harimaumalaya94's Reading List
28 stories
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 121,213
  • WpVote
    Votes 7,614
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!
Dirgahayu by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 3,021
  • WpVote
    Votes 175
  • WpPart
    Parts 18
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai. Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya. Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa. Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!
Vampira by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 5,357
  • WpVote
    Votes 244
  • WpPart
    Parts 5
Najirah Nasir (watak utama MENGGUNUNG), darah vampira masih mengalir dalam keturunannya. Mengalir dari keturunannya yang pernah gigih melawan penaklukan Portugis 500 tahun yang lalu ke atas Melaka. Dalam penaklukan itu, Portugis membawa tentera vampira yang menggigit nenek moyang Najirah. Pada masa lalu, nenek moyang Najirah pernah bertukar menjadi vampira sebelum dibunuh oleh penduduk Melaka ketika itu.500 tahun kemudian, Najirah adalah salah satu daripada keturunan itu. Untuk sumpahan vampira ini aktif, seorang yang mempunyai darah vampira dalam badannya tidak boleh mati dalam keadaan yang melibatkan kemalangan, pembunuhan etc. Hanya kematian secara semula jadi sahaja yang membolehkan mereka tidak bangkit selepas kematian sebagai makhluk penghaus darah manusia. Malangnya untuk Najirah, dia telah mati dalam kemalangan yang melibatkan keretanya terlanggar pembahagi jalan. 24 jam selepas kemalangan itu, dia sedar di bilik mayat dalam keadaan tercungap-cungap, bingung bagaimana dia boleh berada di tempat yang seseram itu. Dia kemudian menyedari bahawa dia telah jadi seekor vampira dan komuniti vampira di Malaysia sememangnya wujud. Dia mula mengenali komuniti ini dan belajar untuk hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, Jamalee Bashah, pemburu hantu legenda yang baru sahaja mengalahkan Sang Penguasa telah mendapat tugas baru dari kerajaan. Mereka mahu menghapuskan segala makhluk dari alam kegelapan, dan ia akan bermula dengan vampira. Jamalee Bashah telah menugaskan Badruz Zaman dan Citra Adra untuk menjadi pemburu komuniti Vampira di Kuala Lumpur. Tanpa mereka ketahui, komuniti Vampira di Kuala Lumpur ini ialah antara yang terakhir mampu bertahan. Vampira ialah spesis yang semakin pupus, terutama di Malaysia. Bahkan, Najirah sendiri sudahpun mencipta ikatan dan menganggap mereka ini sebagai keluarganya.
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,794
  • WpVote
    Votes 13,796
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
ASHANDRA by MiszJupiter
MiszJupiter
  • WpView
    Reads 41,714
  • WpVote
    Votes 2,936
  • WpPart
    Parts 10
Ashandra- Tak pernah terfikir dek akal bahawa aku akan dapat 'keistimewaan' ni. Dan aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh dapat benda ni. Jalan aku, mungkin tak sama dengan jalan kau. Dan cerita aku, mungkin tak sama dengan cerita kau. Dan aku pilih untuk jadi orang yang berbeza daripada orang lain. Indra- Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan. Dan aku telah hanyutkan diriku dalam kecintaan paling dalam. Untuk dia, aku sanggup redah apa jua. Mungkin aku akan hilang diri aku sendiri, atau mungkin aku akan musnahkan diri aku sendiri. Aku rela. Darius- Terkadang, persahabatan yang terlalu erat mampu menjadi tembok yang terlalu tinggi untuk satu perasaan yang mungkin aku sendiri yang alami. Aku benci persahabatan aku, tapi aku sayangkan dia. Cover by @IvoryCarmia 24/6 #4inparanormal
TERSESAT KE ALAM BUNIAN by MiszJupiter
MiszJupiter
  • WpView
    Reads 650,487
  • WpVote
    Votes 37,425
  • WpPart
    Parts 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga masuk ke dalam hutan hingga terjumpa sebuah menara hijau- menara yang belum pernah dia lihat sebelum ini. Pertemuannya dengan Indrawan, si pemilik menara hijau yang sangat dingin dan kasar, membawa dia ke suatu kampung yang menyimpan pelbagai cerita di dalamnya. Dia diburu, diancam dan dia tidak boleh larikan diri! "Aku akan selamatkan kau. Tak kira apapun yang berlaku, aku akan bawa kau keluar dari tempat ini."- Indrawan. "Kau janji takkan tinggalkan aku?"- Asha. "Maaf. Aku harus tinggalkan kau."- Indrawan. Siapa yang memburu Asha di universiti dan di kampung itu? Di mana sebenarnya Asha? Apakah yang akan terjadi kepada Asha dan Indrawan? 17/1 #9inmystery 26/1 #6inmystery 30/1 #4inmystery 17/2 #2inmystery 23/2 #1inmystery 3/10 #1inparanormal 16/10-7/11 #1inhorror 8/11 #1inmystery 29/12 #2inhorror 13/1 #1inhorror 7/2 #1infriendship 14/2 #1inhorror 7/3 #1inhorror 27/3 #1inhorror 15/4 #1inhorror 25/5 #3inthriller 29/6 #1inhorror 1/8 #1inthriller 12/8 #1inhorror
DUNIA BATINKU by MiszJupiter
MiszJupiter
  • WpView
    Reads 134,926
  • WpVote
    Votes 2,647
  • WpPart
    Parts 23
Aku Maya. Nama penuhku Maya Sari Gabrielle. Seorang yang cantik, seksi dan menjadi dambaan bagi setiap kaum Adam di dunia ini. Setelah 12 tahun aku hilang, aku kembali. Aku kembali dengan satu dendam yang amat dalam. Mereka semua harus menjadi jamahanku, sama seperti aku pernah menjadi jamahan mereka 12 tahun lalu. Aku akan pastikan yang mereka merasa setiap kesakitan yang aku rasa sedikit demi sedikit sampai habis nafas mereka. Itu janji aku! PSYCHO HORROR 18SG - UNTUK BACAAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA 7/1 #1inspiritual 30/1 #24inhorror 7/2 #9inparanormal 9/3 #1inspiritual 15/4 #1inparanormal 24/6 #1inspiritual
 doll. by cypeofy
cypeofy
  • WpView
    Reads 138,114
  • WpVote
    Votes 20,881
  • WpPart
    Parts 20
"Satu dua, dia mengira, Mengira jumlah patung manusia, Kalau anda bijak orangnya, Dimanakah tempat patung manusia dibina?" Apa yang kau nampak adalah penipuan. Bila kau rasa kau di situ, tapi sebenarnya tidak. Bila kau rasa kau terselamat, Tapi sebenarnya tidak. ㅡ Fy's storyline. Highest rank : #3 in mystery/thriller {Complete ㅡ 2016} Cover make : redpacamin artwork.
Psychology Test ✔ by itsmaniesa
itsmaniesa
  • WpView
    Reads 1,460,948
  • WpVote
    Votes 80,464
  • WpPart
    Parts 39
■ complete ■ Psychopath adalah gangguan jiwa dimana anda tidak memiliki emosi atau rasa simpati sama sekali. Anda bila mengikuti test ini kalau anda mahu tahu adakah anda tergolong dalam kalangan 'psychopath' atau tidak. Anda juga boleh berkongsi test ini kepada keluarga atau kawan anda. Dan dengarlah jawapan mereka yang pasti akan berbeza-beza. Warning; ini bukan test yang BIASA kerana jawapan seorang psychopath adalah MELAMPAUI jawapan orang normal. Jadi kalau anda merasa takut untuk mengikuti test ini , lebih anda mengundur. Itsmaniesa
Creepypasta s2 ∽ malay ✔ by itsmaniesa
itsmaniesa
  • WpView
    Reads 258,719
  • WpVote
    Votes 23,840
  • WpPart
    Parts 28
■ Malay version ■ Horror - Feeling brave? Prepare for a scare with these creepy tales , eeri encounters , urban legend and the unknown Cover by berrynass- Original translate by me @itsmaniesa