SthefanyAndy's Reading List
3 stories
PILIHAN HATI  by wanalareina_
wanalareina_
  • WpView
    Reads 697,164
  • WpVote
    Votes 13,489
  • WpPart
    Parts 59
Setiap yang berlaku adalah pilihan seseorang itu sendiri. Walau apa jua pilihan yang dipilih, jika sudah jodoh larilah sampai kehujung dunia pun pasti akan bertemu jua. Perkahwinan yang awalnya kerana ingin memenuhi hasrat orang tua kini berubah. Sedikit demi sedikit rahsia mulai terbongkar. Namun akankah kemanisan yang dirasai berkekalan hingga akhir hayat? Bahagia kah mereka atau putus di tengah jalan? Ikuti kisah seorang Luth Uwais yang jatuh cinta dengan si 'budak' Ayla Humairah. p/s jangan lupa vote and comment ya✨
HIS MAFIA SIDE [C] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 581,378
  • WpVote
    Votes 15,801
  • WpPart
    Parts 75
"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebaliknya, gadis itu ialah Mahairah, kakak kepada gadis yang dia sukai. Pertemuan yang tidak disangka telah menjentik semangat Muiz untuk menjadikan gadis itu hak miliknya walaupun dia terpaksa gunakan cara kasar sekalipun. Hal ini demikian kerana dia benar-benar telah jatuh hati kepada gadis itu. "Tugas seorang isteri cuma melahirkan anak dan melayan suami di ranjang. Kerja rumah semua ni biar hubby buat. Sayang tu permaisuri di dalam rumah ni." - Muiz. Mahairah tidak menyangka. Berkahwin dengan lelaki yang pernah dikatakan 'gila' itu membawa sinar bahagia dalam kehidupannya. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Muiz mendapat tahu bahawa Mahairah bukanlah gadis yang pernah dia sukai suatu ketika dulu. "Kau boleh terima hakikat tak yang aku dah tersalah pilih isteri. Sepatutnya aku kahwin dengan adik kau. Bukan dengan kau." - Muiz. "Tapi, kenapa baru sekarang? Lepas Mairah dah jatuh hati pada abang baru abang nak cakap macam ni." - Mahairah. "Bukan salah aku. Aku tersilap orang." - Muiz. Kata orang, cinta tidak boleh dipaksa. Mahairah reda sekiranya cinta Muiz benar-benar untuk adiknya. Mahairah mengalah dalam mempertahankan rumah tangganya. Namun, hubungan mereka semakin bertambah parah setelah Mahairah mendapat tahu bahawa Muiz bekerja bersama ahli kongsi gelap. Dia tidak dapat terima hakikat itu. "Kalau abang boleh cakap abang menyesal kahwin dengan Mairah, Mairah pun menyesal kahwin dengan abang. Mairah jijik dengan abang!" - Mahairah. Mahairah akhirnya pergi membawa diri. Fikirnya, dia selamat daripada neraka ciptaan Muiz, namun dia silap. Diculik oleh suami sendiri? Mampukah Mahairah melarikan diri buat sekali lagi?
Her Brother's Keeper  by Si_LangitSenja
Si_LangitSenja
  • WpView
    Reads 67,452
  • WpVote
    Votes 4,433
  • WpPart
    Parts 64
Menjadi anak bongsu dan satu-satunya perempuan dalam kalangan tujuh orang abang bukannya satu keistimewaan buat Alya. Di sebalik gelaran 'puteri', ada kasih sayang yang kadangkala terasa menyesakkan dan tembok perlindungan yang terlalu tinggi untuk dipanjat. Kehidupan mereka lapan beradik adalah simfoni yang pelbagai nada; ada abang yang tegas melindungi, ada yang lembut memujuk, dan ada yang diam memendam rahsia. Namun, tawa dan hiruk-pikuk harian mereka sebenarnya hanyalah sebuah tabir. Di sebalik bahu-bahu yang gagah itu, tersimpan retak yang kian menjalar dan luka lama yang enggan sembuh. Apabila satu demi satu rahsia silam mula tersingkap, Alya tersedar bahawa tugas menjaga bukan lagi milik abang-abangnya semata. Ternyata, wira-wiranya juga manusia biasa yang boleh hancur. Kini, Alya perlu belajar menjadi kekuatan buat mereka, membalut luka yang sekian lama terbuka, sambil memastikan ikatan persaudaraan mereka tidak karam dipukul badai rahsia. ⚠️ [Warning] LEGAL DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini berunsur keluarga, komedi, dan nilai Islam. ❌ Tiada unsur lucah. ❌ Tiada unsur dewasa. ❌ Tiada percintaan terlarang. Semua hubungan dalam cerita adalah "Kekeluargaan" & "Persahabatan", dibina atas kasih sayang, bukan cinta songsang. (Sila jangan salah letak genre/reading list) 📌 Mohon hormati genre & niat karya ini.