aluoraakim
Ini kisah Aisya.
Aisya yang hilang jiwanya
Aisya yang sunyi hidupnya.
Aisya yang lemah mentalnya.
Aisya yang sakit fizikalnya.
Aisya yang sentiasa ingin rasa dihargai.
Aisya yang sentiasa ingin rasa dicari.
Sejak kecil lagi tuah sentiasa tidak berpihak kepadanya. Dibuli merupakan makanan hariannya sejak tahun pertama dia menjadi seorang murid sekolah rendah. Biarpun telah dipindahkan ke sekolah lain, seperti tertulis di dahinya bahawa dia mestilah menjadi target utama kepada kaki-kaki buli.
Tahun berganti tahun, kehidupan Aisya masih sama. Atau mungkin lebih teruk dari sebelum ini? Pernah jatuh cinta, namun dicurangi. Pernah mempunyai sahabat setia, diam-diam menjadi gunting dalam lipatan. Salahkah dia ingin merasa erti bahagia yang sebenar? Tanpa perlu mengemis dan merayu-rayu demi secebis kebahagiaan?
Sungguh dia penat. Penat dengan dunia yang tidak memihak kepadanya. Penat yang tidak mampu diungkap dengan lisan mahupun anggota badan. Namun dia tetap cuba. Dia tetap cuba untuk bertahan selagi nyawa dikandung badan. Demi mencari erti kebahagiaan.
(Story inspired by kisah benar 70%. Some kind of harsh words or inappropriate action might be true)
P/S ; might change the synopsis later