OG
27 story
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲  на Noodlesbelaik
Noodlesbelaik
  • WpView
    Прочтений 1,456
  • WpVote
    Голосов 520
  • WpPart
    Частей 19
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲 (New version of 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒎𝒖) 𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲 Nur Nayla Nafisa hidup dalam dunia yang penuh dengan tuduhan dan rahsia yang gelap. Dituduh sebagai pembunuh keluarganya sendiri atau lebih tepatnya,pembunuh kepada abang kembarnya sendiri.Dia berdiri seorang diri, memikul beban yang tidak pernah dia pinta. Setiap langkahnya dipenuhi bayang-bayang dendam dengan kesunyian yang membelenggu hatinya. Tengku Aariz Welch, pewaris keluarga berkuasa dalam dunia yang gelap, sudah lama menyimpan rahsia di dalam hatinya. Dari saat mereka bertemu di sekolah menengah, Aariz telah terpaut pada Nayla - walaupun dia sering menyembunyikan rasa itu disebalik sikap dingin dan usikan manja. "Nak abang cakap jujur? Dari dulu abang dah simpan hati dekat awak. Tapi, awak ni degil sangat, selalu buat abang sakit kepala," Aariz selalu menyakat, sambil panggil Nayla 'sayang' dan 'cik kak', tapi siapa sangka, di sebalik usikan itu tersimpan kasih yang tulus. Ketika La Sombra Bianca - ubat misteri yang mengikat rahsia kelam Nayla sejak kecil - muncul kembali, mereka terjerat dalam permainan bahaya yang menguji cinta dan kepercayaan mereka. Nayla sering tertanya-tanya, kenapa Aariz masih memilih dia walaupun mereka sering bergaduh dan Aariz hampir menyerah. "Sebab, sayang... selagi hati abang pilih awak, awak je yang layak dalam hati abang. Bukan sesiapa pun," Kata Aariz dengan lembut dan matanya penuh harapan. Mampukah mereka berdua bertahan di tengah badai rahsia dan luka? Atau melodi indah itu akan terhenti sebelum sempat menjadi sebuah lagu cinta abadi? "Sayang, jangan lari dari abang. Dalam dunia gelap ini, awak adalah melodi terindah yang tak pernah saya sangka saya akan temui."
HUJAN DI KALA SENJA на izdiharhafiz
izdiharhafiz
  • WpView
    Прочтений 4,575
  • WpVote
    Голосов 629
  • WpPart
    Частей 24
"Kalau aku tak boleh buat, macam mana ?" "Izz...tak ada manusia yang sempurna." 🌦️🌦️🌦️ Dia Izdihar Hafiz. Anak muda yang hidup dalam dunia yang penuh luka dan persoalan. Izdihar sering menjadi mangsa kebencian yang tidak difahaminya. Puan Maryam seolah-olah melihat dirinya sebagai bayangan seseorang yang cuba dilupakan. "Kalau aku tahu dari kecil sebegini rupa, dah lama aku pijak-pijak kau biar mampus." Kehidupan Izdihar mula berubah apabila dia menemukan sesuatu yang menggetarkan hatinya. Tinggalan masa silam yang diam-diam menuntut perhatian. Sejak itu, Izdihar sedar bahawa ada bahagian dalam hidupnya yang belum pernah benar-benar dia kenal. Dalam perjalanan mencari jawapan, Izdihar mendapati dirinya terperangkap antara kebenaran, konflik keluarga, dan luka silam yang sukar disembuhkan. Tetapi, adakah pencarian ini akan membawanya kepada jawapan yang diinginkan ? Atau, adakah dia hanya sekadar akan tenggelam dalam hujan kenangan yang tidak pernah reda ?
The Hidden Sin (Slow Update) на MystiqueEmerald
MystiqueEmerald
  • WpView
    Прочтений 15,161
  • WpVote
    Голосов 1,388
  • WpPart
    Частей 7
☠️ 2nd Knight Series ♥️ Syed Firman Al Hadid x Aireen Sofia 🍀 Every past is a lesson, Not a life sentence. Syed Firman Al Hadid, nama itu terlekap rapat di ingatan Aireen Sofia. Namun Sofia hairan, mengapa jejaka itu langsung tidak ingat tentangnya. Sejauh inikah lelaki itu cuba untuk membuang dia dari hidup lelaki itu? "Ya, that's bad cause you can't remember me but kau ingat walaupun kau lupa aku, aku akan lepaskan kau?" Sofia menggenggam erat tangannya, geram! "Every past is a lesson, not a life sentence!" Firman membalas dengan tenang. "Funny. Kau cakap macamni untuk tutup dosa dan salah sendiri ke?" tanya Sofia. "Tak. Aku bagitahu sebab nak kau hentikan game kau ni." balas Firman. "No-No! I already a few step in front of you. Jadi jangan harap ak-" Belum sempat Sofia menghabiskan kata-katanya, mulutnya ditekup oleh Firman. "Shh! Yakinnya kau." Sofia terdiam. Pandangan mata Firman padanya mengembalikan kenangan masa lalu mereka. Perlahan air matanya turun. Firman menarik senyuman sinis. "You lie." Ujar Sofia. "Ops! Bingo." Firman ketawa. 🚨 Trigger warning / Read at your own risk 🔞 Bacaan Matang / Mature (M/TW) ⚠️ Typo Bersepah ‼️ Light Conflict Start : --- End : Publish : 2026
Milik Dia | BAKAL TERBIT  на CT_BAAZZIIIEE
CT_BAAZZIIIEE
  • WpView
    Прочтений 4,474
  • WpVote
    Голосов 163
  • WpPart
    Частей 50
Book 1 [BAKAL TERBIT PBAKL 2026:VERSI REVAMP] ‼️WARNING‼️ •Terdapat adegan ganas dan menggunakan senjata api dan tajam •Terdapat bahasa yang kasar dan tidak patut digunakan •Typo tak relek,maafkan saya SINOPSIS: Bunga Mastura ialah seorang gadis cantik yang berasal dari keluarga yang miskin.Bunga Mastura mengambil keputusan untuk ke bandar demi mencari pekerjaan yang mempu menampung kos sara hidup keluarganya. Tuan Syed Hamid ialah seorang jejaka kaya yang mempunyai sebuah hotel yang diberi mama 'Hotel De Fleurs'. "So,you lah Bunga Mastura tu?"-Tuan Syed Hamid Pertemuan pertama itu membuatkan Tuan Syed Hamid menemui cinta pandang pertamanya. "Bunga...saya akan buktikan kepada awak bahawa awak layak untuk saya"-Tuan Syed Hamid "Awak...saya tak layak untuk awak ..saya tak yakin..."-Bunga Mastura "Mommy dan baba saya sudah tahu,mereka nak jumpa awak"-Tuan Syed Hamid Tuan Syed Hamid membawa Bunga Mastura ke Mansion keluarganya.itu bukan kali pertama Bunga Mastura kesana... Akankah Bunga Mastura diterima dengan hati yang terbuka oleh kedua ibu bapa Tuan Syed Hamid?
𝗥𝗮𝘆𝘂 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂 | 𝙍𝙚𝙫𝙖𝙢𝙥 на 0nlynuhaa
0nlynuhaa
  • WpView
    Прочтений 340,839
  • WpVote
    Голосов 11,479
  • WpPart
    Частей 29
"Rayu padaku, walau sekali... dan aku akan kembali seribu kali." Nur Nadia Safeeyah dan Tuan Thaqif Hayyan membesar sebagai sahabat kecil yang selalu bersama tetapi akibat desakan hidup, keluarga dan masa yang memisahkan pertalian mereka. Dan apabila mereka bertemu kembali, kedua-duanya sudah berubah. Thaqif Hayyan, beliau kini akan menjadi seorang pemilik syarikat yang ternama, manakala Nadia pula cuma wanita biasa yang menyimpan luka lama. Tanpa disangka sesiapa tetapi disangka oleh takdir, mereka dikahwinkan dalam keadaan rahsia. Mulanya, mereka hidup bersama dengan bahagia yang mana ianya penuh dengan gelak tawa, cemburu manja dan rutin kecil yang mendamaikan. Tetapi tanpa angin tanpa ribut, segalanya mula berubah apabila satu pendrive muncul. Satu nama lama kembali. Dan satu kebenaran terbongkar. Dan saat itu, Nadia mula sedar bahawa cinta yang selama ini dia peluk erat ialah terbina di atas sebuah pembohongan. Dia pergi. Tanpa pesan. Meninggalkan Thaqif yang meratap dalam diam selama tiga tahun lamanya. Tetapi, cinta mereka tidak pernah mati. Thaqif kini bukan lagi lelaki yang dulu. Di balik kekuasaan dan kejayaan, dia masih mencari wanita yang mencuri jiwanya sejak kecil lagi. Dia rela tunggu dan terus menunggu walau selamanya. Kerana bagi Thaqif, cinta yang suci adalah hadir daripada jiwa yang suci jua. "Kalau awak tak sudi pandang saya sebagai suami, pandanglah saya sebagai lelaki yang pernah jatuh cinta pada awak sejak pertama kali kita bertemu." - Thaqif Hayyan. - Minta budi baik akak cantik manis dan adik tampan bergaya supaya tidak plagiat story saya ini ye😊 Kalau saya dapat tahu, maaf sangat. Saya terpaksa ambik tindakan ye☺️ Cerita ini 100% daripada idea seorang gadis Introvert ini iaitu saya👀 Jadi harap maklum ye sayang saya. Harap sangat titik peluh, lena malam saya yang dicuri akan dihargai💞🫂
CASANOVA LOVE на tihatti
tihatti
  • WpView
    Прочтений 52,350
  • WpVote
    Голосов 5,913
  • WpPart
    Частей 25
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END:
KHALI (COMPLETED) ⚠️🔞 на hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Прочтений 399,687
  • WpVote
    Голосов 24,240
  • WpPart
    Частей 50
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ MANUSKRIP SEDANG DIPERBAIKI ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
Isteri Halal Sementara  на misssaira
misssaira
  • WpView
    Прочтений 392,539
  • WpVote
    Голосов 4,989
  • WpPart
    Частей 22
Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ]
+ еще 10
Mr Adrian : The Old Husband на nriifudee_
nriifudee_
  • WpView
    Прочтений 1,143
  • WpVote
    Голосов 48
  • WpPart
    Частей 3
"Would you let me have you again Melissa ??" Adrian Zakaria | Ku Melissa Mafia | Assassin Status : ongoing🤍
THE SWORD OF HABIBATI на Aries_woman__
Aries_woman__
  • WpView
    Прочтений 2,683
  • WpVote
    Голосов 323
  • WpPart
    Частей 2
Menceritakan tentang terjadi peperangan antara kaum Romawi dan kaum muslimin, kaum Romawi menjajah kaum muslimin selama ratusan tahun. Namun, kaum muslimin tetap bertahan walaupun prajurit kaum Romawi lebih kuat dan lebih banyak daripada kaum muslimin. Di tengah-tengah peperangan ada seorang gadis Islam menunggangi kudanya sambil mengayunkan pedangnya dengan mahir, membuat sang panglima Romawi terkagum-kagum pada keahliannya dalam bertarung melawan prajurit Romawi. Sang panglima jatuh hati pada gadis itu, namun tidak di sangka ternyata gadis tersebut mempunyai hati yang sangat dingin. Sang panglima tidak pantang menyerah untuk meluluhkan hati gadis tersebut, sehingga sang panglima itu benar-benar rela melakukan apa saja demi gadis yang belum tentu bisa di miliki olehnya, bahkan nama gadis tersebut dia tidak mengetahuinya sama sekali.