SERACLAIRE's Reading List
2 stories
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 211,055
  • WpVote
    Votes 19,671
  • WpPart
    Parts 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||
SAYANG, MAAFKAN AKU [C] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 2,216,517
  • WpVote
    Votes 41,380
  • WpPart
    Parts 55
Demi kesempurnaan, Armaya sanggup meninggalkan Zaquan iaitu lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Namun, kesempurnaan yang dicari bertukar derita. Ditinggalkan lelaki yang kononnya sayang padanya. Bukan setakat itu, dia ditinggalkan setelah terlahirnya anak 'luar nikah' di atas bumi ini. Perasaan cinta bertukar dendam. Zaquan mencari jalan untuk menjerat perempuan itu ke dalam perkahwinan. Kesakitan yang ditanggung tidak mampu dileraikan. Lapan tahun hidup diselubungi derita tatkala kekasih hati pergi mengikut lelaki lain. Luka kian berdarah, apabila wanita itu melahirkan anak luar nikah. "Saya rela jadi perempuan simpanan awak asalkan awak bantu saya bayar kos pembedahan jantung Ilman." - Armaya. "Kalau dah pelacur, selamanya pelacur. Anak luar nikah tu sepatutnya mati." - Zaquan. Perkahwinan yang terjalin semata-mata untuk menyelamatkan si anak yang menghidapi penyakit jantung berlubang. Walaupun berstatus luar nikah, dia tetap menyayangi anak itu. Demi kesembuhan si anak, Armaya rela harga dirinya diperjudikan. "Kalau aku nak, kau kena bagi. Lagi satu, jauhkan anak haram tu daripada aku. Jijik!" - Zaquan. "Jika benci di hati masih menebal untuk saya, lepaskan dekat saya. Ilman tak salah," - Armaya. Hubungan yang sedia retak menanti belah bertambah parah dengan sekembalinya lelaki itu. Kembali untuk menuntut si kecil. Armaya terngadah. Zaquan tersenyum. "Aku boleh bagi kau anak yang comel-comel. Serahkan saja anak haram tu pada ayah dia," - Zaquan. Mampukah Armaya menempuh dugaan yang menimpa dirinya? Mampukah Armaya memecahkan dinding kebencian di hati lelaki bergelar suami? Adakah si kecil mampu diselamatkan?