on going
98 stories
A Noir's Twisted Love. by elyanaleenn
elyanaleenn
  • WpView
    Reads 2,477
  • WpVote
    Votes 106
  • WpPart
    Parts 47
π‘¬π’Šπ’“π’‚π’ π‘―π’‚π’”π’Œπ’‚π’†π’ 𝒙 π‘³π’Šπ’π’š 𝑨𝒅𝒆𝒂 𝒙 π‘΅π’π’Šπ’“ " Lily nak Yan suka Lily !" - Lily " I do love you.Puas ?" - Eiran Sejak di bangku sekolah menengah, Lily sentiasa mengejar cinta Eiran sehingga akhirnya hati lelaki itu luluh untuk Lily.Hanya Lily.Hingga satu titik, cinta yang sederhana itu berubah menjadi sesuatu yang terlalu dalam untuk dilawan. Lily memilih untuk pergi. Bukan kerana tiada empati, tetapi kerana terlalu banyak luka yang dia tanggung sendirian. Dalam diam, dia melepaskan Eiran supaya lelaki itu tidak terpalit dengan beban hidupnya sendiri. Bertahun kemudian, Lily hidup dalam dunia yang sungguh memenatkan.Dia bekerja tanpa henti, mengejar setiap sen untuk melunaskan hutang yang entah kenapa dia harus tanggung. Hingga satu malam, hidupnya berubah sepenuhnya.Dia diculik, dan dipaksa menerima sebuah perkahwinan yang tidak pernah dia minta. Di sebalik ketakutan dan tekanan itu, ada sesuatu yang lebih menyakitkan...setiap kali dia memandang lelaki yang kini mengikat hidupnya, bayangan Eiran kembali menghantui fikirannya. Seolah-olah masa lalu yang cuba dia kuburkan, kini kembali menuntut jawapan. " Aku tak tahu kenapa banyak-banyak perempuan dalam dunia ni.Mata duitan macam aku juga kau cari.Salah kaulah" - Lily " Sebab Eiran nak kahwin dengan kau so i choose you" - Noir
MY LOVE SIGNAL [OG] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 2,059
  • WpVote
    Votes 283
  • WpPart
    Parts 7
[SPORT ROMANCE 4] 'Born for the Ice.' Mereka pernah dijulang. Mereka pernah menjadi kebanggaan. Namun hanya kerana satu insiden tragis yang berlaku lima bulan lalu, nama Ice Squad United jatuh menjunam. Kepercayaan hilang. Reputasi musnah. Apa yang dibina bertahun-tahun lamanya, runtuh sedikit demi sedikit. Kehadiran Jihan Denara sebagai Konsultan Komunikasi dianggap sinar baharu buat kelab itu. Dia dipertanggungjawabkan untuk memulihkan semula imej Ice Squad United yang semakin tercalar. Mudah? Langsung tidak. Kerana bukan semua orang mahukan perubahan. Terutama sekali para pemain. "You seem nice. But I don't do girlfriends." - EISA MUQRI "Jangan risau. I don't do boyfriends, either!" - JIHAN DENARA Bagi Jihan, Eisa ialah manusia paling menyebalkan yang pernah ditemuinya. Degil, kapten poyo dan terlalu yakin bahawa dunia perlu bergerak mengikut rentaknya. Namun apabila mereka dipaksa bekerjasama demi menyelamatkan imej pasukan yang sedang berdepan pelbagai kontroversi, garis antara benci dan suka mula menjadi kabur. Semakin banyak masa dihabiskan bersama, semakin sukar untuk mereka menafikan tarikan yang wujud. Tetapi dalam dunia sukan profesional, cinta bukan sekadar soal perasaan. Kerana kadangkala, isyarat yang paling sukar untuk dibaca bukan datang dari gelanggang. Tetapi dari hati sendiri. START : 2 JULAI 2026 END :
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 1,080,549
  • WpVote
    Votes 68,478
  • WpPart
    Parts 58
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
𝐖𝐒π₯π₯ 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐀 by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 6,329
  • WpVote
    Votes 947
  • WpPart
    Parts 26
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - π™π€π…πˆπ˜π€ Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
Dendam Cinta  by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 34,279
  • WpVote
    Votes 3,167
  • WpPart
    Parts 93
Spinoff : Cinta Helena Luna Delara x Qaleef Hanan Berkahwin tanpa cinta? Apakah ertinya? Bahagia? Takdir mempertemukan lagi mereka namun dalam versi yang begitu berbeza. Dahulunya seakan benci tapi kini berubah sayang? Apakah benar? "Kau ni pedofilia ka? Aku ni muda 2 tahun dari kau." "Baru 2 tahun. Apalah sangat umur yang berlandas angka tu? I still cantik kan?" QALEEF HANAN menerima takdirnya apabila dia harus menikahi gadis yang tidak pernah terlintas dalam takdir hidupnya. Gadis yang menjeratnya ke dalam perkahwinan ini. "Aku dah bertunang." "I don't care. I always get what I want." LUNA DELARA. Gadis yang menghancurkan hidup seorang Qaleef. Munculnya secara tiba-tiba dengan niat untuk menjadi isteri sah lelaki itu. Perkahwinan mereka terjalin atas cara yang mengorbankan perasaan yang lain namun bagi Luna dia tidak peduli asalkan lelaki itu menjadi miliknya. "Aku terima nikahnya, Luna Delara binti Syed Fawaz..." Tidak membenci mahupun menyakiti malah Qaleef memberikan seluruh cinta dan sayangnya pada gadis itu. "Syed Fawaz? Why does that name sound so familiar, Luna?" "I don't know, Qaleef. Kebetulan mungkin? You pun tahu I anak tunggal mana ada keluarga lain." Kerena cinta, Qaleef percaya. Kerana cinta, Qaleef larut dalam lembah dusta. Dan kerana cinta, Qaleef kalah dengan permainan Luna. Cinta bersulam dendam. Kasih bersulam dusta. Itulah kenyataan yang Luna simpan. Kata cinta yang menata di bibir hanya kepuraan semata dan niatnya cuma satu. Menjatuhkan seluruh keluarga Dato Qadir. "Kau pun tipu aku, kan?! Kau tak pernah cintakan aku sepanjang perkahwinan kita, Luna Delara!" "So? Nothing different between us, Qaleef. You never loved me. You chose me because I look like her, right?! Mampukah mereka bertahan dalam cinta yang bersulam dendam? Setiap langkah dalam perjalanan hati mereka seakan ditenun daripada benang luka lama, membuatkan cinta itu sendiri terasa rapuh, seperti menunggu masa untuk kembali pecah.
Let It Be You. by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 2,140
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 22
[SLOW UPDATE] SINOPSIS Yana sudah lama berhenti mengharapkan apa-apa daripada manusia. Selepas satu pengalaman yang hampir meragut maruah dan kepercayaannya terhadap manusia, dia membina tembok yang terlalu tinggi untuk ditembusi sesiapa. Hidupnya kelihatan sempurna di mata orang lain. Seorang pensyarah fizik yang berjaya, lahir dalam keluarga berada dan mempunyai masa depan yang terjamin. Namun di sebalik segala yang dimiliki, Yana hanya sedang bertahan dari satu hari ke satu hari yang lain. Sehinggalah dia bertemu Aariz. Seorang jurutera pesawat yang menguruskan sebuah galeri seni bernama Spes pada waktu lapangnya. Berbeza dengan lelaki lain yang pernah hadir dalam hidupnya, Aariz tidak pernah cuba memaksa dirinya masuk ke dalam dunia Yana. Dia hanya hadir. Dengan sabar. Dengan tenang. Dengan kesungguhan yang tidak pernah diminta. Namun semakin rapat mereka, semakin Yana mahu menjauh. Kerana bagi seseorang yang terbiasa bergantung pada diri sendiri, melepaskan terasa jauh lebih selamat daripada berharap. "Why do you keep avoiding me?" - AARIZ KHALED. "Sebab kalau saya tak terlalu dekat dengan awak, saya takkan terlalu sakit bila awak pergi." - IRRYANA MALEEKA. "But leaving you was never part of my plan." - AARIZ KHALED Sebuah kisah tentang luka yang tidak kelihatan, tentang harapan yang ditemui di tempat yang tidak dijangka, dan tentang seseorang yang memilih untuk tinggal ketika semua orang lain memilih untuk berlalu pergi.
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 15,660
  • WpVote
    Votes 2,794
  • WpPart
    Parts 22
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
Isteri Encik OKU! by xirofie
xirofie
  • WpView
    Reads 2,697
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 17
~πšƒπšŽπš—πšπš”πšž π™°πš‘πš–πšŠπš π™·πšŠπš›πš’πšπšŠπš— Γ— πšπšŠπš—πš’πš£ π™Έπš£πš£πšŠπš›πšŠ~ Oleh kerana tiada pewaris lain untuk menjadi CEO syarikat keluarga,Haridan terpaksa menggalas tanggungjawab itu walaupun dia menghidap autistic. Haridan sememangnya seorang yang bijak dari segi strategi dan penyelesaian masalah namun dia juga memerlukan bantuan sekretarisnya kerana terdapat manusia-manusia jahat yang iri hati dengannya. Masalah datang apabila sekretarisnya,Farish meletak jawatan kerana perlu menjaga isterinya yang lumpuh akibat kemalangan.Bukan itu sahaja masalahnya,ibu bapa Haridan sedang berusaha mencari calon isteri untuknya! Dalam kekecohan itu,Haridan mula mengenali seorang wanita bernama Raniz yang boleh dikatakan sebagai rakannya.Ya,rakan wanita pertama Haridan! Selepas ibu bapanya mendapat calon,Haridan pula menolak dan tetap dengan pilihannya iaitu Raniz. "Tapi..dia bukan dari keluarga berpengaruh,Da-an" "Da-an tak nak pilihan mommy!Da-an tak suka!Pakai macam tak cukup duit nak beli baju!" -Haridan Oleh kerana tidak mahu anak mereka terbeban,bapanya terpaksa memujuk Raniz agar bersetuju untuk berkahwin dengan anaknya dengan ganjaran kerja sebagai sekretaris dengan gaji yang tinggi. "Awak janji tau jangan tinggal saya sendirian.Saya takut gelap" -Haridan "Hmm" -Raniz Bagaimana kehidupan mereka lepas kahwin?Adakah bahagia?Atau mungkin tidak?Mampukah Raniz yang 'nonchalant' itu melayan karenah Haridan seumur hidup?
Cerita Yang Mati Di Atas Sejadah by justhanz
justhanz
  • WpView
    Reads 36
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 6
"Ya Allah... jika rasa ini adalah satu dosa, padamkanlah ia. Jika ingatan terhadap mata itu adalah satu ujian yang menjauhkan aku dari-Mu, cabutlah ia dari jiwaku hingga tidak tersisa..." Di sebalik jubah dan ketegasan wataknya sebagai seorang pendidik di SRITI, Muallimah Hana hanyalah seorang wanita biasa. Dia tidak pernah meminta untuk terusik, apatah lagi merindui sepasang mata di barisan hadapan yang hanya dipandangnya sekilas lalu. Namun, apabila rindu mula menceroboh alam mimpi dan realiti mula mempermainkan jarak, Hana sedar bentengnya sudah runtuh. Di sebalik keheningan fajar, dia terduduk sendirian dengan dada yang ngilu. Antara tunduk pada fitrah atau menjaga kesucian maruah, Hana terpaksa membuat pilihan paling perit: Membunuh rasa itu sebelum sempat ia mekar. Bagaimanakah pengakhiran sebuah rasa yang tidak sempat diberi nama?
Secret Arietis.  by eyvllavhesa
eyvllavhesa
  • WpView
    Reads 65,449
  • WpVote
    Votes 4,857
  • WpPart
    Parts 79
masquerade collection book 1 Que Dyan Zaffrael ft. Dhea Elaura [ on going ] (Cerita yang penuh dengan kekurangan.) ❝We don't deserve each other.❞ [This is a very very long story. Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala.] Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapnya hadir untuk memenuhi kehendak mereka yang kononnya telah menyelamatkan dia di dalam sebuah kebakaran kereta 4 tahun lalu. Pertemuan dengan dua orang lelaki, membuatkan Dhea mempunyai sejuta pertanyaan. Seorang yang memakai topeng misteri di sarkas terbiar, seorang lagi hanyalah lelaki biasa yang baginya adalah sebuah bala. Rimas mahu layan. Tambah pula bila takdir menjadikan Dyan sebagai 'orang yang menyara' dirinya secara sorok selepas satu kes pembunuhan. ❝Aku baru tinggal kau 5 minit, tangan dah berdarah.❞ Que Dyan Zaffrael Hati yang beku ibarat ais akan cair jua akhirnya. Kepercayaan mula wujud di dalam diri Dhea terhadap lelaki ini sementara si bertopeng misteri masih mengikutinya seperti mahukan sesuatu. Atau membunuhnya. ❝Aku tak ada apa-apa, Dyan. Kosong.❞ Dhea Elaura ❝Kau ada hati aku.❞ Que Dyan Zaffrael Musuh atau teman? Siapa yang sedang berselindung di sebalik kebenaran? Ketika Dhea sudah nyaman, helah tipu datang untuk mengguris hatinya. Di saat dia cuba untuk meneruskan hidup, tawaran diberikan kepadanya. Dia dijadikan senjata semula, berpaksikan tipu helah manusia kejam. Motif? ❝We don't deserve each other.❞ Dhea Elaura ❝I'm no longer a bulletproof when it comes to you.❞ Que Dyan Zaffrael [SLOW BURN ROMANCE] ⚠️ grammar errors ⚠️ NO PLAGIARISM ⚠️ violence (18+) ⚠️ heavy storyline, read at your own risk Started: 28/11/2024 End: Ranking #1st in funfair #1st in masquerade #2nd in anonymous #4th in