UmmiNazrul's Reading List
6 stories
My Husband Mr Bully? by starsvanilla
starsvanilla
  • WpView
    Reads 1,712,935
  • WpVote
    Votes 82,252
  • WpPart
    Parts 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwin dengan calon pilihan papanya. Dan paling teruk pilihan papanya ialah Adrian Harris! Adrian Harris. Namanya cukup gerun apabila disebut. Adrian memiliki pakej yang lengkap iaitu kacak, pandai, kaya, dan berbakat. Tetapi dia ialah pembuli?! You are really bad guy Adrian. "Awak ni tak cukup ke dah hancurkan zaman sekolah saya? Apa yang awak nak lagi daripada saya?"- Mia Elysha "Aku ni macam chewing gum. Kalau dah lekat, kau susah nak tanggalkan"- Adrian Harris Apa akan jadi apabila senior yang selalu bulinya muncul kembali? Saksikannya dalam novel My Husband Mr Bully?
MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 398,447
  • WpVote
    Votes 8,153
  • WpPart
    Parts 74
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Bukan mudah untuk jatuh cinta. Tetapi apabila cinta hadir, siapa kita nak menolak? Begitu juga dengan Kirana, seorang gadis yatim piatu yang bekerja sebagai pengasuh. Hatinya tidak mudah jatuh cinta sehinggalah dia diterima bekerja sebagai pengasuh dan pembantu di rumah agam milik Ashraff Nadim. Ashraff Nadim, seorang duda anak dua hidup bersama anak-anaknya, Nadine Aulia dan Aniq Haikal setelah bercerai dengan bekas isterinya setahun yang lalu. Dia trauma dengan perkahwinan terdahulu menyebabkan dia terus menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi. Namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menebak. Perkahwinan tanpa cinta termeterai di antara Ashraff dan Kirana. Nadine memberontak. Pelbagai cara dia lakukan untuk memisahkan papanya dan Kirana, termasuklah berkomplot dengan ibu kandungnya. Sikap Kirana yang tidak jemu mencurahkan kasih sayang pada Nadine dan Haikal, membuatkan hati Ashraff mula terbuka untuk menerima Kirana sebagai isterinya seikhlas hati. Tetapi adakah bahagia milik Kirana selamanya? Dapatkah Nadine menerima Kirana sebagai ibu tiri? Apa bayaran yang harus Kirana bayar untuk dapatkan kepercayaan dan kasih sayang dari orang yang disayangi?
Jiranku Paling Aku Benci! by pyioqioa
pyioqioa
  • WpView
    Reads 8,237
  • WpVote
    Votes 119
  • WpPart
    Parts 5
Nurul Aliyanina batrisya dan muhammad hafidz rizuan baru sahaja berjiran disitu, dan pada satu hari itu, ada satu tragedi membuatkan mereka benci saling benci. Setelah itu salah satu daripada dia orang sudah detik perasaan yang misteri timbul. Ya! Perasaan cinta. Adakah mereka bersatu? Adakah mereka menerima satu sama lain? Nurul Aliyanina batrisya Muhammad hafidz rizuan. Siti aliya. Muhammad firdaus.
Takdir Jodoh by yashushi2
yashushi2
  • WpView
    Reads 5,021
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 14
Ameliya Iskandar Ataupun yang lebih dikenali sebagai Mel atau Liya , dalam masa sekali lafaz telah sah menjadi isteri kepada Rayyan Nasarudin. Namun setelah bertahun masih juga belum mempunyai zuriat, membuat ibu Rayyan, Puan suzanna khuawatir. "Ma, Jangan risau okay? dokter cakap .. liya sehat. Cuma.. belum ada rezeki lagi." - Kata Ameliya. "Abang janji,walau banyak mana pun perempuan kat sana, abang masih pilih ya" - keluar nya ayat romantis Rayyan untuk mel/liya. Namun kehadiran seorang perempuan setelah 5 tahun berlalu nya membawa seorang anak lelaki menghadiri hidup Rayyan dan Ameliya hampir musnah. " I.. ... I Amira, Siti Amira dan ni Anak I, Ahmad danial bin Rayyan. " terketar ketar namun Amira memberani kan dirinya. " Im sorry?" " - Aeliya inginkan kepastian. " I siti Amira binti sufian, isteri kedua Rayyam Nasaruddin." Jelas amira dan menekannya. Jatuh Air mata Ameliya, lalu menungkup mulut nya. seakan tidak percaya. " No abang you dumb me! you dumb me with her! you cheating on me!" - Ameliya mengamuk sakan setelah mengetahui kecurangan suaminya. Namun apakah kesudahan nya? Adakah Ameliya menerima kenyataan dia bermadu?2
Mr. Dimple Yang Manis by sweetiftisour
sweetiftisour
  • WpView
    Reads 31,743
  • WpVote
    Votes 2,126
  • WpPart
    Parts 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin... Berbasa-basi tu jangan libatkan Ifti tak boleh ke? Dah la tengah frust menonggeng ni sebab crush tak notice. Huwaaa! "Takpe, aunty... Umar baru je minum sebelum datang sini tadi." Alhamdulillah... dia taknak minum. Jimat tenaga aku. "Mana boleh macam tu... Dah datang rumah aunty mestilah kena jamah air, at least. Dah la panas berdiri kat luar tadi." Mati terus rasa seronok aku yang cuma sempat beberapa saat aje berlangsung lepas dia kata dia taknak minum air tadi. Mama ni la... "Ifti pandai buat teh tarik ais kaw viral tau. Rugi kalau tak rasa." Hah, sudah! Nak bancuh sunquick pun aku dah malas teruk. Inikan pulak nak kena masak uncang-uncang teh atas api, buka tin susu lepastu tarik teh tinggi-tinggi--adoiyaiii... "Yeke, aunty..." Tanpa aku sangka, dia juga mengalihkan pandangan ke arah aku. Mata aku dan dia bertembung. Zapp!! Itu bunyi adrenalin aku yang mencanak-canak naik. Dup! Dup! Dan itu adalah bunyi jantung aku yang sikit lagi nak terkeluar dari dada. Fuh! Fuh! Dan itu adalah bunyi nafas aku yang tak sekata! Semuanya gara-gara apa yang berlaku sekarang. Dia tengah pandang aku dengan bibir yang melebar berpakejkan lesung pipit dalam dipipi dekat depan aku sekarang betul-betul buatkan aku terpana, tak berkutik. Subhanallah... Indahnya ciptaan tuhan... "Kalau macam tu boleh la... Teringin jugak nak rasa teh ais tarik kaw viral di rumah ni." "Okey." Itu bukan suara mama, tapi suara aku. "Nak letak boba pearls tak?" "Eh, bukan boba pearl dah habis ke?" Mama mencelah laju. Ya, dah habis. Tapi kalau dia nak, kaklong sanggup je masuk dapur uli pearl tu sendiri, ma... Semata-mata untuk dia. Untuk dia, Mr Dimple yang manis!
Hanya Satu : Aku & Kamu by RafZakki6
RafZakki6
  • WpView
    Reads 170,040
  • WpVote
    Votes 2,370
  • WpPart
    Parts 28
[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat perhatian sesiapa. Tapi,saya nak Encik tahu yang saya sanggup buat apa sahaja demi keluarga saya. Keluarga saya adalah segalanya untuk saya" -Hadi Iman "Aku tak sangka, kau still boleh survive walaupun hidup dalam keadaan susah macam ni. Kau memang malang. Dilahirkan dalam kemiskinan, disusahkan oleh bapa kau sendiri. Susah nak jumpa orang yang kuat macam kau." - Zafran Mikael