteri di satu malam gelap. Ketakutannya membawa dia ke dalam dunia Khairil Zafran, pengasas syarikat keselamatan elit, Zafran Elite Security yang muncul sebagai penyelamat tanpa diduga. Khai bukan sekadar melindunginya, malah mula melibatkan hati. Dalam diam, dia menjejak dalang di sebalik ancaman terhadap Lina. Terima kasih bagi yang support. Teruskan membaca. Jangan lupa komen & vote. Terima kasih kepada reader saya. Start: 8/8/2025 End: 27/10/2025