Hnissqistna__'s Reading List
69 stories
SOFEA by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 286,249
  • WpVote
    Votes 10,233
  • WpPart
    Parts 36
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
KAU YANG TAK TERGANTI (TERBIT SIBF 2025) by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 228,599
  • WpVote
    Votes 2,715
  • WpPart
    Parts 11
𝙹𝙴𝙱𝙰𝚃 𝙺𝙷𝚄𝚆𝙰𝙸𝙻𝙸𝙳 𝙹𝙰𝚂𝙼𝙸𝙽𝙴 𝚀𝙰𝚂𝚁𝙸𝙽𝙰 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒍𝒂𝒈𝒊𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝙶𝙴𝙽𝚁𝙴: 𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴/𝚃𝚁𝙰𝙶𝙴𝙳𝙸/𝙼𝙸𝚂𝚃𝙴𝚁𝙸 𝙼𝚄𝙻𝙰: 25 JUN 2024 TAMAT: 11 FEBRUARI 2025
What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of You | TERBIT by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 83,999
  • WpVote
    Votes 4,267
  • WpPart
    Parts 12
3rd Romance: What If Series Vol I. [ stand alone, terbit PBAKL2025 ] "Don't forget to include me..." Zarra dan Adriel, pernah hidup dalam kisah cinta yang sempurna. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang mereka percaya. Namun, takdir dan ujian hidup telah meragut kebahagiaan mereka, meretakkan segalanya hingga hanya kepingan kenangan yang tersisa. Jurang mereka terlalu besar untuk dicamtumkan semula dan akhirnya... Zarra kehilangan satu-satunya cinta yang pernah dia miliki. Dan dengan itu, seluruh dunianya turut musnah. Sehingga sesuatu yang mustahil terjadi. Dia kembali. Satu hajat. Satu peluang. Satu cinta. Dan jika dia harus menggunakannya semua untuk lelaki itu, dia rela. Walaupun takdir cuba mengambil Adriel daripadanya, dia berjanji yang dia akan mencari jalan, tidak kira berapa kali dia harus melawan masa bahkan melawan dunia sekali pun. Tiba-tiba... Zarra diberi peluang kedua. Tetapi adakah peluang ini akan mengubah segalanya, atau hanya membawa mereka menuju pengakhiran yang sama? Dapatkah mereka mencintai sekali lagi apabila luka lama masih berbekas? Atau takdir hanya mahu menguji sejauh mana mereka sanggup berjuang. "Find me. Across the world or even through time, find me. Make me remember again. Save me, save us... because I can't." Takdir tidak pernah kejam. Hanya manusia yang sering lupa bagaimana untuk menerima takdir, dan dalam keengganan itu, mereka menjadi kejam terhadap diri sendiri. - Semenanjung Malaysia: RM34 Sabah/Sarawak: RM37 ⚠️ WIWLA Wattpad's Version is only for promotional purposes and is unedited version, it is not the same as physical novel.
I Love You , Ketua Pengawas✔ by fmtzredlv
fmtzredlv
  • WpView
    Reads 347,818
  • WpVote
    Votes 14,832
  • WpPart
    Parts 35
Ain Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga Farhan . Namun perasaan itu mulai bergelora apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin antara mereka . Tinggal sebumbung . Pasti jatuh hati . Mereka mulai menyulam kasih menanam cinta . Namun hubungan mereka mulai terumbang ambing apabila musuh menjalankan peranan mereka . Mereka tabah menghadapi ujian . Namun,mampukah ketabahan mereka membawa kebahagiaan? Million thanks to @qeylalala for the awesome cover book
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,304,287
  • WpVote
    Votes 98,654
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 547,940
  • WpVote
    Votes 22,429
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
H A R A [SU] by ezydent
ezydent
  • WpView
    Reads 6,337
  • WpVote
    Votes 441
  • WpPart
    Parts 30
Known as 'Life That We Never Wished' [ 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐬𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 ] 🍒 rules are meant to be broken "Tapi aku tak ada pengalaman!" Gara-gara satu pilihan, dia terpaksa memikul tanggungjawab yang besar. Menjadi kapten merupakan perkara yang sangat mencabar. Dia mana pernah memegang jawatan besar seperti itu menyebabkan dia sering kali bersikap lepas tangan dengan tugasan yang diberikan. "Bukan saya yang pilih awak, tapi Allah yang gerakkan hati-hati yang ada untuk pilih awak sebagai pemimpin. Jadi jaga amanah yang ini, jangan kecewakan saya." -Ustaz Uzair Tapi apa jadi bila orang yang selalu mood swing, tak suka budak, tak suka ikut peraturan dan selalu buat keputusan ikut kepala otak jadi seorang pemimpin? "Dalam banyak-banyak orang, kawan sendiri lah yang paling susah nak diatur." "Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita." -ASKACHE [ Disclaimer: Uzair bukan hero ] Start: 13 April 2024 End: Terimakasih sebab sudi baca. Semoga yang membaca dapat manfaat dan diamalkan dalam amalan seharian.